Monday, December 21, 2015

Blueberry Vanila Cake-Eggless, Butterless

Assalamualaikum semua..

Blog bersawang,,,
Anna kini bergelar Work At Home Mom... (WAHM)

-----------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah... bulan kedua bergelar WAHM... Feel GREAT.. Syukur..
Maka lepas ini banyak la resepi2 bakal di upload...:)
InsyaAllah saya akan kongsikan juga perkara2 lain yang bermanfaat untuk anda...
Doakan saya rajin nak menulis... :D

Sepanjang bergelar WAHM ni banyak waktu nak adjust jadual.. baru lagi la katanya..
Asyik kene adapt perkara baru aje.. naik pining kepala jugak..

Ok.. banyak pulak mukadimahnya..
Arini nak share kek blueberry Vanila..
Tanpa telur tanpa butter.. taram2 jadi jugak...

Opssssssss... ini dek kerana Naeim yang ekzema itu...

Resepi mudah step by step
Sebelum itu saya nak payung gambar sekeping... gambar dalam FB saya...

lazaaaaaaaat dimakan bersama aiskrim vanilla dan fresh blueberry.. Yummeh!!

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan A

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan organic cane sugar (gula putih biasa pun boleh) - if suka manis boleh letak 1 cawan

Bahan B

2 sudu teh esen vanilla
20 biji blueberry segar (boleh kurangkan atau lebihkan-ikut suka hati sendiri :)
1 biji pisang masak ranum dilenyek
2/3 cawan minyak sayur/minyak masak
1 cawan air suam

Cara-caranya

1- Campurkan semua bahan A dan bahan B
2- Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven atau air fryer
3- Masukan adunan yang dicampur tadi ke dalam loyang atau cup dan bakar selama 35minit 175celcius atau bergantung kesesuaian jenis oven
4- Siap dan boleh dinikmati begitu sahaja atau bersama aiskrim atau bersama krim..

***if guna airfryer, masukkan dalam cup dan bakar pada 180celcius selama 15-18minit


Cup cake ni Alif makan sorang je siap minta extra aiskrim :D
berkedut2 muka minta tambah aiskrim... :D umi x layan..

PISANG ni bagi mengantikan fungsi TELUR



oK Sekian RESEPI kali ini.. Try tau kekawan... Dah try nanti jangan lupa share kat ruang komen ya... 

Next nanti InsyaAllah saya akan sharekan resepi sourdough pula..
Kene belek2 gambar dulu.. :)

~NAMS~




1 comment: