Thursday, March 2, 2017

Tips Bakal Working At Home Mom(WAHM)

Assalamualaikum semua,

Terima kasih sudi singgah di sini :)


Setelah setahun lebih bergelar WAHM, akakmanis rasa nak kongsi cerita dunia WAHM dan buat bakal WAHM di luar sana tu...


Akakmanis nak pesan sesuatu... nak-nak yang suka memasak di dapur..


Gini, ni pesanan untuk ibu-ibu yang bekerja yang bercita-cita untuk menjadi Working At Home Mom(WAHM). Setahu akak ramai yang ngidam bergelar WAHM. Tapi belum kesampaian.


Akak doakan one day korang akan dapat jugak. InsyaAllah. Niat yang baik nak besarkan anak depan mata, dan niat2 murni yang lain-lain akan diizinkan Allah.






Bab masak2, baking2 plk.

Memang seronok!! Ikut hati hari2 nak masak berjenis2, hari ni kek marble, esok kek masam manis, lusa kek coklat berantu, malam cheese cake.. ahoiiii.. sebulan gemuk derrr...


Anak-anak pulak pemakan orangnya, memang hati mak bunga2 je... buat habis, buat licin. Esok request donut, burger. Ummi burger nak cheese tau... nasi goreng nak telur kuning besar ye.. Ya Allah, memang membahagiakan hati mak ni tau.. hati mak yang rasa je tahu.kan?


Cumanya akak nak pesan, kalau kita dok fokus sehari kat dapur tak jadi kerja la kita. Ye dak? udahnya penat sendiri kat dapur buat itu ini, businessnya ke laut... moga sampai laut aje jangan sampai ke laut dalam. 😉


Pengalaman akak sendiri pun ia jugak ni. pagi kemas rumah, sapu mop lantai bagai, tgk jam dah sampai masa kene masak lunch pulak. Suap2 anak or makan sama2.. tidurkan anak, mak tidur sekali. Letih..Bak kata Pn Azura Abdullah di dalam bukunya "kaum wanita waktu rehatnya hanyalah ketika tidur, waktu yang lainnya sentiasa bekerja"


So, ni antara tips akak dah buat. Adjust rutin dan kembali ke landasan yang sepatutnya. Maksudnya balance waktu kerja di rumah dan kerja rumah. Ulang, kerja di rumah dan kerja rumah. Beza tau ni 😊

To Do List


First thing first. Mesti ada To Do List, nak-nak yang business online ni. Leka ngadap internet merewang sana sini tanpa arah tuju. Tengok2 dah habis sehari. Zaman dah maju ni.. tak kirala nak buat list kat buku atau kat note online sekali pun. Janji list down apa nak buat sehari tu. Apps yang akak pernah guna cozi dan todoist. Boleh cuba nanti. Kalau ada guna apps selain dua ni boleh share ye..

Jadi Seorang Yang Senang


Then, jadi orang yang senang. Akak dulu kerja rumah memang nak tip top. Lantai memang kene licin. Perempuan memang gitu. Udahnya stress sendiri.. dah kalau anak makan 10 kali sehari nak kene mop lantai 10 kali sehari. 😅😅 tu contoh tau.. sebab anak akak makan sentiasa.. jadinya slow sikit, tak mop hari ni esok aje mopnya.. sama juga dengan laundry. Tak hari2 akak melaundry.

Latih Bekerjasama Seisi Keluarga


Penting yang ni, latih bekerjasama seisi keluarga. Yang ni kene ajar anak sejak dari kecik. Suami tu pun kerah sekali turun padang, bukan turun pdang bola aje.. 😉sesungguhnya perlakuan tu kesannya lebih power dari omong2 kita. Kalau selama ni tak pandai basuh pinggan, cuba-cubala basuh pinggan tu. Gitu la, tak payah suruh dah tolong. Ringan tulang untuk isteri sendiri. Bukan orang lain pun. Dan bebudak ni suka kalau kita ajak buat aktiviti harian mak ayah dia. Derang ni memang rajin. Yang mudah2 dulu, masukkan baju kotor sendiri dalam mesin, ampai tuala, letak cawan di sinki. Meningkat besar tambah lebih sikit, lipat kain dan kerja2 rumah yang lebih kompleks.

Belanja Barang Dapur Seminggu Sekali


Belanja barang dapur seminggu sekali. Kalau hari-hari, habis masa kat situ aje lah ye. Kemudian buat pengasingan siap2. Nanti nak masak tinggal keluarkan bekas itu sahaja. Bagi menjamin kesegaran lauk pun ia jugak. Sayuran pula, paling best siap potong dan masukkan ke dalam bekas tupperware ke, bekas ikea penutup hijau dan oren tu pun ok. Tahan seminggu, memang masih segar bugar. Jangan di basuh dulu tau. Rahsianya. 😉Nak masak nanti baru kita basuh.

Wanita Multi-Tasking


Jadilah wanita yang multi tasking;Sambil masak, sambil basuh baju contohnya. Kan mudah tu. Siap masak, kemas dapur, baju pun ready untuk dijemur.








Sekian wassalam.

Moga bermanfaat utk kalian yang membacanya.





Jika ada idea yang lebih bernas, boleh dikongsikan diruang komen.

#tipsWAHM

#NAMS

3 comments:

  1. Saya salute sangat dengan wahm.
    Pernah cuti 2 bulan jaga anak tak sihat. Penatnya mengalahkan keje kat office. WAHM memang hebat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2 bulan cukup rasa apa yang WAHM lakukan di rumah. Moga anak Sue terus sihat.

      Delete
  2. WAHM memang super power. Sha salute sungguh sebab memang ramai yang Sha kenal, sangat multitask, cepat dan banyak idea :).

    ReplyDelete