Keindahan Susu Anugerah Allah

Menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Thursday, June 18, 2015

Salam Ramadhan 1436H


Selamat Datang bulan suci Ramadhan


Assalamualaikum semua... :)



Jika semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKAT-lah penawarnya.

Jika seluruh UMUR adalah DOSA, maka TAQWA dan TOBAT lah obatnya.

Jika seluruh BULAN adalah NODA, maka RAMADHAN lah pemutihnya.


MOHON MAAF LAHIR DAN BATHIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.


Hubungi saya: 

Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran
 



Wednesday, June 17, 2015

Tips Penyusuan di bulan Ramadhan

Assalamualaikum semua…

Ramadhan datang lagi…

InsyaAllah tahun ini kali kedua menemui Ramadhan bergelar ibu menyusukan. Seorang ibu menyusukan ni semestinya SUPERMOM. Berusaha gigih dan berjiwa kental. Memang bukan senang tapi tidak mustahil. I’m Possible.

Esok 1 Ramadhan, pastinya ibu2 menyusu sedang gigih membaca, menambah ilmu di dada untuk memastikan penyusuan berjalan dengan lancar. Ummi nak kongsikan pengalaman lalu bergelar ibu menyusu dan ibu hamil sarat 9 bulan berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Pengalaman Ummi ni pun dulunya hasil dari tips di google. 

Breatfeeding enjoy

Kan dalam Islam ada rukhsah untuk berbuka (dengan syarat tertentu)? ia betul, memang ada. Tetapi bukankah lebih baik ibu menyusukan bayi berusaha untuk berpuasa penuh sebulan di bulan Ramadhan.
Ibu-ibu perlu bersemangat dan kuat. Harapnya suami-suami hebat juga membantu isteri dalam berpuasa dan menyusukan ini.

# 1 : NIAT

1.niat- Tips penyusuan di bulan Ramadhan
Paling penting, kena niat dan memohon dari Allah agar di permudahkan urusan serta niat murni menyusukan bayi. Letakkan segala pergantungan 100% kepadaNya.
Doa-doa di bawah ini antara contoh doa yang ibu boleh gunakan. Doa yang spesifik untuk penyusuan di bulan Ramadhan.


“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, Banyakkanlah susuku untuk bayiku di bulan Ramadhan ini , Permudahkanlah perjalanan untuk menyusukan anakku di bulan Ramadhan ini agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan”

“Ya Allah Ya Matin, seberapa banyak susu yang akan aku perolehi puasa hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan disisiMu. Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku. Amin”

 # 2 : MINUM BANYAK AIR
Walaupun berpuasa, pastikan ibu-ibu tetap minum air sehari 2-3liter seperti biasa. Semua sedia maklumkan pentingnya air buat ibu menyusukan bayi. So, macam mana nak habiskan 2-3liter dari waktu berbuka hingga ke waktu sahur biasanya menjadi persoalan.

2. Air-Tips penyusuan di bulan Ramadhan
Boleh cuba cara Ummi ni:
Berbuka minum 500ml, setiap sejam minum lagi 250ml. Pukul 9, 10, 11 mlm dan 12 pagi sebelum tidur. Dah 1750ml air. Waktu sahur top up lagi 1000ml ke 1250ml. Mudahkan..

# 3 : SAHUR JUGA PENTING

Kuatkan “alarm clock” supaya bangun sahur. Pernah terlewat bangun, tak sempat makan nasi. Sempat minum air je. Ya Allah belum apa2 dan mengeletar badan. Makanan waktu sahur ni la yang bekal tenaga untuk kita sepanjang hari.
Rasulullah berpesan: “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya dalan sahur itu terdapat keberkatan.” (Hadis dicatatkan Bukhari dan Muslim)
Dapat sunat, dapat pahala.

# 4 : NASI DAN MAKANAN SEIMBANG

Rata2 ibu-ibu menyusukan ni perlukan NASI. Ummi pun, perlu makan nasi setiap kali berbuka dan bersahur. Nasi bersama sayur2an sudah cukup buat perut Ummi bahagia. J.So, jangan skip makan nasi puasa kali ini. Pembekal karbohidrat dan serat ni. Selain tu, kurangkan garam dan gula dalam masakan ya. Untuk memastikan badan cukup nutrisinya. Kita makan ikut pyramid makanan Malaysia ye.


KURMA juga terbukti memberi tenaga dengan cepat dan berpanjangan sepanjang hari. Amalkan makan kurma 3 atau 5 biji semasa berbuka dan bersahur sangat membantu ibu-ibu menyusukan bayi.

# 5 : DIRECT FEEDING DAN PAM

Bagi yang tidak bekerja, susukan bayi anda sekerapnya untuk memastikan kelancaran penghasilan susu baru.
Bagi yng berkerja seperti Ummi, perlu pam ikut jadual seperti biasa di tempat kerja. Sebaiknya “power pumping(PP)” sebelum tido malam. Ummi biasanya PP selepas menyusukan anak. Dan, bangun awal sebelum sahur untuk pam susu.

# 6 : MAKANAN TAMBAHAN

Jika badan terasa letih tahap maksima, itu tanda badan ibu kurang nutrisi. Untuk memastikan badan kekal bertenaga, mood sentiasa baik dan hasil tuaian memberangsangkan ambillah makanan tambahan. Tak kisah jenama apa pun yang penting HALAL & SEMULAJADI!! Pilihan Ummi pastinya  Shaklee. :)

# 7 : ZIKIR DAN SENTIASA POSITIF

Amalan zikir Ya Allah Ya Matin, Ya Allah Ya Wahab perlu di giatkan dan diteruskan. Sentiasa positif dan gembira boleh membantu penghasilan susu. Kalau stress juga kita makan B-complex lebih, sebab tekanan akan menganggu produksi susu dan enzim yang berkaitan.


Hubungi saya: 

Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran