Saturday, February 4, 2017

Tips Berjaya Menyusu : Tingkatkan Hormon Prolaktin Selepas Melahirkan

Assalammualaikum wbt Mommy semua,

Selamat berhujung minggu, cuti-cuti ke mana hari ini?


Hari ini nak share tentang salah satu faktor berkaitan dengan hormon wanita yang boleh membantu memudahkan perjalanan penyusuan Mommy.



Sedia maklum telah mengetahui bahawa hormon prolaktin antara hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron.


Paras prolaktin akan menurun setelah kelahiran kerana pencetusnya telah keluar( plasenta). Bagaimana untuk meningkatkan semula paras prolaktin dalam badan Mommy dan berjaya menyusu seperti yang dirancang?


Hisapan Si Manja merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus). Seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin akan dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.


Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.

Macam tak faham prosesnya?
Nanti ulang lagi baca banyak kali sambil tengok gambar ye..

Menyusu dengan ilmu, Lebih mudah untuk berjaya.

Moga post ini menambah ILMU penyusuan susu ibu Mommy seterusnya berjaya menyusu seperti yg di harapkan.

#BreastfeedingEnjoy
#SyoknyaMenyusuProject
#HMHK


0 comments:

Post a Comment