Keindahan Susu Anugerah Allah

Menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, March 24, 2017

Review Set Menyusu Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin kongsikan bersama para pembaca beberapa review dari pengguna Set Menyusu Shaklee.
Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua
tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(surah Al Baqarah ayat 233)
Mereka seperti saya, punya masalah penyusuan di awal penyusuan dan alhamdulillah Set Penyusuan Shaklee banyak membantu bagi menjayakan penyusuan selama 2 tahun. Syukur, ikhtiar menemui hasilnya. 
While breastfeeding may not seem the right choice for every parent, it is the best choice for every baby. ~Amy Spangler
Saya kongsikan ye.
Pertama, saya sangat berbangga melihat kegigihan Puan Noratikah ini, semasa mengandung anak ke-4 beliau telah berazam untuk menyusukan anak sepenuhnya. Berkat usaha dan niat, beliau berjaya menyusukan sehingga setahun lebih. Sedangkan anak-anak yang lain hanya mampu sehingga 6 bulan sahaja. 
testimoni set penyusuan shaklee noratikah
Anak ke-4 berjaya menyusu sehingga setahun lebih. Anak ke berapa bukan menjadi penghalang untuk mengyusu sepenuhnya susu ibu.

Kedua, menyusu anak kedua sehingga mengandung dan melahirkan anak ketiga. Alhamdulillah, ia terbukti berkesan dan membantu Puan Nor Ashikin sepanjang menyusu, mengandung dan melahirkan. Anda perlu cuba bagi mempercayai kata-kata Puan Nor Ashikin.
testimoni set penyusuan shaklee nor ashikin
Tambahan Cinch Tea untuk pastikan mata tidak terlelap sepanjang menjaga anak.

Ketiga, Puan Anisah berkongsi kegembira anak kedua tidak memerlukan formula milk(FM) setelah mengambil Alfalfa dan ESP. Extra bonus dari susu, mama cepat slim dan kulit cantik. 
testimoni set penyusuan shaklee anisah
BONUS!! Cepat slim dan kulit cantik. Cuba dulu baru tahu~

Keempat, Allah. Menangis kegembiraan pastinya Puan Shiema ini. Nikmat sungguh melihat hasil stok EBM ini bukan? Ini lah yang Mommy cari selama ini bukan? Stok cukup sehingga 2 tahun 4 bulan untuk Si Manja. Sungguh ia menjadi pengalaman terindah sepanjang hidup. Hak anak insyaAllah dapat ditunaikan sebaiknya. Alhamdulillah Ya Allah.
review set penyusuan shaklee shiema
Chaiyok!! 
Kelima, penatkan menjadi ibu menyusu. Kesihatan diri sendiri perlu diambil berat walaupun penat ya amat. Dengan set menyusu shaklee Puan Theresa rasa lebih bertenaga walaupun sering tidak cukup tidur. Susu yang dihasilkan jugak pekat dan Si Manja cepat kenyang. Set Penyusuan Shaklee memberi gizi dan nutrisi yang diperlukan setiap hari kepada Mommy, tidak terkejutlah Puan Theresa dapat segala manfaat yang bergini. :)
Mother's milk, time-tested for millions of years, is the best nutrient for babies because it is nature's perfect food. ~Robert S. Mendelsohn
review set penyusuan shaklee theresa
Mommy sihat, Susu berkualiti
Tahniah buat Puan Nurul Hazimah, pengalaman menyusu anak sulung yang membahagiakan, mengembirakan. Jika mahu, segalanya boleh. 
review set penyusuan shaklee nurul hazimah
Bekerja bukan penghalang untuk berikan titisan emas buat Si Manja.

Selama 5 tahun saya bersama Shaklee, belum pernah lagi mendengar rintihan ibu menyusu letih, lemah tak bermaya jika Mommy disiplin dalam pengambilan vitamin-vitamin ini.
review set penyusuan shaklee suriyana
Susu Berkualiti! antibodi anak sangat baik, susah nak sakit. Bukankan itu yang Mommy cari?

Apa yang Mommy perlu faham bagaimana Set Penyusuan Shaklee membantu Mommy cergas, tidak letih, susu meriah dan berkualiti adalah Mommy perlu cukup nutrisi. Seperti Puan Kam Haryatie ini.
review set penyusuan shaklee kam
Amazing! Menyusu dan menambah baik tahap kesihatan diri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya. Saya akan membantu anda turut berjaya.
Aziana SID 908133
No Tel 012-3687395
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Susu Berkualiti
Shaklee Bandar Seri Coalfields & Shaklee Sungai Buloh


Thursday, March 2, 2017

Tips Bakal Working At Home Mom(WAHM)

Assalamualaikum semua,

Terima kasih sudi singgah di sini :)


Setelah setahun lebih bergelar WAHM, akakmanis rasa nak kongsi cerita dunia WAHM dan buat bakal WAHM di luar sana tu...


Akakmanis nak pesan sesuatu... nak-nak yang suka memasak di dapur..


Gini, ni pesanan untuk ibu-ibu yang bekerja yang bercita-cita untuk menjadi Working At Home Mom(WAHM). Setahu akak ramai yang ngidam bergelar WAHM. Tapi belum kesampaian.


Akak doakan one day korang akan dapat jugak. InsyaAllah. Niat yang baik nak besarkan anak depan mata, dan niat2 murni yang lain-lain akan diizinkan Allah.






Bab masak2, baking2 plk.

Memang seronok!! Ikut hati hari2 nak masak berjenis2, hari ni kek marble, esok kek masam manis, lusa kek coklat berantu, malam cheese cake.. ahoiiii.. sebulan gemuk derrr...


Anak-anak pulak pemakan orangnya, memang hati mak bunga2 je... buat habis, buat licin. Esok request donut, burger. Ummi burger nak cheese tau... nasi goreng nak telur kuning besar ye.. Ya Allah, memang membahagiakan hati mak ni tau.. hati mak yang rasa je tahu.kan?


Cumanya akak nak pesan, kalau kita dok fokus sehari kat dapur tak jadi kerja la kita. Ye dak? udahnya penat sendiri kat dapur buat itu ini, businessnya ke laut... moga sampai laut aje jangan sampai ke laut dalam. 😉


Pengalaman akak sendiri pun ia jugak ni. pagi kemas rumah, sapu mop lantai bagai, tgk jam dah sampai masa kene masak lunch pulak. Suap2 anak or makan sama2.. tidurkan anak, mak tidur sekali. Letih..Bak kata Pn Azura Abdullah di dalam bukunya "kaum wanita waktu rehatnya hanyalah ketika tidur, waktu yang lainnya sentiasa bekerja"


So, ni antara tips akak dah buat. Adjust rutin dan kembali ke landasan yang sepatutnya. Maksudnya balance waktu kerja di rumah dan kerja rumah. Ulang, kerja di rumah dan kerja rumah. Beza tau ni 😊

To Do List


First thing first. Mesti ada To Do List, nak-nak yang business online ni. Leka ngadap internet merewang sana sini tanpa arah tuju. Tengok2 dah habis sehari. Zaman dah maju ni.. tak kirala nak buat list kat buku atau kat note online sekali pun. Janji list down apa nak buat sehari tu. Apps yang akak pernah guna cozi dan todoist. Boleh cuba nanti. Kalau ada guna apps selain dua ni boleh share ye..

Jadi Seorang Yang Senang


Then, jadi orang yang senang. Akak dulu kerja rumah memang nak tip top. Lantai memang kene licin. Perempuan memang gitu. Udahnya stress sendiri.. dah kalau anak makan 10 kali sehari nak kene mop lantai 10 kali sehari. 😅😅 tu contoh tau.. sebab anak akak makan sentiasa.. jadinya slow sikit, tak mop hari ni esok aje mopnya.. sama juga dengan laundry. Tak hari2 akak melaundry.

Latih Bekerjasama Seisi Keluarga


Penting yang ni, latih bekerjasama seisi keluarga. Yang ni kene ajar anak sejak dari kecik. Suami tu pun kerah sekali turun padang, bukan turun pdang bola aje.. 😉sesungguhnya perlakuan tu kesannya lebih power dari omong2 kita. Kalau selama ni tak pandai basuh pinggan, cuba-cubala basuh pinggan tu. Gitu la, tak payah suruh dah tolong. Ringan tulang untuk isteri sendiri. Bukan orang lain pun. Dan bebudak ni suka kalau kita ajak buat aktiviti harian mak ayah dia. Derang ni memang rajin. Yang mudah2 dulu, masukkan baju kotor sendiri dalam mesin, ampai tuala, letak cawan di sinki. Meningkat besar tambah lebih sikit, lipat kain dan kerja2 rumah yang lebih kompleks.

Belanja Barang Dapur Seminggu Sekali


Belanja barang dapur seminggu sekali. Kalau hari-hari, habis masa kat situ aje lah ye. Kemudian buat pengasingan siap2. Nanti nak masak tinggal keluarkan bekas itu sahaja. Bagi menjamin kesegaran lauk pun ia jugak. Sayuran pula, paling best siap potong dan masukkan ke dalam bekas tupperware ke, bekas ikea penutup hijau dan oren tu pun ok. Tahan seminggu, memang masih segar bugar. Jangan di basuh dulu tau. Rahsianya. 😉Nak masak nanti baru kita basuh.

Wanita Multi-Tasking


Jadilah wanita yang multi tasking;Sambil masak, sambil basuh baju contohnya. Kan mudah tu. Siap masak, kemas dapur, baju pun ready untuk dijemur.








Sekian wassalam.

Moga bermanfaat utk kalian yang membacanya.





Jika ada idea yang lebih bernas, boleh dikongsikan diruang komen.

#tipsWAHM

#NAMS

Wednesday, March 1, 2017

Tidur Ketika Berpantang, Aah Tidur Pun Ada Pantangnya.

Semalam akakmanis ada bertanya di FB,

Dalam pantang tidur terlentang ke mengereng? #tipsberpantang


Korang tidur ada pantang tak?

Dalam komen-komen tu ada juga yang terkejut bertanya "tido pun ada pantang?"



Akakmanis ni keturunan jawa, darah jawa dari arwah bapak dengan mak, so berpantang di rumah mak, pastinya perlu berpantang cara jawa juga.

Korang tahu tak? mak pernah cerita dulu zaman dia bersalin anak awal-awal. Dahsyat punya pantang gini. Terkedu tapi teringin nak merasa. Sebabnya akak ni suka nak meras yang traditional. Susah nak cari tau. Kalau yang moden ni bersepah ada.

Rata-rata dari komen post akak tu, tidur berpantang mereka adalah tidur terlentang, dan ada juga tidur mengereng dengan alasan mudah nak menyusukan anak. Yang gaya sama dengan akak adalah sepupu-sepupu akak jer.. "Dah? keturunan mak aku je ke yang tidur gitu dalam pantang?" kata-kata dalam hati.

"Mak dulu dalam pantang tidur duduk, badannya bersandar pada dinding. kakinya lurus ke depan. Arwah mbah dulu letak pancang kat hujung kaki. diikat supaya kaki tak bergerak. Lurus. Lukanya cepat baik, peranakan cepat pulih, dan rapat"


haa.. seram tak seram, rasa lenguhnya kaki ku! erk..!

Zaman kakak2 pun mak dah diskaun, tak de la mak nak pancang kaki anaknya ni.. so sampai ke anak bongsu mesti lagi diskaun. Selama berpantang kami tidur atas kerusi malas je, bersendal bantal bagi kepala tinggi dan untuk keselesaan. Kemudia pada kaki letak satu bantal, supaya kaki tinggi sedikit.

Posisi Tidur Ketika Berpantang


Rationalnya kami tidur duduk adalah kerana: 

Pertama, untuk elakkan darah kotor naik ke atas dan boleh akibatkan pening dan loya sewaktu berpantang.

Kedua, tidur duduk boleh memastikan kaki rapat dan lurus untuk peranakan cepat pulih seperti sedia kala. Dan elak darah putih naik nanti cepat rabun katanya.

Akak belanja gambar waktu berpantang anak pertama. Hari ke-6, family mertua datang sempena aqiqah Alif hari ke7. Alif merupakan cucu sulung dalam keluarga en laki, cucu ke berapa puluh ntah belah akak. :) anak bongsukan..

 
Tidur bersandarkan bantal di belakang dan posisi tegak.
Selesa ke? bagi akak selesa je kedudukan begini. :)

Kaki lapik dengan bantal tau supaya tinggi sedikit. Macam ni. Gambar ni tanggal bengkung la pulak. Lepas gi toilet kot. Lupa dah. Kalau tak bengkung 10meter tu berada atas sikit je dari lutut. Nak tak nak memang kaki lurus.

Hari Ke-7, berstokin tebal, kaki lurus dan rapat, bantal lapik kaki.

Korang belum habis nak cerita tidur ketika berpantang ni.. hehe.
Ada lagi, yang ni buat akak pun kadang haru jugak... Gagal..

Tidur Waktu Matahari Naik

Selain tidur duduk ni, kiterang tak boleh jugak tidur waktu siang. Time paling best nak tidur ni la tak boleh tidur. Nak-nak lagi lepas urut, siap bengkung 10meter tu. Memang asyik kalau dapat tidur. Katanya nanti badan akan jadi lesu lemau dan sakit-sakit. Curi tidur? Tak mampu. Mak tunggu :D. Tongkat je mata dengan kayu mancis.

Tidur Waktu Senja

Dan waktu nak senja pun tak boleh tidur. Yang ni generalnya memang tahu la kan. Lesu badan kalau tidur selepas Asar. Biasanya selepas Asar dalam pukul 5 adalah waktu persiapan nak mandi malam. Dalam pantang, mandikan lama. Tambahan pula, kami mesti makan malam sebelum maghrib. Kalau tak mesti la kene bebel dengan mak. Sebenarnya memang tak sabar nak makan nasi segunung tingginya tu. Dah lapar.

 Nanti akak kongsi cerita tentang nasi tinggi gunung pula ye.

Terima kasih sudi membacanya.
Jumpe lagi! :)




Sunday, February 26, 2017

Pengedar Shaklee Aktif di Bandar Seri Coalfields, Sungai Buloh

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Salam perkenalan kepada warga Bandar Seri Coalfields.
Saya bukan penghuni baru, tapi dah berpindah hampir 3 tahun di BSC ni.





Saya merupakan Pengedar Shaklee Aktif di Bandar Seri Coalfields ni. Tahun ini merupakan tahun ke5 saya bersama Shaklee dan memiliki lebih 100 ahli berada di bawah saya.

Berkenalan dengan Shaklee pada kali pertama sewaktu menyusu anak pertama pada tahun 2012 seterusnya sehingga kini saya terus bersama Shaklee kerana ia memberi kesan yang sangat amazing kepada kami sekeluarga. Misi penyusuan saya berjalan lancar, kekal bertenaga walaupun bekerja travel 120km setiap hari. Alhamdulillah.

Saya percaya, keunikan yang dimiliki oleh shaklee untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan dengan jaminan  "ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam".

Jika anda tinggal berhampiran, boleh dapatkan supplement Shaklee daripada saya. Jika anda ingin miliki side income 3-5 angka juga boleh bagitahu saya.


Konsultasi percuma, nak tahu apa-apa sebelum membeli pun boleh, Meh jadi customer dan business partner saya.



Noor Aziana Mohd Salleh
Coordinator Shaklee Malaysia
012-3687395
Facebook : Noor Aziana Mohd Saleh

FB Pages : Breastfeeding Enjoy

Instagram : noorazianamohdsalleh



Friday, February 24, 2017

Set Hamil Terbaik

Nutrisi ibu hamil menjadi satu keperluan yang perlu dipenuhi selama hamil. Risiko kesihatan bayi yang dikandung berkurang jika ibu mengambil gizi dan nutrisi yang seimbang yang diperlukan. Makan secara sihat semasa mengandung dapat menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi. Pada masa yang sama dapat mengekalkan kesitan ibu dan mengurangkan komplikasi semasa hamil seperti yang yg dinyatakan di atas.



Nutrien penting untuk ibu hamil


1. Protein

Menyokong pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Membekalkan ibu tenaga yang memberkan kecergasan untuk menjalani aktiviti harian anda.
Lebih baik lagi, asid amino adalah blok bangunan set anda yang jugga membantu dalam perkembangan sel dengan pantas semula bayi.

Berapakah protein yang diperlukan? Ketika hamil anda hanya memerlukan lebih sedikit berbanding sebelum kehamilan iaitu 62.5g.

Pilih protein soya berkualiti tinggi.


  • Soya yang tidak diubahsuai secara semulajadi (NON-GMO)
  • Lengkap dengan 9 asid amino perlu
  • 14g protein setiap sajian
  • Rendah Indeks Glisemik
  • Tanpa laktosa
  • Tanpa kolesterol

2. Zat Besi

Penting bagi penghasilan haemoglobin, protein di dalam sel darah merah yang membawa oksigen kepada sel lain.

Ketika hamil, jumlah jantung anda mengepam darah bagi setiap minit juga meningkatan sebanyak 30% sehingga 50%. Anda perlukan lebih at besi untuk menghasilkan lebih banyak haemoglobin untuk membawa oksigen kepada bayi.

Apabila darah tidak mendapat zat besi yang mencukupi ANEMIA mungkin akan terjadi.
Definisi World Health Organisation (WHO) bagi anemia adalah haemoglobin kurang dari 11g.dl.

Berapakah keperluan zat besi anda ketika hamil? Ketika hamil anda memerlukan 29mg/hari. 

Kesan kekurangan haemoglobin


  • Ketidaksuburan
  • Keguguran
  • Bayi pra-matang
  • Bayi kurang berat badan
  • Peningkatan risiko kematian ibu
  • Menigkatkan keletihan semasa hamil dan menyusu.

3. Asid Folik

Diperlukan untuk pembentukan tiub neutral bayi, yang kemudiannya membentuk tulang belakang dan otak bayi anda.

Kekurangan asid folik mengakibatkan kecacatan tiub neutral (berlaku antara hari 15&28 selepas persenyawaan).
Kajian klinikal menunjukkan bahawa mengambil 400mcg asid folik boleh mengurangkan kecacatan tiub neural kira-kira 40%, 1000mcg mengurangkan kecacatn kelahiran oleh kira-kira 50 peratus. (sumber)


Berapakah keperluan asid folik kepada ibu hamil? Ibu hamil memerlukan 600mcg/hari bagi.

4. Vitamin C

Meningkatkan penyerapan zat besi dan asid folik
Pembentukan tisu penghubung, vaskular, pertumbuhan otot dan tulang. Juga bantu meningkatkan kesuburan.
Kajian menunjukkan terdapat 44% lebih banyak kehamilan apabila wanita yang sedang menerima rawatan kesuburan mengambil 500mg vitamin C.(sumber)
Vitamin C mampu mengurangkan risiko kelahiran pramatang. Dalam kajian selama 4 tahun di kalangan 2064 wanita.
Mereka yang mengambil Vitamin C setiap hari daripada makanan tambahan atau makanan dalam serendah 10% (kira-kira 24mg setiap hari) mempunyai kira-kira dua kali ganda risiko kelahiran bayi pramatang berbanding wanita dengan pengambilan Vitamin C adal paling tinggi (kira-kira 550mg setiap hari). (sumber)

5. Kalsium

Apabila anda hamil, bayi anda yang sedang berkembang memerlukan kalsium untuk menghasilkan tulang dan gigi yang kuat, untuk penghasilan jantung yang sihat, saraf dan otot.
Sekiranya anda tidak mempunyai kalsium yang mencukupi semasa mengandung, bayi anda akan "curi" kalsium daripada tulang anda. Ini akan mengakibatkan kesihatan anda terjejas di kemudian hari.

Keperluan kalsium kepada ibu hamil


  • Penghasilan tulang dan gigi
  • Pergerakan otot normal
  • Melindungi ketumpatan tulang
  • Perkembangan bayi - Susu ibu mengandungi 40% kalsium.

Berapakan keperluan kalsium setiap hari untuk ibu hamil? Ibu hamil memerlukan 1000mg sehari.

6. Omega 3-DHA

Omega-3 penting untuk membantu pembentukan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Ia juga mampu membantu memecahkan lemak di dalam tubuh yang mana ia akan mengawal berat badan ketika hamil.

Berapakah keperluan Omega-3 setiap hari? Ketika hamil dn selepas kelahiran ibu memerlukan 300mg DHA setiap hari.


Set Hamil Terbaik Yang Dicadangkan

Set ini membekalkan nutrien penting bagi perkembangan bayi dan kesihatan ibu sebelum dan semasa hamil.


Set Hamil Terbaik yang membekalkan nutrien penting bagi perkembangan bayi dan kesihatan ibu sebelum dan semasa hamil.


Energising Soy Protein menepati ciri-ciri protein soya berkualiti tinggi.

Zat Besi sumber semulajadi lebih berfaedah berbanding dari sumber sintetik. Multivitamin(Vita-lea) mengandungi 12 vitamin dan 7 galian dan ianya lengkap dengan iron formula.

Lengkap dengan 8B iaitu keperluan tubuh yang sempurna ke atas vitamin B.Suplemen B complex Shaklee mengandungi Folic acid,Biotin yang sangat penting untuk pembentukan darah dan kestabilan hormon

Sebiji vitamin C Shaklee bersamaan 7 setengah biji oren dan memenugi keperluan vitamin C minima tubuh kita iaitu 500mg.Ia sangat unik keran tidak mempunyai pewarna malah pengawet tambahan.Ianya adalah sustained realese dan akan digunakan secara beransur-ansur mengikut keperluan badan kita.

4 biji Ostematrix memenuhi keperluan 1000mg sehari. Kalsium penting untuk darah membeku dengan sempurna. membaiki ransangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot, sakit pinggng, lenguh-lenguh dan kebas kaki/tangan semasa hamil.

Membekalkan 1000mg minyak ikan, DHA sebanyak 360mg dan EPA sebanyak 540mg.

Ketahanan Setiap Vitamin.


ESP – 1.5 – 2 bulan

Vitalea – 4 bulan

Vitamin C – 6 bulan

Ostematrik – 1 bulan

B Complex – 4 bulan

Omega – 3 bulan


Klik untuk pembelian pada harga retail.

Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee.

*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
COD: Sungai Buloh, Bandar Seri Coalfields, Puncak Alam, Ijok
*****************************************************************************************




Thursday, February 23, 2017

Nightmare Hamil Kali Pertama

Hai first time mommy... How are you?
EH! hai mommy juga... 
Moga sihat-sihat hari ni.. 
Moga perjalanan kelamilan menjadi saat yang paling bahagia untuk Mommy ya.
Moga Allah permudahkan dan perkenan segala doa Mommy.



Mommy, akakmanis sebenarnya pernah melalui saat hamil yang getir.
Getir tu tahap melepet di rumah seharian.
Terpaksa berhenti kerja, I'm so useless time tu.
Apa tak nya.. Hirup air pun keluar semula.
Setiap pagi muntah kuning yang pahit tu..
Ya Allah, siapa dah lalui tahu la rasanyakan..
tapi bagi yang belum rasa, jangan doa teringin nak merasa pulak ye. :P

Selain muntah kuning di pagi hari, muntah jugak di malam hari. 
Adoilah tidurku..
Cam gitula..
Dan muntah mabuk-mabuk ini sehingga hari melahirkan.
ia dik, 40 minggu 8 hari. 
Bersalin 2 hari before EDD. :)

Masih terbayang walaupun ia dah 5 tahun berlalu, breakfast pagi tu di hospital roti mentega, sedapnya la hai.. Air milo suam-suam kuku.
Perut dah la lapar layan contraction dari malam ni.
Ambil makan, air di hirup.
Belum pun sempat burp dan keluar semula..

Terus tak lalu nak makan apa2 dah la.. layan contraction semakin kuat.
Tolak masuk labour room akakmanis lembik lemah ya amat. 
Hey.. layan contraction tu banyak pakai tenaga tau..

Udahnya dalam labour room, doktor bagi minum air secawan..
Nampak no diriku tidak bermaya..
Teran-teran tak keluar.

Mampu ucap dalam hati..
Jangan la doktor nak potong perut aku pulak lepas ni..

Satu lagi bab yang paling scary adalah SEMBELIT.
Vitamin-vitamin dari klinik jadi punca sebenarnya.
Bila makan jadi gitu
Bila tak makan tak jadi pulak
Tapi akak nak yang terbaik untuk anak
Of Cos la kan?
Nutrisi yang cukup untuk anak kita ni.
anak kita kot bukan anak org lain.
EH! anak orang lain pun kene cukup nutrisi jugak. jangan salah faham tau.
Tapi tu la.. Tak sanggup sangat!! 
Bertapa di toilet. Tempat Syaitan tu.. Heh
Rasa perut nak buang air besar,
Terkedek2 la kita melangkah ke toilet ni.
Duduk di bowl,
Ambik mood,
Cuba teran, Tak keluar,
Cuba lagi, Bulu roma yang naik,
Muka dah merah padam,
GAGAL
Cuba lagi, bertambah merah muka.
Masih GAGAL.

Seksa ya amat SEMBELIT ketika HAMIL.

And last, dapat buasir. SEDIH!
Dah tentu waktu dalam pantang jugak sekali lagi SEMBELIT.
Yang ni tak pasti sama ada physco sendiri sebab jahitan atau memang sungguh sembelit la.

Yang Penting Scary Semua tu.

NIGHTMARE HAMIL KALI PERTAMA

Di tambah En laki banyaknya tiada di sisi. sob tau sob...


Siapa ada pengalaman macam saya?

#firsttimemom
#nightmarehamilkalipertama





Kekurangan Iodin Ketika Mengandung Menyebabkan Bayi Kecacatan Mental Selamanya!

Kekurangan iodin atau lack of iodine/ iodine deficinecy adalah satu mikronutrien yang digunakan oleh badan untuk menghasilkan hormon tiroid)tiroksin, triiodothyronine) yang diperlukan untuk pertumbuhan, perkembangan normal dan metablisme sepanjang hayat. Kekurangan iodin dalam diet di gelar sebagai Iodine Deficiency Disease(IDD) atau Penyakit Kekurangan Iodin.

Badan kita tidak menghasilkan iodin sendiri, jadinya pengambilan iodin adalah suatu perkara yang penting dalam diet harian kita.




Iodin dan kesihatan


Pada tahun 1900, kekurangan iodin menjadi satu masalah yang serius di dalam bidang kesihatan. Setelah itu, diperkenalkan pengambilan suplimen iodin dan menjadi suatu kejayaan unutk kesihatan orag awam. The Swiss merupakan yang pertama mula menambah natrium dan kalium iodida ke dalam garam untuk mengurangi iodin. Dan di Amerika Syarikat, DAvid Murray Cowie, seorang professor pediatrik di Universiti Michigan, memperjuangkan punca dan garan yang menganduni natrium pertama pada tahun 1924.

Banyak kajian telah dijalankan menunjukkan bahawa penambahan iodin kepada diet boleh meningkatkan kadar kecerdasan IQ sebanyak 12-14point. Dan ia menjadi protokol standar untuk menyaring hipotiroidisme pada setiap bayi yang baru dilahirkan di Amerika Syarikat. Bagaimana pula di Malaysia?



Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan pengambilan iodin yang optimum – diukur daripada kepekatan median (UI) iodin air kencing (urin) iaitu 100-199 μg/L.

Kawalan National Study dan Pencegahan Penyakit Kekurangan Iodin (IDD) (1995) yang dijalankan di kalangan kanak-kanak sekolah yang berumur antara 8-10 tahun di negara ini mendapati bahawa kelaziman goiter(beguk) di kalangan kanak-kanak sekolah di Semenanjung Malaysia adalah 2.2% manakala Sabah 17.9% dan dalam Sarawak adalah 0.4%. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa negeri di Semenanjung Malaysia yang goiter kelaziman melebihi 5% dan ini telah membawa kepada keputusan untuk melaksanakan Program Pencegahan dan Kawalan Penyakit Kekurangan Iodin (IDD) secara keseluruhan di negara-negara yang telah dikenal pasti bermasalah.(sumber)
Study in Westen China mendapati mommy hamil yang diberikan rawatan pada tirmester ke-3 dan mommy baru lahir tidak memberi kebaikan kepada neurologic status. Namun, rawatan pada awal trimester pertama memberi kesan positif terhadap IQ anak yang dilahirkan. (sumber)

So, hasil dari pelbagai study ini kita nampak bahawa iodin sangat penting untuk perkembangan IQ anak-anak kita.  Perlu bertindak segera ye Mommy!

Jangan biarkan Mommy terus menzalimi anak yang sedang dikandung, Sedar atau tidak, jika dibiarkan secara tidak langsung ia menzalimi anak itu.

So, Mommy hamil

Ambil Peduli Nutrisi Ketika Hamil

Tolong jaga dari, pastikan diri cukup nutrisi yang diperlukan sepanjang hamil. Baby awak ada HAK untk dapatkan nutrisi yang terbaik dari Mommy tau. Put as your priority..

Kalau kita hamil selalu pening, rasa nak pitam, itu tanda kita kurang ZAT BESI

Kalau kita hamil selalu lenguh kaki, sakit belakang, itu tandanya kita kurang KALSIUM

Kalau kita hamil doktor check air kencing kita kurang iodin, Please take action!

Selain mengakibatkan anak bodoh selamanya, risiko keguguran dan kecacatan pada bayi juga adalah tinggi.

Apa yang boleh anda lakukan adalah ambil suplimen bagi melengkapi segala keperluan untuk bayi anda. Zaman kini, sukar nak percaya dengan sumber bahan mentah kita bukan. Cara yang mudah adalah consume suplimen yang di akui semulajadi(vitamin dari hospital adalah sintetik yer). Anda boleh cuba Set Hamil Terbaik dari Shaklee.

Di bawah ini adalah nutrisi fact untuk salah satu produk dalam Set Hamil Terbaik ini.



Multivitamin Shaklee merupakan multivitamin tertua di dunia, berusia lebih 100 tahun. Ia lengkap dengan 28 mineral yang diperlukan oleh badan.

Jika berminat boleh roger saya terus, kerana saya mengamalkan multivitamin ini sewaktu hamil anak kedua dulu. Ternyata sangat berbeza dengan pengalaman mengandung anak pertama. 

Saya dah merasai #shakleedifference, Anda bila lagi? Ni Set Hamil Terbaik Shaklee.


Kalau berminta boleh contact ya...

ATAU

Klik gambar di bawah untuk order pada harga runcit. TQ


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee.

*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
COD: Sungai Buloh, Bandar Seri Coalfields, Puncak Alam, Ijok
*****************************************************************************************

Ref
1. Michael B. Zimmermann, Laboratory for Human Nutrition, Institute of Food, Nutrition and Health, Swiss Federal Institute of Technology (ETH), Schmelzbergstrasse 7, LFV D20, CH-8092 Zürich, Switzerland.




Tuesday, February 21, 2017

Anemia : Fungsi Jantung Menjadi Lemah


Apa itu Anemia?


Anemia merupakan situasi di mana lelaki atau wanita yang mengalami kekurangan sel darah merah yang matang atau hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Paras hemoglobin yang normal adalah di antara 12.5 hingga 18.5 gram per deciliter bagi lelaki dan 11.5 hingga 16.5 grams per deciliter untuk wanita.

Untuk pengetahuan, proses pembentukan dan pengeluaran sel darah merah adalah berlaku di dalam tulang sumsum kita. Ia di bantu oleh buah pinggang dan nutrisi yang mencukupi terutamanya zat besi. Jika sumsum tulang dan buah pinggang tidak berfungsi atau kekurangan nutrisi ia akan menjadi punca jumlah sel darah merah berkurangan.

Punca-punca Anemia

1. Kehilangan darah

  • Kehilangan darah yang mendadak(akut) terjadi sewaktu kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah, pendarahan dalaman atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml kebiasaannya memerlukan darah ganti.
  • Kehilangan darah kronik contohnya kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dll.

2. Kekurangan pembentukan sel darah merah dari sumsum tulang disebabkan oleh

  • Kekurangan nutrisi: zat besi, vitamin B12 dan folate.
  • Kekurangan hormon: sebagai contoh paras hormon tiriod rendah
  • Serangan tulang sumsum: seperti kanser darah, penyakit tulang sumsum
  • Gangguan pembentukan sel darah merah: Contohnya keadaan talasemia.
  • Pendarahan haid yang berlebihan:Faktor toksik, penyakit inflamasi, kegagalan hati dan buah pinggang, juga pengambilan ubat.

3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan, mungkin berlaku di dalam beberapa jangkitan atau kesan daripada pengambilan setengah jenis ubatan dan antibiotik.

Tanda-tanda Anemia

1. Keletihan setiap masa
2. Lemah tenaga
3. Pening
4. Pitam
5. Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
6. Kulit pucat atau kekuningan
7. Kadar denyutan jantung yang cepat
8. Penafasan yang cepat
9. Tekanan darah rendah




Komplikasi

Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan


  1. Fungsi jantung menjadi lemah dan mengakibatkan serangan jantung
  2. Pertumbuhan janin akan terencat dan melahirkan anak pramatang jika masalah ni berlaku semasa mengandung

Rawatan

Pemeriksaan hemoglobin boleh dilakukan di klinik berhampiran sekiranya anda memiliki tanda-tanda Anemia.

Rawatan khusus perlu dilakukan jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukemia atau pendarahan.

Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, anda perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan makanan tambahan zat besi.

Pengambilan makanan tambahan zat besi perlu di ambil bersama dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan.

Vitamin C promotes the absorption of iron from foods and is recognized as a protective antioxidant nutrient that helps neutralize free radicals that can cause cellular damage.3,4
Sumber

Makanan tambahan untuk membantu masalah anemia adalah zat besi. Vitamin B12 dan Vitamin C untuk penyerapan zat besi. Shaklee menawarkan set Anemia seperti berikut:


Vita-Lea Iron Formula mengandungi zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang merupakan protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan ibu dan bayi.

Sustained Release Vita-C Plus megandungi vitamin C yang membantu tubuh badan menyerap lebih banyak zat besi dengan lebih baik.

B-Complex mengandungi asid folik dan vitamin B12 untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel darah merah.


Klik Gambar untuk Order Set Anemia


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee.


*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
COD: Sungai Buloh, Bandar Seri Coalfields, Puncak Alam, Ijok
*****************************************************************************************


Ref:

1. Food and Nutrition Board, Institute of Medicine. Vitamin C. Dietary Reference Intakes for Vitamin C, Vitamin E, Selenium, and Carotenoids. Washington D.C.: National Academy Press; 2000: 95-186. (pp. 103)

2. Higdon, J. Vitamin C. Linus Pauling Institute, Oregon State University. 2000. (Reviewed by Michels, AJ in 2013) (Function)



Monday, February 20, 2017

Membina Tulang Yang Sihat Sejak Kanak-kanak

Apa khabar semua?

Terima kasih kerana sudi membaca post ini.
Saya akan kongsikan faktor yang akan mempengaruhi jisim atau kepadan tulang kita dan bagaimana memastikan kita cukup kalsium dalam  "bank kalsium" pada waktunya.

Seperti yang diketahu ramai, kekurangan kepadatan tulang akan mengakibatkan osteoporosis.
Penyakit ini adalah penyakit senyap yang boleh membawa maut.

5 Faktor yang memberi kesan kepada kepadatan jisim tulang

Jantina

Ia! jantina anda adalah faktor penting. Lelaki secara genera dilahirkan memiliki kepadatan tulang yang tinggi berbading perempuan. Sebelum sampai usia matang(baligh), developement tulang lelaki dan perempuan adalah pada kadar yang sama namun selepas baligh lelaki memerlukan bone mass yang lebih tinggi. So, tak hairan apabila kita melihat lelaki lebih kuat berbanding perempuan. Mampu melakukan kerja-kerja berat nak dibanding dengan wanita. 

Bangsa

Kanak-kanak perempuan di Afrika-Amerika cenderung memiliki jisim tulang puncak lebih tinggi berbanding kanak-kanak peremuan Caucasian. Dan bagaimana pula dengan orang Asia? Kanak-kanak wanita Asia memiliki jisim tulang yang paling rendah. Nampaknya kanak-kanak Asia iaitu anak-anak kita memerlukan lebih kalsium untuk diserap. Walaupun begitu, setiap wanita tanpa mengira kaum mempunyai risiko lebih tinggi untuk Osteoporosis. Maka kesimpulannya, wanita dari semua kaum perlu membina jisim setingga yang boleh bagi melindungi diri dari penyakit tersebut.

Hormon

Hormon estrogen dan testosteron atau dikenali sebagai hormon seks adalah amat penting untuk pembangunan jisim tulang. Wanita yang datang haid pada usia muda kebiasaannya memiliki kepadatan tulang yang lebih tinggi. Dalam kata lain, wanita yang mempunyai haid yang tidak normal dan altet wanita yang mempunyai tahap badan-lemak yang sangat rendah adalah berisiko tinggi tidak mencapai ketumpatan tulang yang optimum. Jika anda adalah wanita normal, pastikan kitaran haid adalah normal bagi mencapai tahap jisim tulang yang tinggi sebelum usia 30 ahun.

Aktiviti fizikal 

Adalah penting untuk membina tulang yang sihat. Antara aktiviti yang mampu merangsang bone growth adalah berlari dan jumping rope.


Nutrisi

Kalsium khususnya adalah sangat penting untuk kesihatan tulang. Kekurangan kalsium di kalangan orang muda boleh menyumbang 5%-10% lebih rendah jisim tulang dan boleh meningkatkan risiko keretakan tulang di kemudian hari. Diet yang seimbang dengan merangkumi jumlah yang cukup Vitamin D dan Vitamin K serta kalsium mineral, magnesium, zink, tembaga dan mangan penting untuk penyerapan kalsium tahap maksimum.


Apakah nutrien yang perlu untuk menguatkan tulang?


Anda memerlukan pelbagai jenis nutrien untuk memastikan perkembangan tulang yang baik. 
  • Kalsium, fosforus, magnesium di satukan bagi membentuk matriks tulang. 
  • Zink, tembaga dan magan adalah untuk pemangkin untuk tindak balas metabolik yang terlibat dalam pembinaan tulang. 
  • Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan Vitamin K membantu dalam membentukan dan memastikan protein yang dihasilkan oleh sel-sel tulang ketika pembentukan matriks tulang berfungsi dengan baik.
Walaupun semua adalah pentung untuk membina tulang yang kuat, perhatian khusu utnuk bayi dan kanak-kanak yang meningkat dewasa adalah kalsium dan vitamin D.

Sumber makanan untuk nutrisi kesihatan tulang



Membina Kepadatan Tulang Dengan Makanan Tambahan

Keperluan membantu anak membina kepadatan tulang pada tahap yang terbaik sejak kecil adalah tanggungjawab kedua ibubapa. Ibubapa boleh bermula dengan memperkenalkan makanan yang kaya dengan nutrien keperluan membina tulang yang sihat seperti kalsium, magnesium, zink, tembaga, magan dan juga Vitamin D dan Vitamin K.

Makanan tenusu merupakan makanan penyumbang tertinggi kalsium dan nutrisi baik untuk keperluan membina tulang yang sihat dari kekacang, tumbuhan hijau tua, makanan laut dan sebagai seperti gambar di atas. Namun, bancian kebangsaan yang telah dilakukan mendapati kebanyakkan kanak-kanak gagal mencapai keperluan Kalsium atau Vitamin D, mereka sebagai ibubapa memberikan anak mereka multivitamin yang mengandungi sekurang-kurangnya 400IU to 600 IU Vitamin D, 200mg Kalsium.

Berikan anak-anak kita yang terbaik sepanjang kanak-kanak bagi memastikan kesihatan tulang pada tahap optimum. Sebenarnya bukan sekadar membantu mereka memiliki tulang yang sihat tetapi membantu mereka mengurai risiko Osteoporosis di kemudian hari.


Baca: Vita-Lea® for Children


*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
COD: Sungai Buloh, Bandar Seri Coalfields, Puncak Alam, Ijok
*****************************************************************************************


Thursday, February 16, 2017

Testimoni Membuang Air Besar Dengan Herblax


Ingin mendapatkan peluang keselasaan perut ?
Tiada senak perut,
Tiada lagi sembelit,
Tiada lagi membazir masa di tandas.

Semua gara-gara tak lawas membuang air besar.

Saya ingin kongsikan beberapa testimoni Herblax Shaklee membantu anda mendapatkan keselesaan perut tahap maksimum.

Hilang masalah sembelit teruk tau!

Herblax adalah penyelamat. Penyelamat sembelit gara-gara alik kampung makan tidak berhenti. Alah, samalah kita punkan? Kalau balik kampung semua makanan nak di makannya. Akibatnya sembelit teruk. Puan Azrin Mohd selesai masalah SEMBELIT TERUK

 
"Suka sangat dengan Herblax ni"
Sungguh!!! Herblax ada salah satu produk detox usus besar yang selamat, berkesan dan semulajadi. Rasainya sendiri. Dah cuba baru tahu.

"Pasti BUANG"
Rekemended! makan herblax pada malam hari kerana prosesnya ambik masa selepas 8-12 jam.

Untuk hari yang lebih indah, pastikan herblax sentiasa ada! 

Menurut Scandinavian Journal of Gastroenterology, manusia yang normal dan sihat perlu membuang air besar setiap hari. Berdasarkan journal tersebut, kadar kekerapan membuang air besar adalah sekali hingga 3 kali sehari dan ia berbeza dari satu hari ke hari yang lain.

Berapa kali anda membuang dalam masa sehari?






*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
*****************************************************************************************


Wednesday, February 15, 2017

Status HALAL Shaklee

Ramai juga yang bertanya-tanya "Shaklee ni halal ke?"

Rata-ratanya dari bakal pengguna Shaklee lah. 
Baguskan tu..

Kati sini saya lampirkan sijil HALAL Shaklee yang dikeluarkan oleh Islamic Services of America(ISA).



ISA merupakan salah sebuah badan pengeluar sijil halal di Amerika yang diiktiraf oleh pihak JAKIM. Nak tahu senarai badan luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM?

Boleh tengok di website My Halal . Ada tersenarai semua badan pengeluar sijil HALAL diserata dunia.

Produk Shaklee yang dipasarkan di Malaysia adalah tersenarai dalam sijil tersebut termasuk yang menggunakan bovine gelatin iaitu Lecithin, OmegaGuard dan Vita-E complex. 
Untuk pengetahuan semua, tidak semua produk yang dikeluarkan oleh Shaklee berada di pasaran Malaysia.

Saya rasa berbangga kerana pengguna Islam mengambil langkah untuk memastikan produk yang diambil adalah HALAL statusnya. Tahniah semua..:) Bukan apa, zaman sekarang ni semua campur aduk ye tak? Mencari yang halal ini bukan semata-mata dari segi pemakanan sahaja tetapi pelbagai sudut lain seperti kebebasan, pencarian rezeki, pergaulan dan macam-macam lagi. Yang penting, segalanya bermula dari rezeki yang dan apa yang dimakan mahupun diminum.

Perlu di ingat dan diambil kisah, daging yang terhasil dari sumber yang tidak halal adalah bahan bakar api neraka. Belum masuk neraka lagi pun dah boleh rasa. sebagai contoh, doa tidak dimakbulkan, hati yang keras, kehidupan yang resah.

"Namun adakalanya perkara sebegini menjadi bahan sabotaj tanpa kita sedar. Maklum saja, orang kita biasa dengan JAKIM sedangkan ada banyak lagi badan pengeluar sijil halal, yang mengeluarkan status halal termasuk untuk produk2 tempatan. Antara badan pengeluar sijil halal di Asia Tenggara (yang digunapakai di Malaysia) selain JAKIM ialah Islamic Food Research Centre (IFRC) Asia dan Halal Food Council (HFC) South East Asia. Malah satu mesyuarat telah diadakan antara pengeluar sijil halal agar sijil halal ni tak dimonopoli oleh JAKIM saja. Tapi kalau nak kira untuk marketing dalam negara, yang ada sijil halal JAKIMlah yang laku sebab orang ramai lebih percaya pada sijil keluaran JAKIM "- Mommy Lyna

Setiap badan yang tersenarai mempunyai prosedur yang ketat sebelum sijil halal dikeluarkan kepada sesuatu produk. Pengeluar sijil akan sentiasa memantau dan mereka boleh menarik balik pada bila-bila masa sekiranya pengilang/pengeluar tidak mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.

Produk Shkalee yang berada si pasaran Malaysia tersenarai dalam sijil di atas, maka usah ragu-ragu untuk memilih produk Shaklee dari Malaysia. :)

Gunakan tanpa was-was. 
Nikmati kesihatan dan kehidupan yang lebih baik dengan Shaklee.


Jika ada sebarang pertanyaan tentang status halal Shaklee, anda boleh salurkan kepada Shaklee Malaysia dengan menghubungi contact di www.shaklee.com.my.