Keindahan Susu Anugerah Allah

Menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, December 26, 2015

INFO SIHAT ~ 10 KHASIAT BUAH AVOCADO

Salam semua,

Entry Avocado sekali lagi. Avocado buah ajaib adalah entry pertama saya tentang Avocado.Di entry pertama ada saya sediakan cara pemilihan avocado dan sedikit khasiat avocado. Kenapa saya suka sangat dengan Avocado ni? Tak lain tak bukan kerana anak kedua saya Naeim, yang meghidap Ekzema sejak bayi lagi. Bila makan avocado ni kulit jadi licin dan lawo lah.. Jom kenal avocado lebih dalam lagi..

Pokok avocado atau nama saintifiknya Persea Americana mempunyai zat khasiat yang dikatakan mampu merawat dan mencegah pelbagai penyakit daripada masalah penglihatan, penyakit jantung sehinggalah kepada masalah obesiti. Pokok avocado dikelaskan dalam tumbuhan berbunga keluarga Lauraceae. Ia adalah sejenis pokok saka yang menghasilkan buah. Buahnya berbentuk bujur dan kulit buah berwarna hijau berkilat. Isi buahnya pula berwarna kuning cair dan mempunyai biji yang agak besar di tengah. Daun pokok avocado mempunyai hujung yang runcing. 

BUAH Avocado mungkin tidak sepopular buah-buahan import lain seperti epal atau kiwi yang sudah lama berada di pasaran negara ini. Bagaimanapun buah yang berbentuk lonjong berwarna hijau ini sebenarnya mengandungi khasiat pemakanan yang hebat.

10 KHASIAT DAN KELEBIHAN AVOCADO

1) Mengawal tekanan darah

Avocado merupakan sumber besar kalium , yang membantu dalam mengawal paras tekanan darah.

2) Menggalakkan kesihatan mata

Avocado adalah sumber lutein karotenoid yang sangat baik, dimana ianya adalah untuk membantu melindungi mata daripada daripada katarak.

3) Melindungi daripada kanser

Banyak kajian telah menunjukkan bahawa avocado boleh menghalang pertumbuhan kanser prostat dan juga berkesan dalam mencegah kanser payudara.

4) Menyembuhkan nafas berbau

Avocado adalah salah satu pencuci mulut yang terbaik secara semula jadi dan bertindak untuk melawan daripada nafas berbau. Ini kerana ia membersihkan usus yang merupakan punca sebenar nafas berbau.

5) Ciri-ciri anti-penuaan

Avocado kaya dengan antioksida dan bermanfaat dalam mencegah gejala penuaan. Ia juga membantu meningkatkan sistem imun , melambatkan proses penuaan, dan menggalakkan sistem saraf yang sihat.

6) Penjagaan Kulit

Minyak avocado ditambah dalam bahan pembuatan kosmetik kerana keupayaannya untuk menyuburkan kulit dan membuat kulit anda bercahaya. Ia juga membantu dalam merawat penyakit kulit yang menyebabkan kemerahan kulit.

7) Berat badan

Avocado mempunyai 200 kalori bagi setiap 100 gram. Biasanya , buah-buahan mempunyai kira-kira 60-80 kalori bagi 100 gram. Oleh kerana jumlah yang tinggi kalori, avocado adalah makanan yang terbaik bagi orang-orang yang ingin menambahkan berat badan. Avocado adalah sumber kalori yang sihat , tidak seperti lain-lain makanan kalori yang mungkin mengandungi lemak tepu yang berlebihan dan gula yang berlebihan.

8) Mengekalkan kesihatan jantung

Avocado mengandungi vitamin B6 dan asid folik , yang membantu mengawal tahap homocysteine ​​. Tahap homocysteine ​​dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. Avocado juga mengandungi vitamin E, glutation, dan lemak monotaktepu, yang membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat.

9) Vitamin E Powerhouse

Avocado adalah buah yang terbaik sumber vitamin E, vitamin yang penting yang melindungi daripada banyak penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan keseluruhan.

10) Mengandungi banyak vitamin

Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium. 


************************************************************************************************************

Bukan Sahaja Sedap Dimakan Begitu Sahaja


Di kalangan wanita di negara ini mungkin sekian lama tahu mengenai buah avocado ini tetapi tahap pemahamannya hanya setakat digunakan dalam produk kecantikan.

Avocado sebenarnya mempunyai rasa yang lemak dengan isinya yang halus.

Ia bukan sahaja sedap untuk dimakan begitu sahaja malah boleh dipelbagaikan cara masaknya seperti snek, salad, pencuci mulut atau sup.

Baru-baru ini Euro-Atlantic Sdn. Bhd., pengimport buah-buahan di negara ini mengundang Jodie Campbell selaku penyelaras kursus dan latihan dari Agri-Science Queensland untuk menyampaikan ceramah mengenai Rasa Avocado Australia.

Ceramah yang disampaikan di Berjaya University College of Hospitality (BUCH) di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, itu bertujuan mendedahkan tentang kelebihan nilai pemakanan buah avocado.

Jelas Jodie, avocado Australia memang istimewa kerana ia didatangkan daripada ladang yang terpilih supaya kualiti dan khasiatnya terjamin setelah dieksport.

''Avocado bukan sahaja rendah kandungan gula dan tiada garam tetapi kaya dengan vitamin iaitu C, E dan K,'' katanya.

Selain itu ia juga mengandungi antioksida dan potasium untuk mengelak daripada penyakit radang sendi dan kandungan asid foliknya pula dapat mengelak serangan jantung dan kanser.

Katanya, hasil kajian oleh Wesley Medical Centre, Brisbane, Australia mendapati jika seseorang itu makan setengah atau sebiji avocado setiap hari selama sebulan akan dapat mengurangkan berat badan dan merendahkan kolesterol.

Selain itu, katanya, buah itu juga kaya dengan vitamin E yang baik untuk memperlahankan proses penuaan dan juga kanser.

''Avocado juga mengandungi sumber lutein yang tinggi untuk mengawal katarak sebagai langkah awal daripada menjadi buta,'' katanya.

Katanya, buah itu juga sesuai sebagai makanan bayi kerana dengan kandungan lemak tidak tepu akan membantu proses perkembangannya.

Jelas Jodie, buah avocado Australia terdapat dalam dua jenis iaitu hass di mana berbentuk lonjong dengan kulitnya agak menggerutu berwarna hijau yang bertukar menjadi gelap dan ungu setelah masak.

Manakala jenis shepard pula berbentuk lonjong macam pir yang berwarna hijau dengan kulit lebih licin dengan rasa isi lebih lembut dan lemak.

Katanya, disebabkan bahagian luar avocado agak lembut maka ia perlu dipegang dan disimpan dengan cermat supaya tidak mudah lebam.

Pada majlis itu juga diadakan demonstrasi resipi Avocado Zimbabwe dan lebih banyak resipi lagi boleh dicari dengan melayari www.avocado.org.au.

Next Entry boleh saya share resepi Avocado pula ye...



Friday, December 25, 2015

Yang Moden Tidak semestinya Ekonomi


Ramai orang membelanjakan wang tanpa menimbang perkara lain atau apa yang boleh diperoleh dengan wang itu. Ramai pengguna begitu cepat memutuskan ini sesuatu barangan dan terus membeli barang tersebut, meskipun terpaksa berhutang. Ekonomi mengelarnya sebagai "OPPORTUNITY COST" atau kos lepas.

Benarkah ada harga, ada mutu?

Misalnya, kita ada tiket wayang tapi pada masa yang sama, kita boleh sahaja menonton pertandingan bola sepak di televisyen. Jika memilih menonton wayang, kita akan kehilangan kesempatan menonton bola sepak dan terpaksa mengeluarkan wang untuk minyak petrol kereta dan bayaran tempat letak kereta. Pilihan lain, apabila menonton televisyen di rumah, maka anda akan berjimat selain dapat merehatkan tubuh badan.

Konsep mempertimbangkan "opportunity cost" biasanya juga diterapkan dalam pengurusan kewangan peribadi. Dengan menyusun anggaran perbelanjaan, faktor "opportunity cost" ini mahu tidak mahu perlu dipertimbangkan.

Kalau mahu menyekolahkan anak ke peringkat yang lebih tinggi, menyelesaikan kredit rumah, atau membeli kereta baru, hitunglah berapa banyak wang yang harus disisihkan, berapa lama tabungan terkumpul dan perbelanjaan apakah bakal dikurangkan.

Cara paling sederhana adalah membuat dua lajur, lajur pertama: pendapatan dan simpanan dan jalur kedua adalah pengeluaran. Kurangkan lajur kedua dengan lajur pertama. Bandingkan hasilnya dengan aset mula-mula. Apakah tetap, bertambah, atau berkurang? 

Bila aset tetap, bahkan cenderung menyusut, cuba perhatikan setiap pengeluaran yang dibuat. Anda mungkin perlu melakukan pemotongan yang tidak perlu.

Kunci keberkesanan anggaran belanja, adalah tidak berbelanja barang yang kurang perlu atau kurang bermanfaat. Ketika menyusun anggaran belanja, susun pula senarai barang yang diperlukan. Tentukan juga jenis barang, mutu dan harganya. Jadikan senarai itu acuan ketika berbelanja.

Cari maklumat tentang pelbagai harga barang, baik dalam surat khabar, majalah, teman, dan dunia yang canggih ini apa kata guna sepenuhnya telephon pintar ada. Ada pelbagai aplikasi yang anda boleh gunakan. Tidak hanya pada harga, anda boleh mendapatkan hasil testimoni barang yang digunakan oleh pelanggan lain dalam majalah. 

Maklumat terakhir adalah sangat berguna apabila anda berniat membeli barang yang mahal. Apakah semakin mahal sesuatu barang itu akan semakin bermutu? Biasanya perbezaannya sangat kecil, malah mungkin tidak ada beza pun. Bayangkan ada yang menjual yang menjual dua barang yang sama, seperti yang diiklankan dengan harga yang berbeza. Sebaliknya harga lebih mahal boleh menjadi indikasi produksi yang tidak berkesan, kos iklan dan promosi tinggi, serta "mark up" yangbesar kepada penjual. Padahal, meningkatnya kualiti jarang mengakibatkan kenaikan harga. 

Maka jadilah pengguna yang bijak. Untuk barang mahal, cara paling tepat mencari maklumat adalah dengan melihat pada label keselamatan dan cop oleh SIRIM, tidak salah apabila mencuba produk pesaing yang lebih murah dan bandingkan dengan produk yang dipakai selama ini. Barang murah yang baik mutunya juga ada.

Merokok adalah "hobi" yang mahal apabila pengeluarannya dikira secara terkumpul (accumulate) dalam satu hingga lima tahun. 



Next entry InsyaAllah saya share membeli-belah secara atas talian (on-line)


****************************************************************************************


Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Facebook : Noor Aziana Mohd Salleh


KECANTIKAN ~ 7 TIPS PENTING UNTUK KULIT

Assalamualaikum semua..

Terima kasih terus membaca input yang ditulis oleh blogger baru seperti saya..

Hari ini saya nak share 7 tips paling penting untuk kulit yang perlu dititik beratkan. Mungkin anda terlepas pandang atau terlupa... :)

1- Merendam tubuh dalam air terlalu lama adalah tidak digalakkan. Jika anda mahu berendam, gunakan air suam. Elakkan air yang terlalu dingin mahupun panas.

ala-ala syoknya monyet salji ni berendam ... sumber

2- Dek kerana kulit kering, anda sering membasuh muka setiap masa ye? Menggunakan pembersih wajah berbuih hanya akan mengeringkan lagu kulit wajahmu. Cukup mencucinya jika perlu.

3- Susahlah! Saya tak suka minum air. Andai itulah alasan anda, banyakkan pengambilan buah-buahan bagi menggantikan jumlah air dalam tubuhmu.

4- Mungkin ramai yang tidak suka bersenam, itulah silapnya. Pengeluaran peluh ketika bersenam sebenarnya mejana kelembapan kulit secara semula jadi. Jangan tangguhkan lagi, sarunglah seluar sukanmu sekarang!


5- Nak tahu jenis pelembap terbaik? Walaupun baru sahaja dioleskan pada wajah, ia tidak meninggalkan kesan berminyak. Itulah pelembap nombor satu!

6- Jika anda mempunyai kulit sensitive, ada baiknya anda membeli pelembap tanpa wangian dan lanolin.

7- Jika mahu keluar rumah, pakailah krim pelindung matahari yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF15. TIPS! Untuk memastikan kulit dilindungi sepanjang masa (jika krim pelindung SPF15) anda perlu memakainya setiap 4 jam sekali.


#cantiksihat #kecantikan # shaklee #nutriwhite #enfuselle #tips #kulit

****************************************************************************************


Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 





Wednesday, December 23, 2015

KECANTIKAN DAN PENJAGAAN DIRI ~ KULIT WAJAH MENGIKUT USIA

Dengan faktor suhu dan pemakanan yang diamalkan, kulit kita mudah terdedah dengan pelbagai masalah.

SEMUDAH ITU SAHAJA.. HATI-HATI YA!

Apabila berlakunya masalah kulit, pasti pelbagai usaha dilaksanakan bagi merawatnya agar kembali sihat seperti sedia kala. Pun begitu, ia memerlukan komitmen yang berganda kerana usaha merawat bukanlah mudah. Tambahan pula dengan terhasilnya pelbagai jenis produk rawatan kulit berserta dengan teknologi terkini, pastinya sukar untuk kita sendiri memilih seterusnya memutuskan mana satukah yang terbaik.

DILEMA SAJA BIASANYA.. YANG INI BAGUS, YANG ITU JUGA BAGUS!


Usah bimbang kerana ada cara lain yang boleh dijadikan panduan dalam memilih perawatan sesuai untuk kulit anda berpandukan usia. Jom kita fahami apakah rawatan yang sesuai mengikut usia kita!

Usiamu 20-an

Tika ini kulit wajah anda masih lagi tegang dan kenyal. Mungkin juga jerawat yang tumbuh ketika anda masih berusia belasan tahun sudah tidak kelihatan lagi. Banggakan melihat kulit yang sihat itu?

Pun begitu, itu tidak bermakna anda boleh memandang ringan soal penjagaanya. Pada usia ini, kemampuan sel kulit untuk menjana semula pertumbuhan sel akan menurun sehingga 28%. Jesteru itu, bagi merangsang pertumbuhan sel kulit ini, anda disarankan untuk menggunakan produk pembersih muka yang ringan kandungannya.

Selain pencuci wajah, jangan lupa menggunakan krim pelindung sinaran matahari sebelum keluar dari rumah. Menurut kajian oleh American Academy of Dermatology, sinaran matahari merupakan salah satu factor utama masalah penuaan kulit.

Sekiranya anda mempunyai kulit wajah yang mdah berminyak dan berjerawat, cubalah lakukan rawatan “facial” sekurang-kurangnya dua minggu sekali.

Produk yang diperlukan:
-          Pencuci wajah yang lembut kandungannya
-          Penyegar wajah (toner)
-          Pelembap wajah
-          Krim mata
-          Krim pelindung sinaran matahari (sekurang-kurangnya SPF15)

Usiamu 30-an

Dalam usia ini, proses pembentukan semula kulit agak lambat. Kesan buruk ekoran pencemaran, asap rokok dan sinaran matahari yang berlebihan Berjaya memasuki lapisan dermis kulit. Kulit wajah yang pada awalnya tegang sudah menunjukkan tanda-tanda penurunan funsi elastiknya. Selain itu, kulit wajah juga mulai kering dan sudah menunjukkan beberapa kedutan di sekitar bibir.

Pada usia ini, anda harus mengambil berat soal pemakanan. Utamakan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, gandum dan ikan. Kandungan vitamin A, B, C dan E yang ada dalam makanan ini mampu membantu kulit wajah melawan kesan radikal bebas, memperbaiki keadaan kulit dari dalam dan menghasilkan enzim yang mengawal penghasilan kolegen semulajadi

Produk yang diperlukan:
-          Pencuci wajah yang kaya dengan vitamin
-          Penyegar wajah (toner)
-          Pelembap wajah
-          Krim mata
-          Krim pelindung sinaran matahari (sekurang-kurangnya SPF15)
-          Krim malam


Usiamu 40-an

Semasa usia menjangkau 40-an, penghasilan kolagen kulit mulai menurun. Kesannya, tahap elastic kulit berkurangan, seterusnya menyebabkan garis-garis penuaan dan kedutan semakin ketara.

Pada usia ini, lapisan luar epidermis (stratum cornemum) menjadi lebih tebal keranya adanya penumpukan sel-sel kulit mati. Anda disarankan menggunakan pencuci wajah yang mengandungi AHA untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati ini. Rawatan “scrub” secara konsisten juga mampu membantu anda menanggalkan sel kulit mati ini.

Rawatan wajah yang lebih agresif juga sudah boleh dilakukan apabila menginjak usia ini. Sebagai contoh rawatan Vitamin C untuk hasil yang maksima bagi menghilangkan kedutan.

Produk yang diperlukan:
-          Pencuci wajah yang lembut kandungannya
-          Penyegar wajah (toner)
-          Pelembap wajah yang kaya dengan nutrisi
-          Krim mata – anti penuaan
-          Krim pelindung sinaran matahari – anti penuaan

~ Produk Semulajadi, Selamat dan Berkesan ~


Shaklee mempunyai produk kecantikan luaran yang pasti anda akan jatuh cinta bila mencubanya. Tidak lain tidak bukan, Set Nutriwhite Shaklee Skin Care. Ia adalah campuran 16 nutrient yang membantu mengurangkan penghasilan melanin sekaligus menjadikan kulit wajah lebih putih, kulit lebih gebu dan berseri.
Bearberry - Meringankan firma, melegakan dan mengurangkan keradangan
Strawberi - Mencerah dan pigmentasi
Mulberi - Mencegah kerosakan kesan matahari dan melembap
Scullcap - Meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
Pokok Bic - Meringankan, meningkatkan proses semulajadi & melegakan kulit
Kacang Soya - Mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok

Aloe Vera - Melegakan, melembapkan & keradangan
Rosemary - Mengetatkan, merangsangkan & mengurangkan keradangan
Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
Peony - mencerahkan, melembapkan & mengurangkan keradangan
Kudzu - menegang & mengurangkan keradangan dengan isoflavone

Linden - menyuburkan & menghidrat di peringkat dalam
Marshmallow - melembapkan dengan tanin
Rumpai Laut - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
Alga Hijau - menyahtoksin & melembapkan
Cat's Clow - menegangkan & menyegarkan dengan cotechin



1. Nutriwhite Action Makeup Remover (150ml)
  • Menjadikan kulit semakin lembut, licin dan berseri. 
  • Tunas Pokok Bic berfungsi menanggalkan sel kulit mati dngan lembut tanpa meninggalkan kesan . 
  • Kulit menjadi lebih tegang dan segar dengan ekstrak Aleo Vera. 
  • Kulit kelihatan lebih berseri dengan struktur yang lembut dan tidak berminyak. 

2. Nutriwhite Gentle Deep Foaming Clenser (150ml) 
  • Pencuci muka yang membersihkan dan menyegarkan kulit 
  • Ekstrak Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit. 
  • Alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin 
  • Strawberi Begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan mencerahkan kulit 
  • Menyegarkan dan lembut pada kulit. 

3. NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener (150ml) 
  • Lembut pada wajah serta menjadikan pH kulit kembali seimbang. 
  • Rosemary menjadikan kulitberasa lebih segar dan tegang. 
  • Ekstrak Kudze menjadikan kulit lebih cerah dan tegang. 
  • Kulit dilembapkan dengan Marshmallow. 
  • Sangat effektif. 

4. NutriWhite Daily Defence Whitening Essence (30ml) 
  • Kulit menjadi tegang dan segar dengan ekstrak Bearberry Strawberry 
  • Begonia berfungsi mengimbangi pigmen kulit. 
  • Kacang soya pula bertindak mengurangkan tompok-tompok hitam dan melembutkan kulit.
  • Ekstrak Mulberi pula mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari.
  • Vitamin C yang aktif ditambah untuk membaiki kulit dan mengembalikan seri wajah
  • Strukturnya yang mudah diserap oleh kulit menjadikan kulit semakin lembut. 

5. NutriWhite Spot Whitening Treatment (10ml) 
  • Membaiki kesan-kesan jeragat dengan cepat. 
  • Kuasa Pencerahan dari ekstrak 
  • Peony dan Likoris berkesan mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit.
  • Vitamin C aktif menjadikan kulit lebih halus dan cerah sekata. 

6. NutriWhite Daytime Whitening Lotion (50ml) 
  • Kaya dengan pati Melburi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.
  • Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut. 
  • Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran 

7. NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream (50g) 
  • Memperbaharui sel dan mengambalikan keremajaan kulit semasa tidur 
  • Ekstrak Linden melembapkan dan menyihatkan kulit secara mendalam. 
  • Scullcap bertindak menghilangkan radang dan mencerahkan kulit. 
  • Vitamin C aktif mengembalikan seri wajah dengan mengurangkan tompok-tompok hitam. 
  • Bangun pagi, kulit akan terasa gebu, halus, cerah dan berseri.

~ Testimoni Pengguna Produk NutriWhite Skin Care ~



"Duduk tepi pantai dari pagi sampai 12 noon.. Alhamdulillah.. sun burn sikit je"



"Kulit between bawah mata n hidung tu dah tak kasar! Sangat berbeza daripada before this."

"Jerawat mmg segan nak tmbuh"



Bagaimana? teruja bukan dengan perkongsian mereka yang telah menggunakan NutriWhite Skin Care ini. Dibawah ini pula saya sertakan video. Selamat menonton!

****************************************************************************************

Untuk maklumat lanjut dan pembelian:

Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 


Tuesday, December 22, 2015

KESIHATAN ~ OMEGA-3 bukan sekadar minyak ikan


Tubuh manusia tidak mampu untuk menghasilkan Omega-3 secara semula jadi. Namun Omega-3 boleh diperoleh menerusi pengamalan diet yang betul serta pengambilan suplemen.

Bagaimanapun pengambilan Omega-3 dalam jumlah yang sepatutnya bukan mudah kerana anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 85g (3oz) ikan Salmon setiap hari untuk mendapatkan jumlah dos Omega-3 yang disarankan.

Selain ikan Salmon, ikan-ikan lain seperti tenggiri, kembung, hering, ikan bilis dan telur ikan juga adalah sumber semulajadi Omega-3. Namun dengan peningkatan pencemaran seperti kandungan merkuri, toksin, dioksin dan pelbagai jenis pencemaran yang berlaku di laut menyebabkan pengggambilan ikan dalam jumlah yang agak besar sangat berisiko tinggi.

Jesteru supplemen   minyak ikan memberikan alternative yang sangat efektif untuk memenuhi keperluan Omega-3 tanpa perlu bimbang tentang kontamminasi laut. Selain itu pengambilan flaxseed, minyak flaxseed, chiaseed, walnut, kacang soya dan kacang edamame juga sangat baik untuk mendapatkan sumber Omega-3 secara semula jadi.

Menurut pakar dietetic dan pengamal Nutrigenomics dari The Beacon Laurete, Beacon Hsopital, Eng Seow Wei, Omega-3 sangat penting kerana ia bukan sekadar mengurangkan kesakitan dan keradangan malah mampu meningkatkan kesihatan otak di mana kajian telah menunjukkan Omega-3 membantu melegakan symptom depresi, demensia, kecelaruan bipolar dan psikosis dengan meningkatkan komunikasi antara sel otak.

Pengambilan Omega-3 yang mencukupi juga dapat mengurangkan risiko aterosklerosis (pengerasan arteri) dan tahap trigliserida. Ia juga merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. “omega juga mengawal kitaran keradangan, melegakan kesakitan akibat penyakit artritis, prostatitis dan ulcerative colitis. Dengan mengurangkan keradangan ia membantu merendahkan risiko pembentukan kanser, serangan jantung dan strok.

“Bagi wanita pula pengambilan Omega-3 sangat bermanfaat kerana ia bersifat anti-keradangan yang mana membantu melegakan kesakitan ketika datang haid atau premenstrual syndrome(PMS)”

“Omega-3 bukan sekadar minyak ikan biasa. Jadi penting untuk kita mengetahui kandungan sebenar EPA dan DHA dalam setiap minyak ikan yang kita beli daripada pasaran.” Eng Seow Wei

Berapa banyak Omega-3 yang kita perlukan?

Dua unsur yang sangat berkuasa dalam omega-3 yang dikenali sebagai DHA(docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid) adalah nutrient terpenting yang ‘berjalan’ ke setiap membrane sel tubuh manusia. Ia berfungsi sebagai agen pelincir untuk meningkatkan fleksibiliti dan komunikasi antasa sel dalam membantu fungsi gen dan metabolisme.

Kerana ini pengambilannya sangat penting. Begitu juga dengan dos yang tepat mampu meningkatkan keupayaan tubuh melawan pelbagai serangan penyakit.

American Heart Association mencadangkan individu yang mempunyai risiko terhadap penyakit kardiovaskular mengambil 1g EPA dan DHA sehari. Manakala bagi individu yang mempunyai trigliserida yang tinggi disarankan mengambil 2g-4g EPA dan DHA sehari sementara bagi mengekalkan tahap kesihatan umu disarankan mengambil 0.5g-1g EPA dan DHA sehari.


Sendawa bau hanyir ikan?


Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, di sarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong.

Siapa yang patut mengambil minyak ikan?

Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan yang hamil sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.


Sangat sesuai untuk Naeim yang sering mengadu gatal sana-sini.
Alhamdulillah, tidur lebih lena.. tiada lagi tergaru-garu.


****************************************************************************************

~NAMS~

Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 







Monday, December 21, 2015

Air Sihat

Kita semua maklum air merupakan nadi kehidupan. Sebenarnya dengan air yang “banyak” dan “bersih” sahaja belum mencukupi tetapi air harusah “suci” dan “menyihatkan”. Air yang sihat bermaksud air yang bersih dan kaya dengan kandungan mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia manakala air suci adalah air yang tidak memudaratkan dan bebas dari segala kekotoran.

Secara perbandingan, satu daripada tiga orang penduduk daripada tiga orang penduduk dunia sebenarnya ketandusan untuk mendapatkan bekalan air bersih. Penigkatan populasi dunia membuatkan air bersih menjadi rebutan sehingga membuatkan harga air menjadi lebih mahal dari harga petrol. Lihat sahaja air mineral dengan kapasiti 1.5L harganya mencapai RM2.49 manakala petrol dalam kapasiti yang sama berharga RM1.95.

Di Malaysia kita masih beruntung kerana sebeanrnya kita tidaklah termasuk dalam Negara yang mengalami krisis air. Walaupun begitu, masing-masing mahu memastikan diri dan keluarga mendapat bekalan air sempurna.

Disebabkan fenomena ini maka wujudlah permintaan tinggi terhadap air yang dianggap “istimewa” hingga mampu memulihkan pelbagai masalah kesihatan dan memberi seribu macam kebaikan seperti yang di dakwa oleh pengeluar dan pembekal air tersebut. Beberapa tahun kebelakangan ini juga, kontroversi air mula menjadi perdebatan terutamanya penggunaan air bersifat asidik, alkali dan sebagainya. Para peniaga masing-masing tampil dengan testimoni positif bagi menyakinkan pengguna bahawa produk mereka adalah yang terbaik.

Begitu juga dengan kebanjiran pelbagai jenis penapis air yang membuatkan para pengguna keliru untuk memilih. Di Negara ini, operator loji rawatanair masih menggunakan kaedah konvensional dalam system rawata air, tidak secanggih Negara maju. Untuk membina system yang pastinya menelan belanja yang mencapai berbilion ringgit akan memberi impak pada bil air pengguna. JAdi memiliki penais air mungkin lebih baik berbanding langsung tiada.

Menerusi tinjauan yang dilakukan ramai di kalangan kita sebenarnya kurang berkemampuan namun sangup berhabis-habisan melakukan pinjaman peribadai demi mendapatkan mesin air yang kononnya mampu membantu diri mencapai kesihatan yang lebih baik. Malah ada di antaranya mencapai puluhan ribu ringgit.


Namun sejauh manakah anda megetahui hak anda dalam memilih penapis air yang terbaik? Sejauh mana penjual jujur mengenai apa yang boleh ditapis? Adakah berbaloi dengan wang yang anda laburkan?

~NAMS~


Blueberry Vanila Cake-Eggless, Butterless

Assalamualaikum semua..

Blog bersawang,,,
Anna kini bergelar Work At Home Mom... (WAHM)

-----------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah... bulan kedua bergelar WAHM... Feel GREAT.. Syukur..
Maka lepas ini banyak la resepi2 bakal di upload...:)
InsyaAllah saya akan kongsikan juga perkara2 lain yang bermanfaat untuk anda...
Doakan saya rajin nak menulis... :D

Sepanjang bergelar WAHM ni banyak waktu nak adjust jadual.. baru lagi la katanya..
Asyik kene adapt perkara baru aje.. naik pining kepala jugak..

Ok.. banyak pulak mukadimahnya..
Arini nak share kek blueberry Vanila..
Tanpa telur tanpa butter.. taram2 jadi jugak...

Opssssssss... ini dek kerana Naeim yang ekzema itu...

Resepi mudah step by step
Sebelum itu saya nak payung gambar sekeping... gambar dalam FB saya...

lazaaaaaaaat dimakan bersama aiskrim vanilla dan fresh blueberry.. Yummeh!!

Bahan-bahan yang diperlukan

Bahan A

2 cawan tepung gandum
2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan organic cane sugar (gula putih biasa pun boleh) - if suka manis boleh letak 1 cawan

Bahan B

2 sudu teh esen vanilla
20 biji blueberry segar (boleh kurangkan atau lebihkan-ikut suka hati sendiri :)
1 biji pisang masak ranum dilenyek
2/3 cawan minyak sayur/minyak masak
1 cawan air suam

Cara-caranya

1- Campurkan semua bahan A dan bahan B
2- Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven atau air fryer
3- Masukan adunan yang dicampur tadi ke dalam loyang atau cup dan bakar selama 35minit 175celcius atau bergantung kesesuaian jenis oven
4- Siap dan boleh dinikmati begitu sahaja atau bersama aiskrim atau bersama krim..

***if guna airfryer, masukkan dalam cup dan bakar pada 180celcius selama 15-18minit


Cup cake ni Alif makan sorang je siap minta extra aiskrim :D
berkedut2 muka minta tambah aiskrim... :D umi x layan..

PISANG ni bagi mengantikan fungsi TELUR



oK Sekian RESEPI kali ini.. Try tau kekawan... Dah try nanti jangan lupa share kat ruang komen ya... 

Next nanti InsyaAllah saya akan sharekan resepi sourdough pula..
Kene belek2 gambar dulu.. :)

~NAMS~




Sunday, November 22, 2015

Produk-Produk Shaklee

Hidup Lebih Sihat dengan Produk Shaklee

Shaklee yakin bahawa kehidupan yang lebih sihat bermula dengan bahan-bahan yang lebih sihat, iaitu hasil khazanah alam - sumber paling mengagumkan di dunia.


Shaklee Mengekalkan Sumber Alam

Perubahan iklim mempengaruhi segala aspek: kesihatan, pekerjaan dan masa depan kita.


Shaklee telah mengambil langkah yang konsisten untuk mengurangkan kesan buruk terhadap iklim sejagat dan sentiasa aktif mencari penyelesaian bagi menangani krisis perubahan iklim melalui aktiviti perniagaan harian dan jangka panjangnya. Ini membuktikan keazaman Shaklee untuk menunaikan tanggungjawab bagi menjana masa hadapan yang lebih baik untuk kita semua.

Shaklee Corporation merupakan syarikat pertama di dunia yang diiktiraf Climate Neutral pada tahun 2000, dikala kesedaran mengenai penjagaan alam sekitar belum lagi dipraktikkan sebagai budaya korporat.

Dalam usaha berterusan untuk meminimumkan impak negatif dan memaksimumkan impak positif, Shaklee telah mengaplikasikan penggunaan 100% tenaga boleh diperbaharui, kredit tenaga boleh diperbaharui dan mengimbangi pelepasan gas rumah hijau dalam aktivitinya di seluruh dunia.



Pemuliharaan Sumber


Projek Mengimbangi Pelepasan Karbon


Sejuta Pokok


Shaklee juga Mementingkan Tanggungjawab Sosial

Shaklee berhasrat untuk mendekati dan mempertingkatkan kehidupan mereka yang kurang bernasib baik disamping menyebarkan kesedaran dalam kalangan masyarakat kita mengenai pentingnya keharmonian persekitaran dan kehidupan yang sihat.






Keunikan dan Falsafah Produk Shaklee

Falsafah Produk Shaklee

Tahukah korang? Sejak lebih 50 tahun, jutaan keluarga telah meletakkan kepercayaan mereka kepada Shaklee dalam mencorak gaya hidup sihat yang tidak dapat ditandingi oleh syarikat lain - iaitu dengan menghasilkan produk semula jadi yang selamat dan terbukti berkesan.

Shaklee mempunyai misi untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat dan lebih baik kepada setiap insan. Shaklee merealisasikannya dengan menghasilkan produk semula jadi yang sungguh luar biasa, yang membuatkan kita semua teruja untuk berkongsi tentang kelebihan produk Shaklee dengan rakan-rakan kita semua. Setiap produk yang dihasilkan oleh Shaklee dirumus khusus untuk meningkatkan kesihatan, dengan rumusan yang terbukti berkesan dan tidak memudaratkan alam sekitar.

Tiga jaminan Shaklee apabila kita semua memilih produk Shaklee – Ia sentiasa selamat, ia sentiasa berkesan, dan ia sentiasa mesra alam.







Produk Shaklee Sentiasa Berkesan

Shaklee Menjamin Keberkesanan Produknya

Bukti Saintifik & Klinikal:

100 laporan saintifik & Kajian Landmark 2007

Shaklee menjamin keberkesanan agar kita semua sentiasa yakin bahawa produk Shaklee sentiasa berkesan.
Bukti klinikal ini boleh didapati dalam 100 laporan saintifik yang telah diterbitkan oleh Shaklee – ini adalah kajian semula setara dalam beberapa majalah utama.

Salah satu daripada ujian ini adalah Kajian Landmark pada tahun 2007, yang menunjukkan bahawa kesihatan di kalangan pengguna suppliment (pemakanan tambahan) Shaklee ternyata lebih baik berbanding mereka yang mengambil satu multivitamin atau tidak mengambil suppliment (pemakanan tambahan) langsung.

      

      


Penjelajah Bertaraf Dunia dan Kembara berkuasa Shaklee

Jika bukti daripada ujian dan jurnal ini masih tidak mencukupi, korang juga perlu menyedari bahawa beberapa Penjelajah Bertaraf Dunia dan atlet terhebat juga merupakan pengguna tegar produk Shaklee. Dengan ini, membuktikan bahawa Shaklee amat komited dalam menyediakan produk yang benar-benar berkesan. Atlet terhebat, ahli sukan Olimpik dan pengembara dunia mengakui kehebatan suppliment (pemakanan tambahan) Shaklee dalam memberi tenaga dan membantu mereka memperolehi pencapaian luarbiasa.

Pencapaian fizikal yang terhebat hasil pengambilan produk Shaklee ditonjolkan dalam projek Daeadelus pada 1987, yang merupakan penerbangan manusia paling jauh merentasi Laut Aegean. Ia melibatkan usaha getir seorang lelaki yang nekad mengayuh basikal untuk menghasilkan kuasa bagi menghidupkan kipas dan terbang merentasi 72 batu.

Bagi menjayakan usaha ini, Shaklee telah berganding bahu dengan Universiti MIT dan mencipta formula yang boleh dimanfaatkan oleh atlet ini untuk memperoleh tenaga yang berterusan. Produk ini, yang dinamakan Shaklee Performance®, boleh didapati pada hari ini dan menjadi sebahagian daripada rangkaian produk sukan Shaklee.

Gunung Everest

Pendakian warga Amerika yang pertama tanpa bekalan oksigen.



Voyager

Penerbangan tanpa henti yang pertama mengelilingi bumi.

Will Steger

Penjelajahan luncur anjing ke Kutub Utara yang pertama kali direkodkan, dengan diketuai oleh penulis, pendidik dan penjelajah kutub yang telah memenangi anugerah National Geographic.



Daedalus

Penerbangan dengan kuasa kayuhan manusia yang pertama menyeberangi Laut Aegean.

Calypso & Alcyone

Shaklee telah dipilih oleh Jacques Cousteau dan Cousteau Society sebagai pembekal produk pencuci bagi kegunaan di atas kapal penyelidikan mereka.


Projek Biosphere 2

Produk pencuci rumah dan penjagaan diri Shaklee telah dipilih untuk kegunaan projek ini.


NASA

Shaklee menghasilkan dan membekalkan AstroAde – minuman penghidratan khas untuk para angkasawan Shuttle.