Keindahan Susu Anugerah Allah

Menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Monday, February 10, 2014

Hidung Saya Berdarah... Normal ke utk ibu mengandung??

Mengapakah hidung saya berdarah?


Ianya memang menjengkelkan, tetapi hidung berdarah sebenarnya adalah normal semasa mengandung, terutamanya mulai trimester kedua. Hormon kehamilan progesteron dan estrogen menyebabkan pembuluh darah anda terbuka semakin luas atau membesar. Pada masa yang sama, bekalan darah dalam badan yang bertambah memberi tekanan kepada urat halus pada hidung. 


Lapisan lembab atau membran mukus di dalam hidung anda juga akan membengkak dan menjadi kering. Ia biasanya berlaku terutamanya apabila cuaca sejuk dan kering. Ini menyebabkan pembuluh darah di dalam hidung anda lebih senang untuk terbuka dan pecah, menyebabkan pendarahan kecil.


                                     

Bagaimana cara untuk menghentikan pendarahan hidung?


Kebanyakan pendarahan hidung bermula daripada pembuluh-pembuluh darah halus yang terletak di bahagian hadapan hidung anda. Ia agak mudah untuk berhenti. Pendarahan hidung yang bermula daripada bahagian belakang hidung pula datangnya daripada saluran-saluran yang lebih besar dan cenderung untuk lebih banyak dan lebih susah untuk berhenti. 


Apabila hidung anda berdarah: 

  • Duduk dan picit hidung anda pada bahagian atas lubang hidung, iaitu di bahagian yang lembut.
  • Teruskan memicit selama lebih kurang 10 minit.
  • Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual.
  • Duduk tegak, bukannya berbaring agar tekanan darah di dalam hidung anda berkurangan.
  • Teruskan menekan bahagian atas hidung anda sehingga 20 minit supaya darah membeku dengan baik.
  • Anda juga boleh menggunakan pek ais untuk melegakan bahagian itu.



Bagi menghalang pendarahan berlaku semula dalam masa 12 jam berikutnya, elakkan daripada: 

  • menggerakkan kepala lebih rendah daripada paras jantung anda
  • melakukan kerja-kerja berat
  • menghembus hidung.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelak hidung berdarah?

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda cuba: 
  • Jangan biarkan hidung anda kering. Semasa cuaca sejuk dan kering, sapukan gel petroleum pada bahagian hujung hidung anda.
  • Berlembutlah dengan hidung anda! Jangan korek hidung, hembus dengan perlahan dan hanya apabila anda betul-betul perlu menghembus. Hembusan yang kuat boleh menyebabkan hidung berdarah.
  • Minum lebih air untuk mengelakkan kesemua tisu badan anda termasuk membran mukus daripada menjadi ternyahhidrat.


Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Jumpalah doktor anda jika: 
  • Hidung anda kerap berdarah
  • Hidung anda berdarah dengan banyak
  • Hidung anda berdarah dan tidak berhenti selepas anda memberi tekanan hidung selama 20 minit.



Mungkin agak tidak selesa jika terpaksa ke hospital atau klinik dengan hidung yang sedang berdarah. Namun sebaik sahaja anda tiba, doktor mungkin akan menggunakan kain kasa atau span khas untuk membungkus hidung anda. Ini akan memberi tekanan ke atas pembuluh darah dan menghentikan pendarahan. Bungkusan itu akan berada di dalam lubang hidung anda buat seketika dan anda perlu berjumpa doktor semula untuk mengeluarkannya. 



Walaupun ia adalah sesuatu yang menjengkelkan, pendarahan hidung hanyalah masalah sementara yang akan hilang selepas anda melahirkan. 



Hubungi saya: 

Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran


Thursday, February 6, 2014

Part 2: Muhammad Alif Firdaus dengan 3M

Sambungan dari Part 1...

Orang kata… dengan supplement je mustahil dapat apa yang kita mahukan… BETUL!!!
Absolutely correct!! Walaupun dah bersupplement…

Walaupun dah consume B COMPLEKS, VITALEA dan VIT C utk kurangkan stress, memberi tenaga, dan lain2 tugas,
Walaupun dah consume OSTEMATRIX utk elak sakit belakang, sakit pinggang, poopoo keras(sembelit)….mau  xnya.. kalau dok menempel je… sah sah sakit pinggang dan sakit belakangkan…
Walaupun dah BENERGIZING SOY PROTEIN, dah xd la lapo kebulur macam org x makan bertahun.. rasa perut ni COOL aje… Dah rasa bila cik B harus dituai siap..
Juga walaupun sudah ALFALFA, dah terasa penghasilan susu baru yang sangat cepat berbading dulu… dah rasa “let down reflex” sesama meyusukan…

Pendek kata dah nampak kesan POSITIFnya… tapi konsep2 penyusuan harus diteruskan juga..Antaranya..

Penyusuan yang konsisten dan kerap serta jadual pengepam yang teratur (supply vs demand)
Maksudnya, susukan anak kita sekurang-kurangnya 2 jam sekali waktu siang hari.. Periksa lekapan dan kedudukan agar anak kita  dapat menghisap dengan betul sekali gus mengelakan cik B kita luka. Kalau anak tido lebih dari 3 jam, kejutkan dia utk menyusu.. ataupun ambil peluang ini utk membuat bekalan untuk ibu bekerja nantii..Pada waktu malam pula, boleh kejutkan anak kita kalau dia tidur lebih daripada 3-4 jam.. bila dah mula bekerja, jadikan rutin juga waktu mengepump ni.. seeloknya 4 kali sepanjang waktu bekerja..tapi ana mampu buat 3 kali sahaja sepanjang opis hour tu..
TIPS :
1.      Waktu tidur malam, berikan sebelah cik B sahaja, bangun di sepertiga pagi utk pump… Hasilnya? Sapa buat die akan tahu hasilnya..
2.      Buat jadual pengepump dan ikut jadual itu ketika di opis. Sebagai contoh, kita mengepump pada pukul 10 pagi, 2.30 petang dan 5.30 petang.. usah sesekali MISS or SKIP waktu  yang telah ditetapkan… Konsistensi SANGAT PENTING supaya otak kita dah boleh bgtau cik B.. sekian2 waktu cik B kita perlu mengeluarkan susu. Snang cite.. usah ke laut jadual pengepump ni.

*** JANGAN TUNGGU CIK B PENUH BARU NAK BERTINDAK***

Water intake
Ibu2 BF tau x berapa LITER air yang diperlukan untuk kita setiap hari?? 1 LITER? 2LITER? Atau x kisah pun…minum macam biasa je… saya… saya akan pastikan sekurang2nya 2.5L cecair akan masuk dalam badan setiap hari.. walaupun paling ideal adalah 3LITER.. Actually ni basic juga utk sihat dan mengekalkan kandungan cecair dalam badan.. pokoknya tepuk dada tanya selera..  Cuba buat dan amalkan… Minum air 2 liter waktu siang dan 1 liter pada waktu malam..
TIPS:
1.      Minum  2 cawan air ketika bangkit dari tido pagi untuk membatu organ-organ tubuh internal lebih aktif.
2.      Minum secawan air 30 minit sebelum makan untuk membantu pencernaan & ginjal bekerja lebih optimal.
3.      Minum secawan air 20-30 minit selepas makan untuk melancarkan proses pecernaan.
4.      Minum secawan air sebelum mandi untuk menurunkan tekanan darah.
5.      Minum secawan air sebelum tido untuk menghindari  stroke  atau serangan jantung.

*** secawan  bersamaan plus minus 250 mililiter***

Positif
BF adalah yang terbaik untuk anak kita, juga untuk kesihatan kita tapi ia bukan la mudah..Ibu2 yang BF MUST positif. Positif dari keseluruhannya…Positif dengan keadaan sekeliling, ibu perlu pandai mengawal mental dan emosi sepanjang menyusukan.
-          Positif pada penghasilan susu itu sendiri.. yang mana, fikiran ibu perlu sentiasa mengatakan susu ibu cukup untuk anak kita jugak YAKIN akan kenyataan itu.. sebagai contoh:  susu drop sekarang!! Dapat sikit sgt time pumping. Jadi, instead of semakkan kepala memikirkan production susu yg makin sikit tu apa kata ibu2 try cara utk boost semula susu… Kata pada diri susu ini cukup utk anak kita, power pumping, kerapkan penyusuan, tandem nursing dan pelbagai cara lagi..mencari penyelesaian adalah lebih baik daripada memikirkan masalah yg dihadapi... INGAT!!! Kita apa yang kita fikirkan...Maka... Positif2 sentiasa ya...

QS. Ali Imran : 191, dimana Allah subhana wa ta’ala berfirman,
“..Tiadalah yang Kami ciptakan sia – sia..”

TIPS:
1.   Pupuk sifat positif dalam diri sejak di awal kandungan.. Hindarkan diri dari statement negatif dan kehidupan yang mencetus pemikiran negatif.
2.    Belajar untk bercakap yang positif dengan diri sendiri dan sekeliling setiap masa.
3.   Sentiasa bersyukur setiap kali selepas menyusukan / memerah supaya tenaga positif kuat dalam diri.
4.    Jika perlu, jauhkan diri dari mereka yang negatif.

Doa
Sentiasa memohon dariNya.Berdoa dan merayulah dari yang Maha Memberi, Pemurah lagi Maha Penyayang.

TIPS:
1.      Zikir Ya Matin setiap kali menyusukan dan pumping.
2.  Doa “Ya ALLAH…permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan…AMIN…”
3. Boleh juga diamalkan ayat dari surah Al-Baqarah, ayat 60 sambil meletakkan tangan pada payudara, diusapkan dan berdoa di dalam hati supaya Allah permudahkan dan menambahkan rezeki anak kita dan kita mampu menghasilkan susu bagi menampung penyusuan bayi kita sekurangnya selama 2 tahun.... Maksudnya :

"Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberikan air kepada kaumnya, maka Kami berfirman :"Pukullah batu itu dengan tongkatmu", lalu terpancutlah dari batu itu 12 mata air, sesungguhnya setiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minum masing-masing. (Dan Kami berfirman) : "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".


~ Bershaklee sejak awal mengandung ... Alhamdulillah.. ~

Hubungi saya: 

Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran


Saturday, February 1, 2014

Part 1 : Muhammad Alif Firdaus dengan 3M

Assalamualaikum dan selamat malam…

Happy Chinese New Year juga… cuti2 ni saje la tgn gedik2 tekan keyboard ni...

Malam ni nak share camne memula kenal supplement kesayangan Shaklee ni..
Kisah bermula semasa pantang Muhammad Alif Firdaus bin Mohd Taufiq… Anak sulung ku yang bijak soleh itu…

Hati ini… impian ini… dah pendam sejak anak dara lagi utk menyusu secara ekslusif zuriat2 yang bakal ana lahirkan… J semua bermula dengan kakak opis yang sangat tabah dan
rajin mengepam di opis…. TQ kak Aishah…

Lahirnya Alif pada 17 August 2012… sangat gembira sebab malam pertama bersamanya… Alif dapat tido dengan lenanya di sisi umi… umi pastikan 2 jam sekali umi ada BF.. umi siap buat alarm.. x lain dan x bukan nak makesure alif dapat kolustrum sebanyak yang boleh dan start apply konsep supply vs demand.. Konsep paling penting untuk ibu2 menyusu secara ekslusif.


19 August 2012 merupakan Hari Raya Aidilfitri pertama… Yup!! X sempat beraya berdua.. Alhamdulillah.. potret raya bertiga terus…Dalam masa 2 minggu pertama ni Alif x pandai tido malam.. die terus bangun setiap jam… akibatnya umi sakit kepala di siang hari… Mak pulak pantang org dlm pantang tido siang.. Pantang orang jawa… nanti darah putih naik mata penyebab rabun mata… Menurut perintah.. tapi hakikatnya terlelap la jugak 5 minit kot… sangat penat… sangat stress… stress la bila anak x tido katanya x cukup susu… sudahnya top up FM pada waktu mlm sekali feed… x rela tapi x mampu baut apa tatkala itu… Air mata je la mengalir… rasa diri dah GAGAL… punah impian umi… Seminggu gak berFM waktu mlm… hasilnya?? X seperti yang diharapkan.. still bangun mlm2.. still nak kene pegang sepanjang malam… umi decide STOP FM… no more… KERASKAN hati… apa pun org kata… dah pandai mula senyum… kata la apa pun… susu ibu tetap yang terbaik… No SATU tiada tandingannya..

~Bertiga di pagi raya~
KERAS hati… xkan buat dek je dengan kata2 tu semuakan… mula la pump buat stock… yup mmg kecewa dengan hasilnya.. nak dpt setengah OZ  tu pun makan masa sampai 30-45minit… otak pun mula la… betul la kot anak aku ni x cukup susu… surf sana sini produk utk boost susu… pusing sana pusing sini jumpenya SHAKLEE jugak… cam xd jenama lain… xpela.. dulu kecik2 pun kakak ada buat makan2 SHAKLEE ni..kebetulan.. kawan yg bersalin sehari selepas ana bersalin tu consume shaklee sejak pregnan..so terus contact die… tanpa fikir panjang… tanya2 product… tanya2 harga… tanya suami… ON… order terus set 3M… 3M ni full set BF… beberapa hari tu sampai barang… sgt excited!!

ALHAMDULILLAH… 2 hari consume dah nmpk kesannya… waaaaaahhhhhhhhh!!! Klu dulu setengah OZ pun susah nak dpt sekarang senang je nak dpt 1OZ.. seronok sangat!! Dah kurang stress.. dah nak penuh peti ais menjelang kerja… kerja seminggu terpaksa beli peti baru… penuh sampai x muat masuk lauk.. sampai kat pintu2 sumbat susu... dah jadi cam kedai eskrem tau...


~ Set 3M-Making More Milks 1st set~


Alhamdulillah... segala bermula dengan niat... usaha dan doa... InsyaAllah...Allah permudahkan... 

~hasilnya~
TBC... part 2 here