Keindahan Susu Anugerah Allah

Menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Friday, March 24, 2017

Review Set Menyusu Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini saya ingin kongsikan bersama para pembaca beberapa review dari pengguna Set Menyusu Shaklee.
Para ibu hendaklah menyusui anak-anaknya selama dua
tahun penuh, iaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan.
(surah Al Baqarah ayat 233)
Mereka seperti saya, punya masalah penyusuan di awal penyusuan dan alhamdulillah Set Penyusuan Shaklee banyak membantu bagi menjayakan penyusuan selama 2 tahun. Syukur, ikhtiar menemui hasilnya. 
While breastfeeding may not seem the right choice for every parent, it is the best choice for every baby. ~Amy Spangler
Saya kongsikan ye.
Pertama, saya sangat berbangga melihat kegigihan Puan Noratikah ini, semasa mengandung anak ke-4 beliau telah berazam untuk menyusukan anak sepenuhnya. Berkat usaha dan niat, beliau berjaya menyusukan sehingga setahun lebih. Sedangkan anak-anak yang lain hanya mampu sehingga 6 bulan sahaja. 
testimoni set penyusuan shaklee noratikah
Anak ke-4 berjaya menyusu sehingga setahun lebih. Anak ke berapa bukan menjadi penghalang untuk mengyusu sepenuhnya susu ibu.

Kedua, menyusu anak kedua sehingga mengandung dan melahirkan anak ketiga. Alhamdulillah, ia terbukti berkesan dan membantu Puan Nor Ashikin sepanjang menyusu, mengandung dan melahirkan. Anda perlu cuba bagi mempercayai kata-kata Puan Nor Ashikin.
testimoni set penyusuan shaklee nor ashikin
Tambahan Cinch Tea untuk pastikan mata tidak terlelap sepanjang menjaga anak.

Ketiga, Puan Anisah berkongsi kegembira anak kedua tidak memerlukan formula milk(FM) setelah mengambil Alfalfa dan ESP. Extra bonus dari susu, mama cepat slim dan kulit cantik. 
testimoni set penyusuan shaklee anisah
BONUS!! Cepat slim dan kulit cantik. Cuba dulu baru tahu~

Keempat, Allah. Menangis kegembiraan pastinya Puan Shiema ini. Nikmat sungguh melihat hasil stok EBM ini bukan? Ini lah yang Mommy cari selama ini bukan? Stok cukup sehingga 2 tahun 4 bulan untuk Si Manja. Sungguh ia menjadi pengalaman terindah sepanjang hidup. Hak anak insyaAllah dapat ditunaikan sebaiknya. Alhamdulillah Ya Allah.
review set penyusuan shaklee shiema
Chaiyok!! 
Kelima, penatkan menjadi ibu menyusu. Kesihatan diri sendiri perlu diambil berat walaupun penat ya amat. Dengan set menyusu shaklee Puan Theresa rasa lebih bertenaga walaupun sering tidak cukup tidur. Susu yang dihasilkan jugak pekat dan Si Manja cepat kenyang. Set Penyusuan Shaklee memberi gizi dan nutrisi yang diperlukan setiap hari kepada Mommy, tidak terkejutlah Puan Theresa dapat segala manfaat yang bergini. :)
Mother's milk, time-tested for millions of years, is the best nutrient for babies because it is nature's perfect food. ~Robert S. Mendelsohn
review set penyusuan shaklee theresa
Mommy sihat, Susu berkualiti
Tahniah buat Puan Nurul Hazimah, pengalaman menyusu anak sulung yang membahagiakan, mengembirakan. Jika mahu, segalanya boleh. 
review set penyusuan shaklee nurul hazimah
Bekerja bukan penghalang untuk berikan titisan emas buat Si Manja.

Selama 5 tahun saya bersama Shaklee, belum pernah lagi mendengar rintihan ibu menyusu letih, lemah tak bermaya jika Mommy disiplin dalam pengambilan vitamin-vitamin ini.
review set penyusuan shaklee suriyana
Susu Berkualiti! antibodi anak sangat baik, susah nak sakit. Bukankan itu yang Mommy cari?

Apa yang Mommy perlu faham bagaimana Set Penyusuan Shaklee membantu Mommy cergas, tidak letih, susu meriah dan berkualiti adalah Mommy perlu cukup nutrisi. Seperti Puan Kam Haryatie ini.
review set penyusuan shaklee kam
Amazing! Menyusu dan menambah baik tahap kesihatan diri.

Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua dan jika anda ingin mendapatkan produk Shaklee atau menyertai Shaklee boleh hubungi saya. Saya akan membantu anda turut berjaya.
Aziana SID 908133
No Tel 012-3687395
Your Trusted Shaklee Independent Distributor
Coach Susu Berkualiti
Shaklee Bandar Seri Coalfields & Shaklee Sungai Buloh


Thursday, March 2, 2017

Tips Bakal Working At Home Mom(WAHM)

Assalamualaikum semua,

Terima kasih sudi singgah di sini :)


Setelah setahun lebih bergelar WAHM, akakmanis rasa nak kongsi cerita dunia WAHM dan buat bakal WAHM di luar sana tu...


Akakmanis nak pesan sesuatu... nak-nak yang suka memasak di dapur..


Gini, ni pesanan untuk ibu-ibu yang bekerja yang bercita-cita untuk menjadi Working At Home Mom(WAHM). Setahu akak ramai yang ngidam bergelar WAHM. Tapi belum kesampaian.


Akak doakan one day korang akan dapat jugak. InsyaAllah. Niat yang baik nak besarkan anak depan mata, dan niat2 murni yang lain-lain akan diizinkan Allah.






Bab masak2, baking2 plk.

Memang seronok!! Ikut hati hari2 nak masak berjenis2, hari ni kek marble, esok kek masam manis, lusa kek coklat berantu, malam cheese cake.. ahoiiii.. sebulan gemuk derrr...


Anak-anak pulak pemakan orangnya, memang hati mak bunga2 je... buat habis, buat licin. Esok request donut, burger. Ummi burger nak cheese tau... nasi goreng nak telur kuning besar ye.. Ya Allah, memang membahagiakan hati mak ni tau.. hati mak yang rasa je tahu.kan?


Cumanya akak nak pesan, kalau kita dok fokus sehari kat dapur tak jadi kerja la kita. Ye dak? udahnya penat sendiri kat dapur buat itu ini, businessnya ke laut... moga sampai laut aje jangan sampai ke laut dalam. 😉


Pengalaman akak sendiri pun ia jugak ni. pagi kemas rumah, sapu mop lantai bagai, tgk jam dah sampai masa kene masak lunch pulak. Suap2 anak or makan sama2.. tidurkan anak, mak tidur sekali. Letih..Bak kata Pn Azura Abdullah di dalam bukunya "kaum wanita waktu rehatnya hanyalah ketika tidur, waktu yang lainnya sentiasa bekerja"


So, ni antara tips akak dah buat. Adjust rutin dan kembali ke landasan yang sepatutnya. Maksudnya balance waktu kerja di rumah dan kerja rumah. Ulang, kerja di rumah dan kerja rumah. Beza tau ni 😊

To Do List


First thing first. Mesti ada To Do List, nak-nak yang business online ni. Leka ngadap internet merewang sana sini tanpa arah tuju. Tengok2 dah habis sehari. Zaman dah maju ni.. tak kirala nak buat list kat buku atau kat note online sekali pun. Janji list down apa nak buat sehari tu. Apps yang akak pernah guna cozi dan todoist. Boleh cuba nanti. Kalau ada guna apps selain dua ni boleh share ye..

Jadi Seorang Yang Senang


Then, jadi orang yang senang. Akak dulu kerja rumah memang nak tip top. Lantai memang kene licin. Perempuan memang gitu. Udahnya stress sendiri.. dah kalau anak makan 10 kali sehari nak kene mop lantai 10 kali sehari. 😅😅 tu contoh tau.. sebab anak akak makan sentiasa.. jadinya slow sikit, tak mop hari ni esok aje mopnya.. sama juga dengan laundry. Tak hari2 akak melaundry.

Latih Bekerjasama Seisi Keluarga


Penting yang ni, latih bekerjasama seisi keluarga. Yang ni kene ajar anak sejak dari kecik. Suami tu pun kerah sekali turun padang, bukan turun pdang bola aje.. 😉sesungguhnya perlakuan tu kesannya lebih power dari omong2 kita. Kalau selama ni tak pandai basuh pinggan, cuba-cubala basuh pinggan tu. Gitu la, tak payah suruh dah tolong. Ringan tulang untuk isteri sendiri. Bukan orang lain pun. Dan bebudak ni suka kalau kita ajak buat aktiviti harian mak ayah dia. Derang ni memang rajin. Yang mudah2 dulu, masukkan baju kotor sendiri dalam mesin, ampai tuala, letak cawan di sinki. Meningkat besar tambah lebih sikit, lipat kain dan kerja2 rumah yang lebih kompleks.

Belanja Barang Dapur Seminggu Sekali


Belanja barang dapur seminggu sekali. Kalau hari-hari, habis masa kat situ aje lah ye. Kemudian buat pengasingan siap2. Nanti nak masak tinggal keluarkan bekas itu sahaja. Bagi menjamin kesegaran lauk pun ia jugak. Sayuran pula, paling best siap potong dan masukkan ke dalam bekas tupperware ke, bekas ikea penutup hijau dan oren tu pun ok. Tahan seminggu, memang masih segar bugar. Jangan di basuh dulu tau. Rahsianya. 😉Nak masak nanti baru kita basuh.

Wanita Multi-Tasking


Jadilah wanita yang multi tasking;Sambil masak, sambil basuh baju contohnya. Kan mudah tu. Siap masak, kemas dapur, baju pun ready untuk dijemur.








Sekian wassalam.

Moga bermanfaat utk kalian yang membacanya.





Jika ada idea yang lebih bernas, boleh dikongsikan diruang komen.

#tipsWAHM

#NAMS

Wednesday, March 1, 2017

Tidur Ketika Berpantang, Aah Tidur Pun Ada Pantangnya.

Semalam akakmanis ada bertanya di FB,

Dalam pantang tidur terlentang ke mengereng? #tipsberpantang


Korang tidur ada pantang tak?

Dalam komen-komen tu ada juga yang terkejut bertanya "tido pun ada pantang?"



Akakmanis ni keturunan jawa, darah jawa dari arwah bapak dengan mak, so berpantang di rumah mak, pastinya perlu berpantang cara jawa juga.

Korang tahu tak? mak pernah cerita dulu zaman dia bersalin anak awal-awal. Dahsyat punya pantang gini. Terkedu tapi teringin nak merasa. Sebabnya akak ni suka nak meras yang traditional. Susah nak cari tau. Kalau yang moden ni bersepah ada.

Rata-rata dari komen post akak tu, tidur berpantang mereka adalah tidur terlentang, dan ada juga tidur mengereng dengan alasan mudah nak menyusukan anak. Yang gaya sama dengan akak adalah sepupu-sepupu akak jer.. "Dah? keturunan mak aku je ke yang tidur gitu dalam pantang?" kata-kata dalam hati.

"Mak dulu dalam pantang tidur duduk, badannya bersandar pada dinding. kakinya lurus ke depan. Arwah mbah dulu letak pancang kat hujung kaki. diikat supaya kaki tak bergerak. Lurus. Lukanya cepat baik, peranakan cepat pulih, dan rapat"


haa.. seram tak seram, rasa lenguhnya kaki ku! erk..!

Zaman kakak2 pun mak dah diskaun, tak de la mak nak pancang kaki anaknya ni.. so sampai ke anak bongsu mesti lagi diskaun. Selama berpantang kami tidur atas kerusi malas je, bersendal bantal bagi kepala tinggi dan untuk keselesaan. Kemudia pada kaki letak satu bantal, supaya kaki tinggi sedikit.

Posisi Tidur Ketika Berpantang


Rationalnya kami tidur duduk adalah kerana: 

Pertama, untuk elakkan darah kotor naik ke atas dan boleh akibatkan pening dan loya sewaktu berpantang.

Kedua, tidur duduk boleh memastikan kaki rapat dan lurus untuk peranakan cepat pulih seperti sedia kala. Dan elak darah putih naik nanti cepat rabun katanya.

Akak belanja gambar waktu berpantang anak pertama. Hari ke-6, family mertua datang sempena aqiqah Alif hari ke7. Alif merupakan cucu sulung dalam keluarga en laki, cucu ke berapa puluh ntah belah akak. :) anak bongsukan..

 
Tidur bersandarkan bantal di belakang dan posisi tegak.
Selesa ke? bagi akak selesa je kedudukan begini. :)

Kaki lapik dengan bantal tau supaya tinggi sedikit. Macam ni. Gambar ni tanggal bengkung la pulak. Lepas gi toilet kot. Lupa dah. Kalau tak bengkung 10meter tu berada atas sikit je dari lutut. Nak tak nak memang kaki lurus.

Hari Ke-7, berstokin tebal, kaki lurus dan rapat, bantal lapik kaki.

Korang belum habis nak cerita tidur ketika berpantang ni.. hehe.
Ada lagi, yang ni buat akak pun kadang haru jugak... Gagal..

Tidur Waktu Matahari Naik

Selain tidur duduk ni, kiterang tak boleh jugak tidur waktu siang. Time paling best nak tidur ni la tak boleh tidur. Nak-nak lagi lepas urut, siap bengkung 10meter tu. Memang asyik kalau dapat tidur. Katanya nanti badan akan jadi lesu lemau dan sakit-sakit. Curi tidur? Tak mampu. Mak tunggu :D. Tongkat je mata dengan kayu mancis.

Tidur Waktu Senja

Dan waktu nak senja pun tak boleh tidur. Yang ni generalnya memang tahu la kan. Lesu badan kalau tidur selepas Asar. Biasanya selepas Asar dalam pukul 5 adalah waktu persiapan nak mandi malam. Dalam pantang, mandikan lama. Tambahan pula, kami mesti makan malam sebelum maghrib. Kalau tak mesti la kene bebel dengan mak. Sebenarnya memang tak sabar nak makan nasi segunung tingginya tu. Dah lapar.

 Nanti akak kongsi cerita tentang nasi tinggi gunung pula ye.

Terima kasih sudi membacanya.
Jumpe lagi! :)