Keindahan Susu Anugerah Allah

Menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Saturday, January 28, 2017

Kalsium Untuk Ibu Menyusu


Breakfast!! Mommy dah breakfast belum??




Epal rangup2 sedapkan... heeee... Antara breakfast paling mudah nak disediakan.. zaman kerja dulu bekal dalam kereta je... sambil layan sesak lalu lintas kita ngap-ngap la epal sebiji dua bersapa protein soya...

Mak-mak menyusu memang kuat makan... heee... korang pun kan... kuat2 makan jangan korang bantai je makan semuanya... tgk juga kalorinya ye...

Nak share cerita ngan korang ramai mommy BF ngadu gigi goyang, gigi rapuh dan lebih dasyat gigi patah-patah.. banyak makan cekelat eh??

Mommy BF digalakkan untuk mengambil makanan tambahan kalsium (calcium supplements) mengikut dos di antara 500 mg kalsium/ 250 mg magnesium sehingga 1500 mg kalsium/ 750 mg magnesium (lebih besar dos yang diambil, lebih efektif hasilnya). Jumlah dos makanan tambahan ini adalah bergantung kepada komposisi diet anda – lebih banyak protein daging (animal protein), lebih banyak Cal-mag yang diperlukan. Sekiranya korang adalah pemakan sayuran sahaja (vegetarian), dos yang lebih rendah sudah mencukupi.


Mommy boleh check semula diet harian, cukup ke tak cukup, soi soi je ke? Plus kita ni perempuan, kalsium selalu merosot setiap kali period... 😊

Sumber : breastfeed-essentials.com
The return of menstruation does not mean the end of breastfeeding. The milk does not sour or “go bad” when you are having a period. The milk is no less nutritious when you are menstruating than when you are not. Some women do notice a temporary drop in milk supply in the days just prior to a period and for a few days into one. This is due to hormonal fluctuations. Once the period begins and hormone levels begin to return to normal, the milk supply will boost back up again. Most babies can compensate well for this temporary drop in supply with more frequent nursing.


Some babies may detect a slight change in the taste of the milk just before a period, again, due to hormonal changes. These same babies may nurse less often or less enthusiastically during this time as a result.


For some women, the drop in milk supply and nipple tenderness associated with menstruation becomes more of a challenge. An effective treatment for these symptoms associated with the return of periods is to add a calcium/magnesium supplement to the diet upon ovulation and continue it through the second or third day of a period. The supplement should be 1500 calcium/750 magnesium but can be as low as 500 calcium/250 magnesium (the higher the dosage the more effective and quicker the results). It should be a combination pill. This much calcium should never be taken alone. If your cycles are not regular and you do not know when you ovulate, you can take the supplement the entire month until you begin to see a pattern to your flow. This type of supplement seems to work as it prevents the drop in blood calcium levels which occurs mid-cycle and continues through the second to third day of a period. It is this drop which is associated with the nipple tenderness and drop in milk supply as well as the uterine cramping so often experienced with menstruation. You only need to take one pill a day.

So, mommy untuk penyerapan yang terbaik, kalsium perlu bersama-sama magnesium dan vit D dalam satu masa..

Beberapa website yang menyokong penyusuan susu ibu.
Sumber asal : kellymom.com
Low milk supply associated with menstruation: Calcium/magnesium supplement
Some women experience a drop in milk supply from ovulation (mid-cycle) until the first day or two of the next menstrual period. A woman’s blood calcium levels gradually decrease during this period of time, and for some women the drop in blood calcium causes a drop in milk supply. For women who have this problem, calcium/magnesium supplements may be helpful. This practice has also been reported to eliminate most uterine cramping and some premenstrual discomfort such as water retention.
The recommended calcium supplement dosage is between 500 mg calcium/250 mg magnesium and 1500 mg calcium/750 mg magnesium (the higher dosage is generally more effective). Calcium dosages this high should not be taken alone, but as a calcium/magnesium (or calcium/magnesium/zinc) combination. Otherwise the calcium will not be adequately absorbed into your body. The amount of supplement depends on the composition of your diet — the more animal protein, the more calcium/magnesium needed. If you are a vegetarian or vegan, the lower dosage may work fine for you.
Start the supplement when you ovulate, and continue through the first few days of your menstrual period. If periods are irregular, then begin calcium/magnesium at 14 days after the beginning of your last menstrual cycle, or simply take the supplement every day.

Akakmanis dah jumpa dah makanan tambahan untuk kalsium-magnesium-vit D dalam 1 tablet... mudah kerjanya... telan dapat semua.. Gigi bertambah kuat, tulang bertambah padat 💪🏻


Selain momm BF pun boleh ambil makanan tambahan ni sebab ia sesuai untuk semua individu sihat, lelaki dan perempuan, ibu mengandung, wanita yang sering sakit pinggang (cramp) ketika di datangi haid (period) dan paling penting untuk semua yang TAK MINUM SUSU dan KALSIUM lain.


Selamatkan gigi dan tulang korang ya sebelum terlambat. Takkan memuda dah nak bergigi palsu, takkan masih muda nak tulang rapuh, osteopenia, dan paling teruk osteoporosis 😬😬😬.


#BreastfeedingEnjoy
#CoachSusuBerkualiti


Friday, January 27, 2017

7 Tips Didik Anak Solat

Azan maghrib berkumandang..

Akan ada reminder
"Ummi, dah azan tu.."

Anak soleh ummi daddy melilau2 matanya melihat keliling sofa ditepi tangga tu.
"ummi, mana sahadah?"

"Syahadah kene baca... yang AshaduAllah Ilaha IllaAllah, Waashadu Anna Muhammadur Rasulullah"

"bukan la ummi, yang buat solat tu.."

Ummi cuba teka "Sejadah?"

"aah, salah pulak. Sejadah"

Allah... sejuk takat paras beku perut ibu mengandung orang kata..
Anakku nak solat Maghrib sama2..

Susun sejadah sorang satu..
Sejadah comel mengikut warna pilihan beli kat Mydin.
Suka sangat, sangat2 dihargai.

Seperti biasa setelah berdiri tegak (lentok2 anak2 syurga ni kira tegak la kan..) sebelum mula solat, ummi akan tanya 2 soalan.

"kita nak solat apa?"
"Maghrib"
"Maghrib berapa rakaat?"

Si adik dengan pantas "tiga"

Dah betul tu, harus di puji setinggi gunung Everest sebelum lafaz niat :D. Biar hatinya berbunga-bunga kembang setaman.

"Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat tunai kerana Allah Ta'ala"

Dari tahun ke tahun, dan kini setelah 3 minggu bersekolah, so far anak soleh ummi daddy lebih bagus dalam solatnya. Ok la for 5 years old untuk KPI ummi daddy. 😉Nak mengimamkan adiknya siap. Ada gayalah.



Since mendidik anak-anak untuk mengerjakan ibadat solat adalah WAJIB, dan bagi menjayakan target melakukan ibadat solat ketika usia 7 tahun dengan sukarela. Sebolehnya, tidak perlu sehingga memerlukan pukulan baru anak-anak kita bangun mendirikan Rukun Islam yang ke-2 ini. Antara usaha ke arah itu, kami kongsikan sedikit tips ya.

1. Sejak usia bayi biasakan anak kita mendengar laungan azan dari masjid @ surau berhampiran rumah atau dari televisyen. Pada waktu yang sama, berhenti berborak dan tumpukan pada suara azan. Mulakan dengan ajarkan menjawab azan.



2. Ajak bayi solat bersama. Jangan kata bayi tak faham ya. Boleh bawa mereka dengan mendukungnya or baringkan di tepi ketika kita solat. Letakkan kepercayaan, anak tidak akan mengganggu kita sebaliknya mereka akan mengikut pergerakan yang dilakukan oleh ibubapanya.

3. Ajar anak mengambil wuduk. Anak-anak biasanya suka bermain air bukan, so ambil kesempatan untuk ajarkan cara-cara mengambil wuduk dengan tertib. Walaupun basah baju dan seluar, biarkan sahaja. Itulah learning proses yang menyeronokkan anak anda.

4.  Ajarkan anak surah Al-fatihah seawal mula pandai bercakap, Ajarkan dahulu surah pertama Al-Quran ini agar ketika solat nanti, si anak boleh lebih fokus dengan membaca Al-fatihah. Dengan menghafal Al-fatihah dengan fasih, InsyaAllah anak-anak akan lebih mudah mengahafal surah-surah lazim dan bacaan di dalam solat.

5. Berdoalah untuk kebaikan anak selepas solat. Sebutkan namanya dan mohonla doa supaya dia menjadi anak yang soleh/solehah, lembut hati, bijak bistari, ringan tulang membantu orang tua, rajin solat serta berjaya dunia & akhirat.

Amalkan juga doa ketika anak sedang tidur iaitu: Surah Al-Fatihah(1 kali), Ayat Kursi(1 kali), Surah Al-Insyirah (1 kali), Surah Toha ayat 1-5(1 kali). Hembuskan pada ubun-ubun anak ketika tidur dan niatkan yang baik-baik untuk anak anda.

6. Berikan anak pujian ikhlas setinggi gunung Everest. Anak-anak ini suka dipuji, puji kelakuan baiknya yang rajin solat, solat tanpa bermain dapat menyuntik semangat untuk solat dengan tertib.

7. Jadikan doa surah Ibrahim ayat 40 amalan setiap kali lepas solat dan sebelum tidur.

رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلَاةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي ۚ رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاءِ

Maksudnya: Wahai Tuhanku! Jadikan daku orang yang mendirikan solat dan demikian juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.

Solat itu tiang agama. Semoga sedikit tips ini boleh diguna pakai oleh ibu bapa untuk mendidik anak-anak tentang kewajipan menunaikan solat.

Semoga anak-anak kita menjadi anak yang mendirikan solat, berbudi perkerti dan berakhlak mulia.
Amin.

#parentingtips #breastfeedingenjoy #coachsusuberkualiti




Monday, January 16, 2017

MANDUL SELEPAS BERANAK

Menurut pakar, peratus wanita mandul selepas mendapat anak lebih tinggi dibandingkan mereka yang belum pernah beranak. Keadaaan ini dipanggil sebagai kemandulan sekunder atau “Secondary Infertality”. Pernah dengar?

Kajian Kependudukan dan Kesuburan Malaysia 1984-1985, jumlahnya besar akan tetapi masalah ini tidak begitu menonjol. Rata-rata yang memenuhi ruang di klinik pakar bidan atau sakit puan adalah golongan mandul primer. Mungkin kerana sikap “tak apa” di kalangan kita dan mungkin kerana sudah memiliki anak.

Menurut Dr Mohd Ismail Tambi, pasangan yang belum mempunyai anak, sedaya upaya mencuba mendapatkan anak walaupun seorang. Mungkin itu salah satu faktor bilangan mereka lebih ramai di klinik bidan.

Apa itu Mandul?

Mandul bermakna seoarang wanita tidak berupaya mengandung dan melahirkan bayi atau seorang lelaki yang tidak berupaya menghamilkan wanita. Menurut kajian yang disesuaikan daripada penyelidikan dua sarjana barat, SPEROFF (1983) dan KELLER (1984) menunjukkan peratus kemandulan berpunca daripada lelaki dan wanita adalah sama iaitu 40%. 


Sebab-sebab Kemandulan Sekunder

Secara umumnya sebab-sebab berlaku kemandulan sekunder adalah sama dengan kemandulan primer

1. Menurunnya tahap kesuburan 
– Tahap kesuburan amat penting untuk hamil. Kadar kesuburan boleh menurun disebabkan umur meningkat, tekanan jiwa dan kesihatan terjejas. Tahap kesuburan yang terbaik bagi wanita adalah sebelum berusia 30tahun. Dan bagi lelaki, umur tidak mengurangkan tahap kesuburannya melainkan jika berusia 60 tahun ke atas.

Menyusukan anak juga menjadi factor tidak subur dan keadaan ini di panggil “Hyperprolac-Tinemia”. Hormon prolactin biasanya keluar ketika menyusukan anak dan ia menyekat kesuburan.

2. Kerosakan atau gangguan pada anggota reproduksi 
– Perlukan khidmat pakar untuk mengesan dan mengatasi masalah ini jika ada sebarang kesumbatan atau ketumbuhan pada anggota dalaman tubuh.

3. Tabiat pemakanan yang tidak seimbang, terlalu banyak merokok, minuman keras dan menagih dadah juga menjejaskan pengeluaran benih & tahap kesuburan.

4. Elakkan tekanan
 – tekanan di tempat kerja, di rumah, anak-anak sememangnya tidak dapat dielakkan apatah lagi ingin bebas dari tekanan. Seperti mustahil bukan?

Vitamin-vitamin yang cadangkan untuk meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita

Set Kesuburan Lelaki & Wanita

GLA
Gamma Linolenic Acid (GLA) adalah sejenis asid lemak Omega 6. Fungsi GLA untuk wanita adalah menstabilkan hormon dan memastikan kitaran haid teratur.. Seperti yg kita sedia maklum, kitaran haid yg stabil memudahkan wanita mengenal pasti waktu subur di mana peratusan persenyawaandapat ditingkatkan. GLA berperanan memastikan cecair mukus di dalam serviks mencukupi dimana ia memudahkan pergerakan sperma ke uterus seterusnya ke tiub fallopian di mana ovum menanti untuk disenyawakan. Cecair mukus yg subur ini juga membantu sperma untuk hidup di dalam tiub fallopian sehingga 5 hari, seterusnya meningkatkan kadar persenyawaan ketika ovulasi berlaku walaupun suami dan isteri tidak bersama dlm jangkawaktu tersebut. Membantu meningkatkan kesuburan danmelegakan PMS (sindrom pra-haid)

ESP

Energizing Soy Protein adalah protein lengkap yang mengandungi 9 asid amino yang sangat tinggi nilainya dalam pembentukan sel. Protein ialah makanan asas kepada sel. Sel yang sihat akan memudahkan proses yang berkaitan persenyawaan, perlekatan telur dan lain-lain. ESP merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semula jadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting.

Vita-Lea
Mengandungi 28 vitamin dan mineral yg diperlukan oleh tubuh badan seorg dewasa. Pengambilan Vita-lea sebiji sehari boleh membantu meningkatkan taraf kesihatan secara menyeluruh. Isteri perlu melengkapkan kesihatan diri dengan mengambil multivitamin ini.

Vitamin C
Satu tablet Vita C membekalkan 500mg vitamin C. Vita-C Shaklee adalah jenis 'sustained release' di mana vitamin C akan dilepaskan secara perlahan-lahan dan tahan lebih lama di dalam tubuh badan. Vitamin C berfungsi sebagai anti-oksidan seperti Vitamin E.

B-Complex
Lengkap dengan vitamin B6 (13.5mg), B12 (40.5mcg) dan asid folik (200mcg). Pengambilan asid folik bersama-sama dengan kehadiran vitamin B6 dan B12 amatlah disarankan bagi mengelakkan anemia yang boleh menyebabkan masalah kesuburan serta mengurangkan risiko kecacatan janin dan kecacatan tiub neural.

Alfalfa Complex
Diamalkan oleh wanita, terutama bagi mereka yang rasa "sakit ketika bersama", membantu atasi masalah keputihan, masalah haid yang tidak teratur atau senggugut/ sakit pinggang yang melampau tatkala di datangi haid (makan alfalfa bersama kalsium), dan turut membantu dalam hubungan suami isteri (bertindak seperti Kacip Fatimah). Ada juga sesetengah sumber yang mengaitkan Alfalfa bantu di dalam masalah PCOS.

Vitamin E
Vitamin E juga dikenali sebagai Vitamin Cinta kerana ia membantu meningkatkan hormone seks samaada kepada lelaki mahupun wanita. Vitamin E amat penting untuk meningkatkan kesuburan untuk lelaki. Kajian pada tahun 1924.mendapati vitamin E mampu memulihkan kemampuan reproduktif. Kajian lain juga mendapati bahawa Vitamin E mampu meningkatkan kesihatan dan kualiti sperma. Dalam satu kajian, ia menunjukkan bahawa pergerakan sperma, peratus sperma hidup dan peratus daripada spermatozoa normal, semuanya meningkat dengan penambahan vitamin E dan selenium. Dalam masa yang sama, vitamin E sangat bagus untuk kesihatan jantung sekaligus meningkatkan tahap testosterone. 



*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
*****************************************************************************************




Friday, January 13, 2017

4 Perkara Jayakan Penyusuan

"Cita-cita aku nak nyusukan anak sampai 2 tahun, nak dapat PHD"


Namun...baru 3bulan menyusu dah rasa give up nak terjun laut!!

Relaxxxx... Ada jemputan untuk anda. Special...


Jemputan khas untuk mommy..
Saya berikan life jacket, pakaikan ia dengan kemas..
Saya sediakan spare air, moga tidak lemas..
Juga! Snorkel+Goggle
Bayangkan.. ikan-ikan yang cantik berenang sekeliling kita,
Betapa indahnya karang laut di dasar sana..
Begitulah indahnya perjalanan penyusuan mommy yang sebenarnya.
Selami setiap satu ya! :)

#1 Kosongkan payudara

Mommy perlu mengosongkan payudara secara effective. Sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar dia menghisap dengan betul. Pada waktu malam pula kejutkan Si Manja jika dia tidur lebih dari 3 jam. Kesilapan yang sering dilakukan oleh mommy adalah menunggu payudara bengkak untuk menjadi penuntuk waktu Si Manja perlukan susu. Salah ye Mommy! Kandunga lemak dalam susu lebih tinggi apabila tempoh antara satu seisi penyusuan dengan yang lain adalah singkat.

#2 Minum air kosong suam

Bila tubuh mengalami masalah kekurangan cecair, ia akan sedikit sebanyak mengganggu kelancaran penghasilan susu. Air yang mencukupi penting dalam usaha anda merangsang penghasilan susu. Mommy perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Cara yang terbaik minum satu gelas atau satu setengah gelas setiap jam, elakkan minum sekali gus ya..

#3 Kawal Stress

Lakukan beberapa teknik bernafas untuk bertenang. Semua mommy menyusu perlu “pakar” dengan teknik ini sebab ia sesuai di lakukan di mana-mana sahaja. Bila mommy rasa tertekan, ambil masa untuk focus terhadap teknik bernafas secara tidak langsung dapat membantu mommy mengurangkan tekanan yang dihadapi. 



#4 Makanan yang perlu dielakkan

Pemakanan mommy mempengaruhi penghasilan susu ibu. Ada beberapa makanan yang boleh menyebabkan kesan negative terhadap penghasilan susu.

1. Diet mengejut – Ramai yang inginkan kelangsingan seperti sebelum bersalin, namun lakukan ia dengn sihat dan elakkan crash diet. Kalori yang diperlukan oleh mommy adalah antara 1500-1800 kalori untuk mengekalkan penghasilan susu ibu secara berterusan.

2. Kafein – Makanan seperti soda, kopi, the dan coklat mengandungi kafein. Pegambilan kafein yang banyak boleh mengganggu kepada penghasilan susu. It’s ok if sederhana ya.

3. Ubat-ubatan – Ubatan yang mengandungi antihistamin, decongestants dan diuretics boleh menyebabkan pengurangan susu ibu dan let down reflex. Ia biasanya terdapat dalam ubat selsema, ubat tahan sakit dan pil kurus.

4. Pil pencegah kehamilan – Biasanya orang panggil pil perancang. Ia tinggi estrogen juga mampu memberi kesan negatif. Jadinya pilih pil yamg mengandungi hormon progesteron sahaja.

5. Lain-lain – Parsli, Peppermint & Spearmint, Sage & Oregano, buah-buahan citrus, minuman berais.




Pemakanan seimbang penting untuk memastikan mommy mendapat nutrisi yang lengkap seterusnya penghasilan susu mommy sentiasa cukup untuk Si Manja.

Jika sudah mengamalkannya tetapi masih mengalami kesukaran untuk memenuhi keperluan Si Manja, Mommy boleh "menggunakan khidmat" makanan tambahan. Nutrisi yang rongak wa rompong boleh ditampal kembali. Sakit gigi berlobang, nak tidur tak boleh, nak makan sakit ya amat, maka kita pergi jumpa doktor untuk tampal gigi kan? Dah kene tampal, tak de yang berlobang maka kita dapat menikmati keenakan dan kelazatan makanan yang diingini. Gitulah analoginya.

*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
*****************************************************************************************


Friday, January 6, 2017

6 Rahsia Menyusu di Bulan Pertama Yang Anda Belum Tahu.


Uwekk!! Uwekk!! Alhamdulillah lega penat lelah berhempas pulas meneran anak berjaya.

Uwekk! Uwekk!! Si Manja menangis, mommy pula kepenatan dah dalam labour room tadi. Nak berehat, nak kumpul semula tenaga macam Ultraman.. 

First time mommy, macam ni la.. Saya rasa sendiri dulu, keletihan tidur selepas bersalin.. Nurse datang bilik..

Kreekkkk… bunyi pintu bilik di buka.. “Puan, anak puan menangis. haus.. Nak minum susu” Terkejut bingkas bangun macam lepas mimpi hantu… Tengok jam kat dinding.. Ya Allah dah sejam aku tidur.. Serious!! Sejam tu rasa baru 5 minit tidur berdengkur… 
kroh kroh kroh..

Dalam hati, “Anak burung kelaparan dah ni” hehe.. nak kata lapar bisingnya menangis macam anak burung dok nunggu mak dia balik bawa makanan tepi sarang yang bunyi cit cit cit tu haaa. Bingitkan??

“First babykan..Cuba Puan susukan”
Debar mimpi hantu belum habis, ni jantung kene palu pulak lagu rock.. 
Sungguh burung kelaparan..Pandai menyusu secara alami… 
Nikmat kejadianNya yang sangat unik, Subhanallah. Teruja, terkesima.. Menitis air mata..
Kesat air mata, lalu ciuman pertama melekat di pipi, dahi.. Nurse pun berlalu pergi meninggalkan kami berduaan.


6 Rahsia Menyusu pada Bulan Pertama Kelahiran yang korang belum pernah tahu.


1. Jika boleh, kulit ke kulit bersama Si Manja sejurus melahirkan terutama 1 jam yang terawal.Baringkan Si Manja di dada dan tutup dengan selimut untuk Si Manja merasai kehangatan si Ibu. Let your baby get interested untuk menyusu. Mommy pastinya akan teruja melihat Si Manja merangkak ke puting untung menyusu. Ia di gelar breast crawl.

2. It’s Ok if Si Manja mengantuk. Si Manja sepatutnya membuang air kecil dan besar dalam masa 24 jam selepas dilahirkan. Jika Si Manja anda tidak bersedia untuk menyusu setiap 2-3jam sekali seperti yang di sarankan. It’s ok. Berikan sedikit masa kepadanya. Pasti dia akan lapar nanti. hehe..Tapi untuk Si Manja yang lahir with low blood sugar, disarankan berikan kolostrum untuk bayi anda. Just few drops cairan emas, bertapa hebatnya ciptaanNya.



3. Kulit ke kulit untuk kejutkan Si Manja yang lena tidur. Skin to skin omputih kata.. Untuk yang sedang menanti hari melahirkan, pastikan ini dalam To Do List mommy ya. Skin to skin boleh membantu untuk Si Manja latch dan makan untuk beberapa hari pertama. Bau susu ibu boleh membuatkan Si Manja anda menyusu. Snacking time!! Eh macam kita kalau baru pisang goreng dipetang hari..


4. Cuba bilik gelap!!!. Si Manja used to be aktifkan sewaktu di dalam perut walaupun mommy dah lena tidur, Rock and roll dalam perut, berombak-ombak perut mommy. So gunakan peluang ini di awal tempoh berpantang. Cuba buat bilik gelap dan tenang. Kesunyian boleh menggalakkan Si Manja untuk bangun dan mencari makanan.


5. Bersedia untuk mencuba posisi baru. Ramai Si Manja berjaya menyusu dengan posisi “laid back position” or “side lying position “. Ini kerana kedua-dua posisi menyusu ini dapat membantu Si Manja membuka mulut dengan lebih luas dan menyusu dengan lebih baik.

6. Alih bulan atau “growth spurts” adalah satu kejutan. Surprise! Jika anda rasa breast kosong pada minggu ke3, 4, 6. Ini menandakan “supply” is fine. Si Manja experience growth spurt. Apa yang perlu, mommy relax dan hydrate diri secukupnya. Minum air 3 liter sehari. Si Manja sedang meroket meningkatkan supply untuk jangka masa panjang.

Moga ia memberi manfaat buat bakal mommy diluar sana. Share post ini agar teman-teman yag sedang menanti hari juga mendapat manfaat bersama.

*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
*****************************************************************************************