Saturday, June 14, 2014

TIPS STOK EBM

Sedang melalui sangat getir diawal kehamilan seperti sakit kepala, mabuk muntah2 tak kira pagi atau malam, pedih hulu hati…?
Sedang menunggu kelahiran simanja??
Sedang mencari2 peralatan menyusu yang sesuai dengan keperluan dan kemampuan??
Atau sedang berfikir2 utk memberi susu ibu atau susu formula???

Oh Tidakkkkkkkkkkkk!!!

Mengapa ibu nak beli breastpump?? Mengapa ibu nak bagi susu ibu kepada simanja yang akan lahir nanti?? Masih meragui?? Mengapa masih berfikir??
Bila Ana share tentang susu perahan yang Ana dapat ramai la kenalan yang dok bertanya…
Apa petua susu banyak??
Ko makan apa Ana??
Share la petua dengan aku…

Bagi menjawab persoalan2 di atas dan yang sama waktu dengannya..

Antara tips yang boleh Ana share berdasarkan pengalaman menjadi ibu BF selama ini..

# 1 – NIAT
“ Innamal a’malu binniyat”
Maksudnya: Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada niat


Bila ditanya… nak susu ibu atau susu tepung semua masih ragu2 menjawab…
Rata2 jawapannya… klu cukup susu ibu bagila.. klu x cukup top up FM.
Salah!!! Sorry to say… tapi ianya MEMANG SALAH.
Bagi Ana..ibu2 perlu mempunyai 1 jawapan yang bulat! Solid! contohnya:

“Saya nak susukan anak saya dengan susu saya selama 2 tahun”

Kerana susu ibu adalah susu yang terbaik.. Sesungguhnya ciptaan Allah itu tiada yang sia-sia.
Mengapa masih belum yakin dengan ciptaanNya??
Susukanlah si manja anda kerana tuntutan dari Allah..
So, mulakan dengan niat, tanam azam, ikhlaskan hati, yakin dengan kemampuan diri kerana niat itulah kekuatan dalam diri kita.. Mohon dariNya pada setiap solat dan pasakkan di dlm hati dan fikiran anda.. Niat yang baik InsyaAllah ada jalan utk dijayakan. 

# 2 – BF seawal mungkin
Bagi yang bersalin di hospital G, sedia maklum ibu2 mmg perlu fully BF… Macam mn pula dengan private hospital?? Ada yang BF friendly ada juga yang tidak.. so ibu2 perlu tahu.. Jika x BF friendly bgtau doctor yg ibu ingin BF.. so that baby x dberi susu formula di nursery. Baby juga akan room in..
Dapatla ibu2 berkepit dengan simanja..Seawal bila bayi perlu disusukan.. Ada yang kata seawal 30 minit atau 1 jam. Pengalaman Ana sejam selepas bersalin atau bila bayi menangis.. Jururawat kejutkan Ana ( tido uminya x sedar dah sejam) untuk susukan bayi. Lebih cepat lebih bagus.. kerana sejurus tali pusat bayi di potong sebenarnya signal demand telah dihantar ke otak. Lebih cepat bayi menyusu, lebih cepat susu (kolostrum) akan keluar dan ini sangat penting untuk proses penghasilan susu yang berterusan. Moment memula nyusukan bayi yang kita baru lahirkan ni mmg sapa yg megalaminya je dpt rasa.. x tahu nak gambarkan dengan kata2.. so, ibu2 tak boleh lepaskan peluang ini.. sekali shj untuk setiap anak.. Nikmat Allah kurniakan pada yg merasainya...

# 3 – Kumpul stok seawal 2 minggu berpantang.
Untuk memastikan bayi anda mendapat kolostrum sebanyak yang mungkin, 2 minggu pertama sebaiknya fokus sepenuhnya susui bayi anda sekerap yang mungkin..ini adalah untuk memastikan simanja mendapat khasiat berharga yang terkandung di dalam kolostrum. Stimulasi semulajadi dari hisapan bayi sejak awal adalah SANGAT PENTING. Sewaktu berpantang, badan ibu belajar untuk menyesuaikan berapa banyak hasil yg diperlukan setiap hari. Plus, waktu ini adalah waktu badan ibu sangat aktif menghasilkan susu. Ibu2 perlu tahu lebih kerap payudara dikosongkan lebih banyak susu yang dapat dihasilkan. Lama2 badan akan terbiasa utk menghasilkan susu yang lebih mengikut demand yang dihantar oleh otak.

# 4 – Minum air sebelum dan selepas menyusu dan mengepam.
Sejak anak pertama lagi, Ana paksa diri untuk minum sekurang2nya 3liter sehari. Sebab?? Bendalir dalam badan perlu digantikan setelah penghasilan susu ibu. Jika bendalir dalam badan tidak mencukupi cam ne nak menghasilkan susu… klu bukan dari minuman kita, mana lagi nak dapat air… ye x? so, ia sangat dperlukan untuk memastikan payudara cepat penuh. Teruskan minum air sekurang2nya 3 liter sehari untuk memastikan badan anda lebih segar dan tidak lesu.
sekurang-kurangnya 3 liter sehari


# 5 – Kosongkan payudara setiap 2-3 jam sekali.
Sebaik2nya sewaktu berpantang elakkan anak minum susu perahan melalui botol, ini untuk memastikan badan terbiasa untuk menghasilkan susu tanpa henti. Bila badan dah terbiasa dengan jadual, secara automatik ibu akan merasa “bengkak” bila payudara tidak dikosongkan. Jika ibu bekerja, bolehla cuba ajar si manja menyusu menggunakan botol pada 2 minggu sebelum ibu mula bekerja..Dan ibu perlu teruskan mengosongkan payudara mengikut jadual itu bagi mendapatkan hasil yg optimum.

# 6 – Susukan anak lebih kerap pada waktu malam.
Pengorbanan tidur malam yang ramai tak sanggup nak buat..maka?? tepuk dada tanya sendiri…igt semula niat dihati…Mengapa perlu berbuat demikian?? Pada waktu malam, hormon prolaktin (hormon yang terlibat dalam penghasilan susu) lebih tinggi pada jam 1 – 5 pagi. Jika badan dah terbiasa untuk menghasilkan susu diwaktu kemuncak, secara tak langsung bekalan susu makin lama akan makin banyak. Bukanla sesuatu yg luar biasa bila hasil pada waktu tengah pagi lebih banyak berbanding waktu siang hari. Dan bukan juga sesuatu yg luar biasa gembira dengan hasil perahan pada waktu ini..Syabas!!


# 7 – Mengepam sewaktu anak menyusu ( Tandem Nursing).
Stimulasi serentak akan mewujudkan lebih demand pada otak secara tidak langsung susu akan dihasilkan secara berterusan mengikut permintaan yang diterima. Jika payudara masih rasa penuh @ berat ibu boleh pump utk kosongkan payudara dengan sempurna.

# 8 – Jaga makan dan minum
Makan makanan berkhasiat dan minum susu untuk bekalan kalsium dan zat lain yang diperlukan sepanjang tempoh penyusuan. Badan ibu yang sihat menjamin penghasilan susu dan kualiti susu pada si manja. Jika perlu, ambil makanan tambahan bagi memastikan badan ibu cukup vitamin dan zat yang diperlukan.


# 9 – Jaga emosi tenang dan gembira selalu.
Elakkan tekanan, tenangkan diri dan gembirakan hati walau dalam apa jua keadaan yang dilalui. Ini kerana, tekanan, tensioniaitu hormone oksitosin(terlibat dalam proses penghasilan sus) menjadi rendah. Kesan dari itu, susu pun akan sipu2 untuk keluar dan penghasilannya tidak lancer. Hasilnya, susu ibu tidak akan semeriah yang dibayangkan..

# 10 – Doa dan tawakal kepada Allah SWT.
Allah yang meminjamkan ibu segala nikmat2 yang diterima. Maka Dia lah yang perlu kita ingat. Jaga hubungan ibu dengan pemberi nikmat. Juga ibu2 boleh amalkan zikir2 seperti Ya Allah Ya Matin( Maha Sempurna Kekuatanmu), Surah Al-Hujrat, Surah Al-Baqarah ayat 60.




Jika anda berminat untuk makanan tambahan shaklee

Boleh hubungi:

Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran







0 comments:

Post a Comment