Wednesday, June 17, 2015
Tips Penyusuan di bulan Ramadhan
Assalamualaikum semua…
InsyaAllah tahun ini kali kedua menemui Ramadhan bergelar
ibu menyusukan. Seorang ibu menyusukan ni semestinya SUPERMOM. Berusaha gigih
dan berjiwa kental. Memang bukan senang tapi tidak mustahil. I’m Possible.
Esok 1 Ramadhan, pastinya ibu2 menyusu sedang gigih membaca,
menambah ilmu di dada untuk memastikan penyusuan berjalan dengan lancar. Ummi
nak kongsikan pengalaman lalu bergelar ibu menyusu dan ibu hamil sarat 9 bulan
berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Pengalaman Ummi ni pun dulunya hasil dari
tips di google.
Ibu-ibu perlu bersemangat dan kuat. Harapnya suami-suami
hebat juga membantu isteri dalam berpuasa dan menyusukan ini.
Paling penting, kena niat dan memohon dari Allah agar di
permudahkan urusan serta niat murni menyusukan bayi. Letakkan segala
pergantungan 100% kepadaNya.
Doa-doa di bawah ini antara contoh doa yang ibu boleh gunakan.
Doa yang spesifik untuk penyusuan di bulan Ramadhan.
“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku,
Banyakkanlah susuku untuk bayiku di bulan Ramadhan ini , Permudahkanlah
perjalanan untuk menyusukan anakku di bulan Ramadhan ini agar menuruti segala
yang telah Engkau syariatkan”
“Ya Allah Ya Matin, seberapa banyak susu yang akan aku
perolehi puasa hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan disisiMu.
Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, susu yang sedikit menjadi banyak
dan kenyang buat anakku. Amin”
# 2 : MINUM BANYAK
AIR
Walaupun berpuasa, pastikan ibu-ibu tetap minum air sehari
2-3liter seperti biasa. Semua sedia maklumkan pentingnya air buat ibu
menyusukan bayi. So, macam mana nak habiskan 2-3liter dari waktu berbuka hingga
ke waktu sahur biasanya menjadi persoalan.
Boleh cuba cara Ummi ni:
Berbuka minum 500ml, setiap sejam minum lagi 250ml. Pukul 9,
10, 11 mlm dan 12 pagi sebelum tidur. Dah 1750ml air. Waktu sahur top up lagi 1000ml
ke 1250ml. Mudahkan..
Kuatkan “alarm clock” supaya bangun sahur. Pernah terlewat
bangun, tak sempat makan nasi. Sempat minum air je. Ya Allah belum apa2 dan
mengeletar badan. Makanan waktu sahur ni la yang bekal tenaga untuk kita
sepanjang hari.
Rasulullah berpesan: “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya
dalan sahur itu terdapat keberkatan.” (Hadis dicatatkan Bukhari dan Muslim)
Dapat sunat, dapat pahala.
Rata2 ibu-ibu menyusukan ni perlukan NASI. Ummi pun, perlu makan nasi setiap kali berbuka dan bersahur.
Nasi bersama sayur2an sudah cukup buat perut Ummi bahagia. J.So, jangan skip makan
nasi puasa kali ini. Pembekal karbohidrat dan serat ni. Selain tu, kurangkan garam
dan gula dalam masakan ya. Untuk memastikan badan cukup nutrisinya. Kita makan
ikut pyramid makanan Malaysia ye.
KURMA juga terbukti
memberi tenaga dengan cepat dan berpanjangan sepanjang hari. Amalkan makan
kurma 3 atau 5 biji semasa berbuka dan bersahur sangat membantu ibu-ibu
menyusukan bayi.
Bagi yang tidak bekerja, susukan bayi anda sekerapnya untuk
memastikan kelancaran penghasilan susu baru.
Bagi yng berkerja seperti Ummi, perlu pam ikut jadual
seperti biasa di tempat kerja. Sebaiknya “power pumping(PP)” sebelum tido
malam. Ummi biasanya PP selepas menyusukan anak. Dan, bangun awal sebelum sahur
untuk pam susu.
Jika badan terasa letih tahap maksima, itu tanda badan ibu
kurang nutrisi. Untuk memastikan badan kekal bertenaga, mood sentiasa baik dan
hasil tuaian memberangsangkan ambillah makanan tambahan. Tak kisah jenama apa
pun yang penting HALAL & SEMULAJADI!! Pilihan Ummi pastinya Shaklee. :)
Amalan zikir Ya Allah Ya Matin, Ya Allah Ya Wahab perlu di
giatkan dan diteruskan. Sentiasa positif dan gembira boleh membantu penghasilan
susu. Kalau stress juga kita makan B-complex lebih, sebab tekanan akan menganggu
produksi susu dan enzim yang berkaitan.
Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran
Tuesday, February 10, 2015
{{ TUTORIAL }} Cara Pendekkan URL atau LINK yang panjang
Assalamualaikum semua...
Sihat ye... Terima kasih jemput singgah sini... :)
Rasa macam ketinggalan je tentang pendekkan URL dan LINK ni...
Tapi nak share jugak...
Sudi x nak baca... ?
Ada beberapa website yang boleh digunakan untuk memendekkan link yang panjang menjela-jela ni....
contoh ye...
Memang panjang lah... hehe
TOP 3 Website untuk memendekkan URL ni adalah
Faveret Favourite saya yang no 1.
Caranya mudah klik2 aje...
1. Buka website https://bitly.com/
2. Copy link yang panjang menjela-jela tu. Then "paste" kan dalam kotak seperti di bawah
3. Klik butang "shorten"
4. ok. keluar seperti gambar di bawah ni. Dah siap.
Magik!! Link panjang menjela tadi dah pendek. Klik saja butang "copy" yang di sediakan...
So leh guna yang short ni...
FB saya..
http://on.fb.me/1A8pyzQ
kulit kering dan x lawo...
http://bitly.com/1y4QRUh
FB saya..
http://on.fb.me/1A8pyzQ
kulit kering dan x lawo...
http://bitly.com/1y4QRUh
Saturday, January 31, 2015
Family Day Fima 2014
Asslamualaikum semua... selamat berhujung dan bercuti panjang...
Buat apa cuti lama ni?? La ni kami on the way ke Le Grandeur,Senai.
Nanti update lg..
Actually testing blogger apps thru phone ni... heee
*update guna blogaway
Tuesday, January 27, 2015
Apple Crumble Versi Kampung.
Assalamualaikum semua...
Minum petang dah?? Menu apa tu eh?? ala2 kampung ke ala2 Obersea? Semalam, sempat ha ummi buat apple crumble versi kampung... hehe..semalam post kat FB time makan dengan heroes2 ummi.. Rupanya buat ramai yang craving .. pakat tye pulak nak resepi.. sebenarnya apple crumble ni senang la sangat buatnya... lagi senang dari buat donut tau... dan kompem jadi punya..ummi bagi nama Apple Crumble Versi Kampung tau yang ini.. Special!
:
relex...
:
jgn melting dulu...
:
nak tahu ke apa yang kampung sangat tu? jeng jeng jeng...
Sebab ada ini ha... jauh I import dari Sabasun KT..hehe
![]() |
kenal x apa ni?? |
Itula Nis-Sang orang tganu panggil.. bukan NISSAN okey..! Nis-Sang ni di buat dari Nira kelapa... Nis-Sang ni klu kat Melaka orang kata Gula Melaka... rasanya manis.. penyedap kuih muih traditional dan moden.. sedap juga klu masuk dalam bubur dan masakan... Special sgt ni..
![]() |
Nis-Sang Kerek |
Kerek ye Kerek.. Bukan Gerek... Kerek ni acuan Nis-Sang yang diperbuat daripada Mengkuang. Katanya gitula namanya... I is orang Selangor.. Isteri kepada orang Tengganu je... kalu salah tolong betulkan ye..
Opssssssssss... cerita Nis-Sang plk...ok ok.. Ni resepi Apple Crumble Versi Kampung saya..
Bahan A
- Buah Apple Fuji - di buang kulit dan dipotong dadu..kenapa apple fuji eh.. sebab die lebih rangup berbanding apple yg lain..berapa biji tu ikut ikut suka sendiri nak banyak mana pun.. sebab lagi banyak lagi yummeh.
- Setengah cawan brown sugar. Nak guna white sugar pun boleh. ikut selera jugak.. klu suka manis boleh lebihkan lagi.. saya kurang suka manis2 cukup la sikit ni..
- 4-5 camca teh serbuk kayu manis.. Kalau suka lebih rasa cinnamon ni boleh letak lebih.. klu nak letak kayu manis tu pun boleh.. tapi nanti asingkan sebelum dbakar k..
- Secawan air - saya guna 3 biji apple.. agak2 air paras apple sudah cukup.
- Seketul Nis-Sang
Bahan B
- 2 cawan tepung gandum.. klu nak lagi crunchy lebihkan tepung.
- 150gm butter atau mentega..
- secubit dua garam.
- 2 sudu gula.
Cara-caranya:
1. Masukkan Bahan A ke dlm periuk dan masak sehingga gula hancur dan agak likat sedikit..
2. Untuk crumbs, gaul semua Bahan B dengan jari jemari runcing uolls tu... x perlu guna mixer or food processor... Tapi klu terlebih "rajin" up to uolls lah.. janji gaul rata ye..
3. Gaul2 sehingga jadi CRUMB.. Actually sukatan butter ngn tepung tu boleh agak2 je.. Jangan jadi dough sudah k.. Nanti jadi Pie namanya..hehe
4. Taburkan rerata crumbs pada loyang tp jangan padatkan..kemudian letak Bahan A (sos Apple) di atasnya.. klu ada lebih crumbs boleh tabur lagi satu lapis.. lebih crunchy pastinya..
5. Bakar dalam 15 minit 180darjah C.. kalau guna oven...tapi saya guna pan ajaib je semalam...mudah jugak.. agak2 x hanget je...
6. Siap.. Boleh di makan dengan Ais Krim Vanilla... Yummeh...
Senang je kan... ulang tayang sekali lagi.. sebab sempat snap 2 pic ni je...
Boleh cuba resepi ni nanti k...
psstt... pasti nak try crumb oat pulak... mesti lagi walla...
Jumpe lagi... tata...
Jika anda berminat untuk makanan tambahan shaklee
Boleh hubungi:
Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran
Friday, January 23, 2015
SHAKLEE MLM yang mematuhi syariat
INI ADALAH SALAH SATU SEBAB KENAPA ANDA BOLEH MEMILIH SHAKLEE SEBAGAI SIDE INCOME.
In shaa Allah, Shaklee antara Syarikat MLM yang mengikut garis panduan menurut syariah :)
1. Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).
2. Produknya bukan emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh. Ini kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha, ini bermakna orang atas hanya berhak mendapat komisyen dari ahli bawahan yang dibantunya sahaja.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan ‘kepala' atau ahli yang ditaja, tetapi adalah berdasarkan nilai produk yang berjaya di jualnya. Ini diperlukan bagi membuktikan ia menumpukan kepada perniagaan penjualan produk dan perkhidmatan dan bukannya permainan wang (money game).
5. Tidak diwajibkan bagi si ahli membuat belian sendiri dalam jumlah tertentu bagi memperolehi komsiyen dari orang bawahannya. Ini kerana dibimbangi ia mirip paksaan belian. Namun jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia mungkin dibenarkan dengan syarat ia dibuat atas asas ju'alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua'alah mestilah dipastikan sempurna.
6. Setiap ‘upline' atau orang di sebelah atas mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat yang pelbagai ahlinya. Ia perlu bagi melayakkannya menerima komisyen itu dari sudut Shariah, jika tidak adalah dibimbangi ia akan terjerumus kepada keraguan ‘syubhah'. Ini kerana konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. Justeru, sedikit usaha perlu dicurahkan bagi menjadi sebab haknya ke atas komisyen. Perlu diingat, kebanyakan ahli di kaki yang 10 ke bawah, mungkin tidak mengenalinya lantaran ia dilantik oleh orang bawahannya yang kesembilan. Jika tidak, apakah haknya untuk mendapat komisyen yang demikian berangkai dan begitu jauh ?.
7. Tidak menggunakan skim piramid iaitu skim siapa masuk dulu akan untung selamanya.Manakala hak mereka yang masuk kemudian akan berkurangan. Justeru, plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan mampu mendapat keuntungan lebih dari orang atasannya, apabila ia mampu menjual dengan lebih hebat.
8. Mempersembahkan system komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas. Ia bagi mengelakkan segala jenis penipuan.
9. Menstruktur plan pemasaran di anatara ahli dan orang bawahannya secara musyarakah iaitu perkonsgian untung dan rugi berdasarkan modal masing-masing dengan nisbah pembahagian keuntungan yang ditetapkan di peringkat awal lagi.
sumber:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/222-multi-level-marketing-menurut-shariah.html
credit : tiera
Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran
Tuesday, January 20, 2015
Info Sihat : Avocado Buah Ajaib.
Buah Ajaib yang kaya dengan zat penting
Avocado atau bahasa Indonesianya Alpukat... Buah yang harganya tidak murah dan banyak khasiat.
Rasanya?
Lemak-lemak... tidak manis dan tidak masam. ini la rupanya...
![]() |
Tahap ranum buah Avocado |
Kelebihan Avocado antaranya adalah
1. Menurunkan kolesterol
- Pengambilan buah Avocado boleh menurunkan kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan membantu menaikkan jumlah kolesterol HDL (Kolesterol baik).
2. Tekanan darah
- Zat potasium yang ada pada buah Avocado mampu membantu menurunkan dan mengawal tekanan darah.
3. Mengawal gula dalam darah
- Pengambilan secara sederhana buah Avocado ini, mampu meningkatkan sensitiviti insulin anda.
4. Mencegah keradangan (Anti-Inflammation)
- Buah ini memiliki nutrisi yang mampu membantu mencegah keradangan. Untuk Ekzema, Avocado membantu melembapkan dan menyembuhkan kulit.
![]() |
yang ni masih hijau... kelat2 rasanya... |
5. Menyehatkan kulit dan rambut
- Minyak Avocado digunakan dalam kosmetik untuk melembapkan kulit dan ia mengandungi Vitamin E yang akan melindungi kulit dari sinar matahari.
Buah yang lemak enak ini boleh dinikmati dalam pelbagai bentuk, di makan begitu sahaja atau di jadikan jus atau dijadikan pudding. Resepi pudding yang enak. Click Sini
![]() |
Wajib buat kerana ia sangat Yummy... |
Hubungi saya:
Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran