Sunday, April 6, 2014

Asid Folic untuk persediaan dan kehamilan.

Jam 8.30mlm, 5 apr 2014
Pn customer yang setia bersama selama setahun call.. memula dulu die nak try set slim dan menyatakan hasrat utk pregnan.. saya sages utk turunkan berat badan.. dapatkan berat yg ideal then plan utk pregnant.. alhamdulillah.. slim lepas beberapa bulan... dpt berat ideal... saya sages utk ambil b complex shaklee pulak..B complex shaklee ni siap dengan asid folic a.k.a vit B9 tau...B complex paling lengkap. Jom kita beramah mesra dulu...


Apa itu ASID FOLIK?

Folic Asid (atau folate), juga dikenali sebagai vitamin B9 yang sangat diperlukan untuk membina sel-sel baru dalam tubuh. Ia penting dalam membina DNA yang baru dan membaiki DNA yang rosak dalam sel. Oleh itu ia sangat diperlukan oleh bayi dalam rahim untuk membina banyak sel-sel baru. Jika si ibu kekurangan folic acid, kesihatan bayi dalam rahim mungkin juga akan terjejas.

Mengapa ia PENTING?

♡ Mengurangkan kecacatan saraf tunjang (neural tube defect) seperti gangguan pada pembentukan saraf tunjang (spinal bifida)
♡ Mengurangkan keguguran, lahir mati dan kelahiran pra matang dan kekurangan darah (anemia).
♡ Menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah.
♡ Mengurangkan kecacatan yang lain pada bayi:

                -  Sumbing lelangit (cleft palate)
                -  Kecacatan pada jantung (congenital heart disease)
                -  Pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama (limb reduction)
                -  Kecacatan pada sistem pembuangan air kencing (urinary system)


Bila ASID FOLIK perlu diambil?

Bagi wanita yang merancang untuk hamil, ambillah asid folik sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi wanita yang telah hamil pula, mereka dinasihatkan agar mengamalkan pengambilan folic acid setiap hari sejak awal kehamilan dan harus diteruskan sekurang-kurangnya untuk 12 minggu pertama. Ini kerana dalam usia kehamilan 12 minggu pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi dalam rahim berkembang dengan cepat. Apabila usia kehamilan memasuki trimester kedua iaitu berusia melebihi 13 minggu pengambilan folik asid boleh di hentikan. Tetapi digalakkan mengambil asid folik sehingga kelahiran bayi.

SIAPA yang memerlukan ASID FOLIK?

♡  Semua wanita yang berumur 14-44 tahun terutama wanita yang merancang untuk mengandung.
♡  Ibu yang pernah melahirkan anak dengan kecacatan saraf tunjang
♡  Merawat kesuburan pada lelaki


Dos Asid Folik yang DIPERLUKAN?

    Wanita biasa - 400 microgram (0.4 mg) sehari
    Wanita hamil - 600–800 micrograms sehari


SUMBER MAKANAN yang mengandungi ASID FOLIK?

    Hati ayam
    Daging, ayam, telur
    Kekacang
    Beras perang, barli, oat
    Sayuran hijau, Buah dan sayur warna kuning seperti pisang, buah oren, jagung, labu dan lain-lain


Pentingkah Asid folik untuk KESUBURAN LELAKI & WANITA?

Folic acid juga dapat membantu merawat masalah kesuburan pada lelaki. Ia akan mengurangkan kecacatan kromosom pada sperma lelaki. Sperma yang mengalami kecacatan kromosom apabila disenyawakan dengan telur ovum, akan menghasilkan janin yang tidak dapat hidup lama.

Folate adalah supplemen penting bagi membantu proses spermatogenesis. Bagi wanita ia membantu dalam kematangan telur ovum, pembentukan placenta dan ketika janin di’tanam’ke dalam rahim.

sumber: http://drzubaidi.com.

SANGAT PENTING bukan... so pada yg plan utk preggy dan yg dah preggy tp lom ambil lg cepat2 dapatkan b-complex ni k.. sangat berbaloi2...



0 comments:

Post a Comment