Thursday, May 22, 2014

Mom to be... New Mom and New baby... cukup x susu yang dibekalkan???

"How to tell whether your baby's getting enough breast milk"


Lama tidak mencoret... al-maklum menjadi mak tang ni... alhamdulillah... dikurniakan seorang lagi hero 30 april lalu...wlpn beranak 2 kini... tapi masih blm berjaya sepenuhnya menyesuaikan masa dan keadaan... anak sorang pun take time menyesuaikan diri.. anak 2 pun gitu la jugak.. plus si abang baru nak masuk 2 tahun... macam2 la kerenahnya... ok back to the topic...

Ni adalah comman question among new breastfeeding moms. Yelah.. nak make sure yang baby kita mendapat semua nutrisi yang diperlukan kan.. Sebenarnya kita x boleh tgk semata2 seberapa banyak yang baby minum apabila kita menyusukan tau...

Ternyata... ramai ibu2 yang mampu memberi baby mereka cukup susu tp baby x cukup... camne tu agaknya...Keadaan ni akan menyebabkan dehidrasi dan opkos perkembangan mereka terganggu. Namun kedua-duanya adalah amat jarang berlaku tetapi serius.

Tanda-tanda bahawa bayi susu ibu anda mendapat khasiat yang cukup:

- Payudara anda berasa lebih lembut selepas feeding, ni sebab baby dah berjaya mengosong cik B ibu semua...
- Selepas penyusuan, baby kita akan nmpk tenang dan puas hati.. biasanya baby dah x cungap2 cam anak burung... hehe..
- Dalam beberapa hari pertama, apabila bayi anda mendapat kolostrum yang berharga, dia mungkin hanya memerlukan hanya satu atau dua lampin basah sehari. Bila susu mula keluar ,baby kita  akan basah enam hingga lapan lampin kain sehari atau lima atau enam pakai buang.
- Dalam bulan yang pertama, baby anda akan sekurang2nya poopoo 3 kali sehari, dan warna najis mereka berubah dari warna yg gelap ke warna kuning mustard. tp usah bimbang kalau baby yg menyusu susu ibu seenuhnya tidak membuang dlm masa sehari.. Selagi kita x bg pepejal, x membuang seminggu pun shud b ok.. cam anak first dulu risau la uminya ni... g bw jumpe paed...doktor senyum je... so anda boleh senyum je di rumah k.. TAPI jika najis baby tidak berwarna or pucat, sila bw g jumpe paed k.

Ok.. Next, camne agaknya nk tau baby kita mungkin tidak mendapat susu ibu yang mencukupi?

- Baby anda turun berat badan terus menerus. Jika baby anda tidak mula semula berat badan selepas lima hari, g la bawa jumpe dengan doktor..
- Baby anda kurang membuang air kecil. Atau enam lampin pakai buang dalam tempoh 24 jam selepas lima hari selepas kelahiran dia.
- Air kencing baby anda adalah sangat gelap, seperti warna jus epal. (Jika air kencingnya adalah pucat atau jelas, dia mendapat cecair yang mencukupi , jika ia lebih pekat, ia boleh menjadi tanda bahawa dia kekurangan cecair. )
- Baby anda is fussy atau lesu. Dia mungkin tidur sebaik sahaja anda offer feeding tapi kembali cungap2 cam anak burung bila kita lepaskan feeding.
- Menyusu lebih lama dari satu jam tetapi baby masih x puas. Normalnya baby feeding dalam 20 minit hingga 30minit dan puas..
- Payudara anda tidak merasakan perbezaan. cam saya mention kat atas tadi.. bila baby menyusu puas cik B kita akan jadi lembut sebab susu dah dikosongkan..
- ni part paling bahagia bagi saya..bila dengar baby menelan susu gluppp gluppp...ni jugak sign utk kita tahu baby cukup susu atau tidak..tapi ada baby yang menelan dengan sopan x berbunyi... as long as sign lain positif, ibu2 x perlu risau ye..

Kalau riso baby anda x dapat susu yang cukup, jgn malu jgn segan cepat2 g jumpe doktor atau lactation consultant.. Mungkin, mereka (doktor dan lactation consultant) akan memerhati cara anda feeding dan memberikan anda tips berharga untuk menjayakan penyusuan. Yups.. cara feeding yang betul juga memainkan peranan penting!! 
Muhammad Adni Naeim bin Mohd Taufiq... 

Nak interprem gak baby baru ni... hehe...Lahir dengan berat 2.9kg... 4 hari naik 100g jadi 3kg...7 hari naik jadi 3.1kg...20 hari naik jadi 3.75kg... Alhamdulillah... wlpn ada sedikit juandis tapi hero umi membesar dengan cemerlang... stock EBM pun dengan cemerlangnya... Moga dipermudahkan...

*** nurse kat spital kata baby juandis akan menyusu lebih banyak berbanding baby yg x kene juandis... fakta atau auta?? umi lom sempat skodeng info lagi... sesapa ada info boleh share dengan umi ye...


Hubungi saya: 

Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran




0 comments:

Post a Comment