Monday, January 12, 2015

Membuka 3 Ikatan Syaitan dan Doa Bangun Tidur

Assalamualaikum dan selamat pagi semua...
Sihat semuanya?? Moga baik2 dan diberkati Allah selalu..
Pagi ni rasa terngiang2 di telinga cerita ustaz disekolah rendah dulu... lama dah berlalu... Ingat items sahaja tapi x ingat hadisnya... So kita Mr. Gugel sebentar... Hasilnya...

*********************************************************

Dari Abu Hurairah r.a katanya;” Rasulullah S.A.W bersabda:
“Syaitan itu memberikan ikatan pada hujung kepala seseorang di antara engkau semua sebanyak tiga ikatan, jikalau ia tidur. Ia membuat ketentuan pada setiap ikatan itu dengan kata-kata yang berbunyi: “Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!” Jikalau orang itu bangun lalu berzikir kepada Allah Ta’ala maka terurailah sebuah ikatan dari dirinya, selanjutnya jikalau dia terus berwuduk, lalu terurai pulalah ikatan satunya lagi dan seterusnya, jikalau ia bersolat, maka terurailah ikatan seluruhnya, sehingga berpagi-pagi ia telah menjadi bersemangat serta berhati gembira. Tetapi jikalau tidak sebagaimana yang tersebut di atas, maka ia berpagi-pagi menjadi orang yang berhati buruk serta pemalas.”

*********************************************************

Berdasarkan hadis itu maka, apabila tidur setiap anak Adam maka syaitan akan membuat tiga ikatan di hujung kepala. Ikatan-ikatan tersebut adalah berbunyi :
“Engkau memperoleh malam panjang, maka tidurlah terus!”
:
<<Dasar Syaitan yang direjam!!>>
:
Apabila terjaga sahaja daripada tidur di malam hari  untuk mengerjakan solat tahajud atau apabila terbit fajar untuk mengerjakan solat subuh maka perlulah membuka ikatan-ikatan tersebut  dengan amalan yang di ajarkan Nabi SAW iaitu 
1- Untuk membuka ikatan pertama perlulah membaca doa bangun tidur
pendek je kan... mudah ringkas...hafal k bagi yang belum hafal... :)

2- Untuk membuka ikatan kedua adalah dengan berwuduk. 
Rukun Pertama :)

Rukun Wudhu 6 perkara... Niat, Membasuh muka, Membasuh kedua tangan sehingga siku, Menyapu sebahagian kepala dengan air, Membasuh kedua belah kaki sehingga buku lali dan Tertib@bertututan.
Zaman kanak2 dulu... yang paling kuat dengarnya bila kene baca reramai dlm kelas adalah "tertib"... x tahula kenapa...

Selesai berwudhu, angkat tangan dan bacalah doa ini...

3- Untuk membuka ikatan ketiga adalah dengan bersolat samaada solat tahajud (di tengah malam atau solat subuh bila terbit fajar)
Amalkanlah beberapa sunah yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita semua supaya tiga ikatan syaitan terbuka dihujung kepala kita. Jika kita tinggalkan amalan ini itulah sebabnya kenapa umat Islam merasai lemah dan letih selepas bangun tidur. Walaupun mereka bangun tidur tetapi selepas solat mereka sambung tidur semula, mungkin mereka tidak membaca doa bangun tidur sehingga ikatan pertama syaitan tidak terbuka.

Orang kata tidur selepas subuh menutup rezeki kerana malaikat rahmat mendoakan orang mukmin yang bangun solat subuh di masjid atau di surau dan bersedekah di pagi hari. 


Sedekah di waktu pagi??? nantikan di episod seterusnya... 



Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor 
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran




1 comment: