Thursday, January 7, 2016

Info Sihat ~ 15 tips mencipta saat indah

Assalamualaikum wbt

Selamat sejahtera ke atas kamu.

Zaman sekarang ini rata-ratanya sukar untuk mendapatkan waktu kualiti bersama keluarga, dek kerana kesibukan kerja ibu dan bapa. Namun jangan jadikan ia sebagai alasan untuk melayan kepenatan sendiri sehingga kehendak anak-anak terabai. Hujung minggu adalah waktu terbaik untuk memupuk rasa sayang dan hubungan kekeluargaan bersama. Kadang-kadang usaha yang kecil pun mampu meninggalkan saat indah dalam jiwa anak-anak. Dibawah antara tips yang anda boleh digunakan untuk mencipta saat indah bersama keluarga setiap hari.
 


1.Aktiviti tradisi harian

Anda perlu menetapkan aktiviti tradisi harian bersama-sama setiap hari. Sebagai contoh tradisi harian ini adalah seperti makan bersama sekurang-kurangnya sekali sehari samaada waktu sarapan atau waktu makan malam. Jika anak anda masih kecil, cara lain anda boleh menghabiskan masa selama 20 minit bermain bersama anak-anak anda.

2. Matikan televisyen ketika makan

Biasanya, anda lebih gemar membuka siaran semasa menikmati hidangan. Sedangkan waktu makan adalah masa berkualiti yang harus dijadikan fokus pada keluarga tanpa beralih perhatian pada televisyen.

3. Aktiviti mingguan keluarga

Waktu yang sibuk sepanjang minggu bekerja boleh digantikan dengan aktiviti minggu yang memberi momen-momen bahagia bersama keluarga. Mungkin anda boleh jadualkan permainan bersama, berjalan-jalan dan sebagainya. Lebih penting lagi, matikan telefon bimbit atau komputer agar waktu berkualiti tanpa gangguan.



4. Long weekend / car free day

Mungkin anda boleh praktikkan cara ini untuk bersama dan berkumpul bersama keluarga. Berjalan-jalan, berbasikal atau bersenam. Inilah masanya untuk anda bergerak bersama keluarga, malah menyenangkan kerana dapat menghabiskan masa bersama keluarga.

5. Menonton wayang

Ini juga masa sesuai untuk anda berkumpul bersama keluarga. Keluar menonton wayang/filem. Tetapi, pilihlah filem yang sesuai ditonton oleh seisi keluarga. Contohnya animasi, komedi atau filem yang disarankan untuk ditonton bersama keluarga.

6. Karaoke

Sekali sekala, ajakla keluarga ke tempat karaoke dan menyanyi bersama-sama. Pilih lagi kesukaan dan carilah tempat karaoke yang betul-betul untuk keluarga, bukan tempat yang memberi kesan negatif pada anak-anak. 

7. Berenang

Yang tak pandai berenang pun boleh berenang waktu ini. Berenang adalah cara paling berkesan untuk anda menghabiskan masa hujung minggu anda lebih bermanfaat. Di samping itu, bawalah aneka bekal untuk dinikmati bersama usai berenang. Biasanya kelaparan selepas berenang bukan?

8. Alternatif aktiviti

Bosan dengan hanya duduk bersama keluarga di hadapan televisyen sahaja? Apa kata, anda tutup televisyen dan buatlah aktiviti berfaedah dengan keluarga seperti bermain monopoli, catur atau di luar rumah seperti berbasikal dan berjalan-jalan.



9. Anak memilih aktiviti

Biasanya, anda mempunyai keinginan sendiri untuk menghabiskan waktu bersama keluarga. Tetapi, apa kata kali ini, anda beri peluang untuk anak-anak anda memilih dan fahami pendapat mereka. Setidak-tidaknya ia dapat menanamkan sikap saling menghormati dan menghargai pendapat dalam keluarga.

10. Membuat aiskrim bersama-sama

Ini adalah makanan yang paling digemari oleh kanak-kanak dan aktiviti yang menyenangkan. Salah satu menu aiskrim yang mudah adalah dengan mengisar buah-buahan dan bekukan. Mungkin juga, anda boleh perkenalkan anak-anak dengan Aiskrim Malaysia


11. Tulis buku

Sediakan sebuah buku atau jurnal yang unik. Ajaklah anak-anak menulis dan mengisi pelbagai idea kreatif seperti gambar dan benda-benda unik untuk ditampal. Jadilah seperti Scrap. Pelbagai info dan ilmu baru dimuatkan disitu. 

12. Mengambil foto

Gambar yang diambil oleh anak-anak adalah gambar yang paling jujur. Cubalah membiarkan anak anada mengambil gambar untuk diri anda dan keluarga. Ini boleh dijadikan salah satu kenangan yang berharga.

13.Pergi ke perpustakaan

Jangan sampai generasi muda sekarang hilang minat pada buku. Ajaklah anak anda ke perpustakaan dan anda boleh memberikan mereka buku cerita yang mempunyai moral positif untuk anak-anak. 



14. Berkomunikasi dengan kawan-kawan anak

Tidak salah unutk melapaskan anak-anak anda 'melepak' dengan kawan-kawan.Tetapi kumpulkan di rumah. Keadaan ini boleh melatih kemampuan bergaul, bersosial dan membantu mengajar anak anda dalam banyak perkara. Bermain bersama kawan-kawan selama 1-2 jam boleh mengajar tanggungjawab dan berinteraksi.

15. Aktiviti kreatif

Membina satu aktiviti yang kreatif dengan melibatkan semua ahli keluarga. cOntohnya, membuka blog keluarga, kraftangan dan sebagainya. 






****************************************************************************************

Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 


2 comments: