Friday, January 13, 2017

4 Perkara Jayakan Penyusuan

"Cita-cita aku nak nyusukan anak sampai 2 tahun, nak dapat PHD"


Namun...baru 3bulan menyusu dah rasa give up nak terjun laut!!

Relaxxxx... Ada jemputan untuk anda. Special...


Jemputan khas untuk mommy..
Saya berikan life jacket, pakaikan ia dengan kemas..
Saya sediakan spare air, moga tidak lemas..
Juga! Snorkel+Goggle
Bayangkan.. ikan-ikan yang cantik berenang sekeliling kita,
Betapa indahnya karang laut di dasar sana..
Begitulah indahnya perjalanan penyusuan mommy yang sebenarnya.
Selami setiap satu ya! :)

#1 Kosongkan payudara

Mommy perlu mengosongkan payudara secara effective. Sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Periksa lekapan dan kedudukan bayi agar dia menghisap dengan betul. Pada waktu malam pula kejutkan Si Manja jika dia tidur lebih dari 3 jam. Kesilapan yang sering dilakukan oleh mommy adalah menunggu payudara bengkak untuk menjadi penuntuk waktu Si Manja perlukan susu. Salah ye Mommy! Kandunga lemak dalam susu lebih tinggi apabila tempoh antara satu seisi penyusuan dengan yang lain adalah singkat.

#2 Minum air kosong suam

Bila tubuh mengalami masalah kekurangan cecair, ia akan sedikit sebanyak mengganggu kelancaran penghasilan susu. Air yang mencukupi penting dalam usaha anda merangsang penghasilan susu. Mommy perlu minum sekurang-kurangnya 3 liter sehari. Cara yang terbaik minum satu gelas atau satu setengah gelas setiap jam, elakkan minum sekali gus ya..

#3 Kawal Stress

Lakukan beberapa teknik bernafas untuk bertenang. Semua mommy menyusu perlu “pakar” dengan teknik ini sebab ia sesuai di lakukan di mana-mana sahaja. Bila mommy rasa tertekan, ambil masa untuk focus terhadap teknik bernafas secara tidak langsung dapat membantu mommy mengurangkan tekanan yang dihadapi. 



#4 Makanan yang perlu dielakkan

Pemakanan mommy mempengaruhi penghasilan susu ibu. Ada beberapa makanan yang boleh menyebabkan kesan negative terhadap penghasilan susu.

1. Diet mengejut – Ramai yang inginkan kelangsingan seperti sebelum bersalin, namun lakukan ia dengn sihat dan elakkan crash diet. Kalori yang diperlukan oleh mommy adalah antara 1500-1800 kalori untuk mengekalkan penghasilan susu ibu secara berterusan.

2. Kafein – Makanan seperti soda, kopi, the dan coklat mengandungi kafein. Pegambilan kafein yang banyak boleh mengganggu kepada penghasilan susu. It’s ok if sederhana ya.

3. Ubat-ubatan – Ubatan yang mengandungi antihistamin, decongestants dan diuretics boleh menyebabkan pengurangan susu ibu dan let down reflex. Ia biasanya terdapat dalam ubat selsema, ubat tahan sakit dan pil kurus.

4. Pil pencegah kehamilan – Biasanya orang panggil pil perancang. Ia tinggi estrogen juga mampu memberi kesan negatif. Jadinya pilih pil yamg mengandungi hormon progesteron sahaja.

5. Lain-lain – Parsli, Peppermint & Spearmint, Sage & Oregano, buah-buahan citrus, minuman berais.




Pemakanan seimbang penting untuk memastikan mommy mendapat nutrisi yang lengkap seterusnya penghasilan susu mommy sentiasa cukup untuk Si Manja.

Jika sudah mengamalkannya tetapi masih mengalami kesukaran untuk memenuhi keperluan Si Manja, Mommy boleh "menggunakan khidmat" makanan tambahan. Nutrisi yang rongak wa rompong boleh ditampal kembali. Sakit gigi berlobang, nak tidur tak boleh, nak makan sakit ya amat, maka kita pergi jumpa doktor untuk tampal gigi kan? Dah kene tampal, tak de yang berlobang maka kita dapat menikmati keenakan dan kelazatan makanan yang diingini. Gitulah analoginya.

*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
*****************************************************************************************


0 comments:

Post a Comment