Tuesday, February 21, 2017

Anemia : Fungsi Jantung Menjadi Lemah


Apa itu Anemia?


Anemia merupakan situasi di mana lelaki atau wanita yang mengalami kekurangan sel darah merah yang matang atau hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Paras hemoglobin yang normal adalah di antara 12.5 hingga 18.5 gram per deciliter bagi lelaki dan 11.5 hingga 16.5 grams per deciliter untuk wanita.

Untuk pengetahuan, proses pembentukan dan pengeluaran sel darah merah adalah berlaku di dalam tulang sumsum kita. Ia di bantu oleh buah pinggang dan nutrisi yang mencukupi terutamanya zat besi. Jika sumsum tulang dan buah pinggang tidak berfungsi atau kekurangan nutrisi ia akan menjadi punca jumlah sel darah merah berkurangan.

Punca-punca Anemia

1. Kehilangan darah

  • Kehilangan darah yang mendadak(akut) terjadi sewaktu kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah, pendarahan dalaman atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml kebiasaannya memerlukan darah ganti.
  • Kehilangan darah kronik contohnya kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dll.

2. Kekurangan pembentukan sel darah merah dari sumsum tulang disebabkan oleh

  • Kekurangan nutrisi: zat besi, vitamin B12 dan folate.
  • Kekurangan hormon: sebagai contoh paras hormon tiriod rendah
  • Serangan tulang sumsum: seperti kanser darah, penyakit tulang sumsum
  • Gangguan pembentukan sel darah merah: Contohnya keadaan talasemia.
  • Pendarahan haid yang berlebihan:Faktor toksik, penyakit inflamasi, kegagalan hati dan buah pinggang, juga pengambilan ubat.

3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan, mungkin berlaku di dalam beberapa jangkitan atau kesan daripada pengambilan setengah jenis ubatan dan antibiotik.

Tanda-tanda Anemia

1. Keletihan setiap masa
2. Lemah tenaga
3. Pening
4. Pitam
5. Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
6. Kulit pucat atau kekuningan
7. Kadar denyutan jantung yang cepat
8. Penafasan yang cepat
9. Tekanan darah rendah




Komplikasi

Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan


  1. Fungsi jantung menjadi lemah dan mengakibatkan serangan jantung
  2. Pertumbuhan janin akan terencat dan melahirkan anak pramatang jika masalah ni berlaku semasa mengandung

Rawatan

Pemeriksaan hemoglobin boleh dilakukan di klinik berhampiran sekiranya anda memiliki tanda-tanda Anemia.

Rawatan khusus perlu dilakukan jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukemia atau pendarahan.

Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, anda perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan makanan tambahan zat besi.

Pengambilan makanan tambahan zat besi perlu di ambil bersama dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan.

Vitamin C promotes the absorption of iron from foods and is recognized as a protective antioxidant nutrient that helps neutralize free radicals that can cause cellular damage.3,4
Sumber

Makanan tambahan untuk membantu masalah anemia adalah zat besi. Vitamin B12 dan Vitamin C untuk penyerapan zat besi. Shaklee menawarkan set Anemia seperti berikut:


Vita-Lea Iron Formula mengandungi zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang merupakan protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan ibu dan bayi.

Sustained Release Vita-C Plus megandungi vitamin C yang membantu tubuh badan menyerap lebih banyak zat besi dengan lebih baik.

B-Complex mengandungi asid folik dan vitamin B12 untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel darah merah.


Klik Gambar untuk Order Set Anemia


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee.


*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
COD: Sungai Buloh, Bandar Seri Coalfields, Puncak Alam, Ijok
*****************************************************************************************


Ref:

1. Food and Nutrition Board, Institute of Medicine. Vitamin C. Dietary Reference Intakes for Vitamin C, Vitamin E, Selenium, and Carotenoids. Washington D.C.: National Academy Press; 2000: 95-186. (pp. 103)

2. Higdon, J. Vitamin C. Linus Pauling Institute, Oregon State University. 2000. (Reviewed by Michels, AJ in 2013) (Function)



0 comments:

Post a Comment