Sedang melalui sangat getir diawal kehamilan seperti sakit
kepala, mabuk muntah2 tak kira pagi atau
malam, pedih hulu hati…?
Sedang menunggu kelahiran simanja??
Sedang mencari2 peralatan menyusu yang sesuai
dengan keperluan dan kemampuan??
Atau sedang berfikir2 utk memberi susu ibu atau susu
formula???
Oh Tidakkkkkkkkkkkk!!!
Mengapa ibu nak beli breastpump?? Mengapa ibu nak bagi susu
ibu kepada simanja yang akan lahir nanti?? Masih meragui?? Mengapa masih
berfikir??
Bila Ana share tentang susu perahan yang Ana dapat ramai la
kenalan yang dok bertanya…
Apa petua susu banyak??
Ko makan apa Ana??
Share la petua dengan aku…
Bagi menjawab persoalan2 di atas dan yang sama waktu
dengannya..
Antara tips yang boleh Ana share berdasarkan pengalaman
menjadi ibu BF selama ini..
# 1 – NIAT
“ Innamal a’malu binniyat”
Maksudnya: Sesungguhnya amal perbuatan itu bergantung pada
niat
Bila ditanya… nak susu ibu atau susu tepung semua masih
ragu2 menjawab…
Rata2 jawapannya… klu cukup susu ibu bagila.. klu x cukup
top up FM.
Salah!!! Sorry to say… tapi ianya MEMANG SALAH.
Bagi Ana..ibu2 perlu mempunyai 1 jawapan yang bulat! Solid! contohnya:
“Saya nak susukan anak saya dengan susu saya selama 2 tahun”
Kerana susu ibu adalah susu yang terbaik.. Sesungguhnya
ciptaan Allah itu tiada yang sia-sia.
Mengapa masih belum yakin dengan ciptaanNya??
Susukanlah si manja anda kerana tuntutan dari Allah..
So, mulakan dengan niat, tanam azam, ikhlaskan hati, yakin
dengan kemampuan diri kerana niat itulah kekuatan dalam diri kita.. Mohon
dariNya pada setiap solat dan pasakkan di dlm hati dan fikiran anda.. Niat yang baik InsyaAllah ada jalan utk dijayakan.
# 2 – BF seawal mungkin
Bagi yang bersalin di hospital G, sedia maklum ibu2 mmg
perlu fully BF… Macam mn pula dengan private hospital?? Ada yang BF friendly
ada juga yang tidak.. so ibu2 perlu tahu.. Jika x BF friendly bgtau doctor yg ibu
ingin BF.. so that baby x dberi susu formula di nursery. Baby juga akan room
in..
Dapatla ibu2 berkepit dengan simanja..Seawal bila bayi perlu disusukan.. Ada yang kata seawal 30 minit atau 1 jam. Pengalaman Ana sejam selepas bersalin atau bila bayi menangis.. Jururawat kejutkan Ana ( tido uminya x sedar dah sejam) untuk susukan bayi. Lebih cepat lebih bagus.. kerana sejurus tali pusat
bayi di potong sebenarnya signal demand telah dihantar ke otak. Lebih cepat
bayi menyusu, lebih cepat susu (kolostrum) akan keluar dan ini sangat penting
untuk proses penghasilan susu yang berterusan. Moment memula nyusukan bayi yang kita baru lahirkan ni mmg sapa yg megalaminya je dpt rasa.. x tahu nak gambarkan dengan kata2.. so, ibu2 tak boleh lepaskan peluang ini.. sekali shj untuk setiap anak.. Nikmat Allah kurniakan pada yg merasainya...
# 3 – Kumpul stok seawal 2 minggu berpantang.
Untuk memastikan bayi anda mendapat kolostrum sebanyak yang
mungkin, 2 minggu pertama sebaiknya fokus sepenuhnya susui bayi anda sekerap
yang mungkin..ini adalah untuk memastikan simanja mendapat khasiat berharga
yang terkandung di dalam kolostrum. Stimulasi semulajadi dari hisapan bayi
sejak awal adalah SANGAT PENTING. Sewaktu berpantang, badan ibu belajar untuk
menyesuaikan berapa banyak hasil yg diperlukan setiap hari. Plus, waktu ini
adalah waktu badan ibu sangat aktif menghasilkan susu. Ibu2 perlu tahu lebih
kerap payudara dikosongkan lebih banyak susu yang dapat dihasilkan. Lama2 badan
akan terbiasa utk menghasilkan susu yang lebih mengikut demand yang dihantar
oleh otak.
# 4 – Minum air sebelum dan selepas menyusu dan mengepam.
Sejak anak pertama lagi, Ana paksa diri untuk minum
sekurang2nya 3liter sehari. Sebab?? Bendalir dalam badan perlu digantikan
setelah penghasilan susu ibu. Jika bendalir dalam badan tidak mencukupi cam ne
nak menghasilkan susu… klu bukan dari minuman kita, mana lagi nak dapat air… ye
x? so, ia sangat dperlukan untuk memastikan payudara cepat penuh. Teruskan
minum air sekurang2nya 3 liter sehari untuk memastikan badan anda lebih segar
dan tidak lesu.
|
sekurang-kurangnya 3 liter sehari |
# 5 – Kosongkan payudara setiap 2-3 jam sekali.
Sebaik2nya sewaktu berpantang elakkan anak minum susu
perahan melalui botol, ini untuk memastikan badan terbiasa untuk menghasilkan
susu tanpa henti. Bila badan dah terbiasa dengan jadual, secara automatik ibu
akan merasa “bengkak” bila payudara tidak dikosongkan. Jika ibu bekerja,
bolehla cuba ajar si manja menyusu menggunakan botol pada 2 minggu sebelum ibu mula bekerja..Dan ibu perlu teruskan mengosongkan payudara mengikut jadual itu bagi mendapatkan hasil yg optimum.
# 6 – Susukan anak lebih kerap pada waktu malam.
Pengorbanan tidur malam yang ramai tak sanggup nak
buat..maka?? tepuk dada tanya sendiri…igt semula niat dihati…Mengapa perlu berbuat
demikian?? Pada waktu malam, hormon prolaktin (hormon yang terlibat dalam
penghasilan susu) lebih tinggi pada jam 1 – 5 pagi. Jika badan dah terbiasa
untuk menghasilkan susu diwaktu kemuncak, secara tak langsung bekalan susu
makin lama akan makin banyak. Bukanla sesuatu yg luar biasa bila hasil pada
waktu tengah pagi lebih banyak berbanding waktu siang hari. Dan bukan juga sesuatu yg luar biasa gembira dengan hasil perahan pada waktu ini..Syabas!!
# 7 – Mengepam sewaktu anak menyusu ( Tandem Nursing).
Stimulasi serentak akan mewujudkan lebih demand pada otak
secara tidak langsung susu akan dihasilkan secara berterusan mengikut
permintaan yang diterima. Jika payudara masih rasa penuh @ berat ibu boleh pump
utk kosongkan payudara dengan sempurna.
# 8 – Jaga makan dan minum
Makan makanan berkhasiat dan minum susu untuk bekalan
kalsium dan zat lain yang diperlukan sepanjang tempoh penyusuan. Badan ibu yang
sihat menjamin penghasilan susu dan kualiti susu pada si manja. Jika perlu,
ambil makanan tambahan bagi memastikan badan ibu cukup vitamin dan zat yang
diperlukan.
# 9 – Jaga emosi tenang dan gembira selalu.
Elakkan tekanan, tenangkan diri dan gembirakan hati walau
dalam apa jua keadaan yang dilalui. Ini kerana, tekanan, tensioniaitu hormone
oksitosin(terlibat dalam proses penghasilan sus) menjadi rendah. Kesan dari
itu, susu pun akan sipu2 untuk keluar dan penghasilannya tidak lancer.
Hasilnya, susu ibu tidak akan semeriah yang dibayangkan..
# 10 – Doa dan tawakal kepada Allah SWT.
Allah yang meminjamkan ibu segala nikmat2 yang diterima.
Maka Dia lah yang perlu kita ingat. Jaga hubungan ibu dengan pemberi nikmat.
Juga ibu2 boleh amalkan zikir2 seperti Ya Allah Ya Matin( Maha Sempurna
Kekuatanmu), Surah Al-Hujrat, Surah Al-Baqarah ayat 60.
Jika anda berminat untuk makanan tambahan shaklee
Boleh hubungi:
Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran