Keindahan Susu Anugerah Allah

Menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label ekzema. Show all posts
Showing posts with label ekzema. Show all posts

Thursday, October 13, 2016

MASAK SPECIAL SEMPENA PARASIT PROTOKOL


Meraikan kedatangan fullmoon

Amboi special punya..heee...Nak tahu tak?
Ke dah tahu? hehe.. yang tahu dah buat belum?
ce kira jap.. Fullmoon hari Ahad ni tau 16 October, Hari ni 13 October..
So kira la sendiri ye..

Saja nak ingatkan semula..Sebab dah bau2 anak2 kurang sihat, kahak, batuk, demam. kalau anak ekzema mungkin dah nampak mcm nak flare tanpa sebab..Jeng! Jeng! Jeng! Mak-mak, pak-pak, acik-acik, mood swing, pening kepala. Tu sebagahian tanda2 ye.

Sebenarnya parasit protokol ni hari-hari..tapiii ha. jawab sendiri.. :)
waktu full moon dan new moon ni adalah waktu kita terasa sesangat nak makan manis2, kek, coklat, askrim dan sebagainya. Sapa boleh tahan nafsu itu?? Kalau tiada kesedaran mmg tak mampu.. serius akakmanis bgtau ni.

yum! yum! sedaaaappnya...

Apakah fullmoon dan newmoon ini?

Full moon refer tu bulan terang dalam kalendar Islam, waktu ni parasit nak berpindah dr paru2 ke usus.
New moon pula pada awal bulan Hijrah. Ini adalah waktu parasit tengah aktif mengawan.

Dalam Islam kita disarankan untuk berpuasa 3 hari ayyamul bidh atau 3 hari putih bagi megekalkan tahap kesihatan badan dan melawan daripada parasit ini terus merebak.

Kat atas tadi akakmanis ada bagi tau tentang setiap hari merupakan parasit protokol kerana untuk pencegahan kita disarankan mengamalkan parasit protokol 5 hari sebelum dan selepas new atau full moon. tak ke hari-hari namanya tu kan. Waktu ini kita lebih ketat lagi ya... lawan la parasit tu.. makan kek je pun...hehehhe.
Puasa 3 hari setiap bulan pada 13,14 dan 15 haribulan.

Fullmoon 16 October 2016

Parasit Protokol yang boleh dilakukan


1. Minum air kelapa muda yang sedap tu tanpa gul dan tanpa ais. Minum dalam kelapanya lagi feel kak.. Sedapkan?
2. Makan biji betik. Ya Allah pahitnya ya amat!! Jangan la makan begitu aje.. makan buah betik yang manis leting tu, selit la sebiji dua bijinya.. terus telan. Maniskan?? heee..
3. Makan bawang putih mentah.. Sapa kata tak sedap?? Memula memang gitu.. dah biasa rasa sedap jadinya.. makan ngn nasi panas, salad+bawang putih cincang+vco dan ikan goreng. Nikmattt sungguh rasanya.. kalau tak boleh juga ambil garlic tablet yang mengandungi active allicin.
4. Makan buah delima dan bijinya. Mudah je ni.. Tak de komplen so far.
5. Biji labu.. Pilih biji labu yang semulajadi tau. paling tidak pun pergi la beli labu organik, jemur bijinya. Kalau tak mampu cuba Nutriferon.


Makanan tambahan lain seperti peevo, lacto, al-manna juga boleh di ambil secara konsisten.


InsyaAllah, tidakla sering tidak sihat.


EH!! Masak sempena parasite protokol tu masak bone broth aje, makan dengan nasi putih, cincang bawang putih... sedap.. nak tahu resepinya? nanti akakmanis share ye..


*****
Health is Welth


Aziana
012-3687395
Business Leader dan Shaklee Independent Distributor
Shaklee Sungai Buloh, Shaklee Puncak Alam, Shaklee Bandar Seri Coalfields, Shaklee Ijok dan kawasan berdekatan.

*****


Wednesday, October 12, 2016

Cara mengawal ekzema supaya tidak bertambah parah

Assalamualaikum wbt semua,

Moga sihat sejahtera hendaknya.
Terima kasih sudi membaca post2 dari akakmanis ya.

Hari ini akakmanis nak kongsi pengalaman mengawal ekzema melalui natural ways. Ini apa yang akakmanis buat untuk si ipin ya..

Bagi yang belum pernah tahu keadaannya boleh baca di https://goo.gl/GJWy2V .

**Maaf gambar kurang ada sebab akakmanis tak malu flashback. Dlm handphone pun tiada kalau waktu teruknya... Tak sanggup...**
Beginilah gaya sambil melakukan kerja-kerja rumah

Ok, berbalik pada tajuk.. bagaimana cara mengawalnya?
La ni alhamdulillah, nampak sangat berbeza.. Sekarang dah 2 tahun pun imun dah kuat orang kata. Tapi Adni Naeim progress positif start usianya setahun 1 bulan. Better and better.. Alhamdulillah.

Cara untuk mengawal Ekzema

1. Amalam pemakanan

SANGAT PENTING untuk diingatkan bila kita berhadapan dengan ekzema, KULIT adalah organ pembuangan terbesar yang terdapat pada tubuh badan kita. Maknanya apa saja yang kita makan akan dikeluarkan pada luaran(kulit) kerana kulit merembeskan hasil buangan. Rawatan melalui ubatan semata-mata sahaja tidak menjamin ekzema segera sembuh. 


Pemakanan adalah faktor terpenting dalam kesihatan kulit. Perubahan kecil pada amalan pemakanan mampu membantu memperbaiki ekzema. Apakah pemakanan yang disarankan? Fokus pada isu yang mana? Akakmanis sarankan untuk makan makanan yang mengalakkan kesihatan perut dan hati, cut off gula dan makanan tinggi gluten sebanyak mungkin. 

Jom tukar!!EH! bukan nak pilihanraya ni.
JOM TUKAR daripada pemakanan biasa kepada pemakanan yang mengandungi buah-buahan segar, sayur-sayuran, kacang dan bijirin.

  • Makan buah-buahan yang kurang manis - pada awalnya Adni akan flare bila makan buah pir yang warna kuning+merah tu, anggur yang hitam. Pisang juga ada yang tidak pass. Buah apricot, kiwi hijau or kuning both ok. Mungkin untuk orang lain akan flare, tapi untuk Adni bebuahan ini ok. So, mak-mak, ayah-ayah perlu buat try and error lah.. :)
  • Sayuran lebih kepada sawi, brokolli, bayam, 
  • Kurangkan makan ayam atau cuti dahulu makan. Daging lembu memang akakmanis tak berani sentuh sebab makan sepotong kecil pun buat Adni flare berhari-hari. Memang tak geng langsung dengan lembu. Even grassfeed ya. So, protein akakmanis ambik dari ikan-ikan dan kacang soya.
  • Roti, pasta, cereal, makanan proses semua akakmanis tinggal.. GOOD BYE!!
  • Gluten. Akakmanis tinggal makanan enak lazat seperti kuih muih kerana gluten dan gula putih. Sanggup tak makan, sebab tak sanggup nak hadap kesannya.

2. Produk tenusu.

Since preggy, akakmanis memang tak boleh terima susu. Then bila anak ekzema ni juga alah pada susu lembu, susu kambing makam memang langsung tinggalkannya. Jika anda juga mengalami masalah seperti ini. Akakmanis sarankan tinggalkan sementara susu lembu dan susu kambing sehingga anak pulih. Kalau tak ia seperti usaha yang sia-sia sahaja. Susu lembu boleh menjadi terlalu berasid dan biasa terhadap hormon serta bahan kimia yang memberi kesan negatif kepada sistem imun dan mencetuskan ekzema.

Anda masih boleh mendapatkan alternatif lain seperti susu beras, oat, badam, hazelnut mahupun kalsium tablet semulajadi. Kalsium yang terbaik adalah yang mampu larut dalam masa kurang 30minit seperti Ostematrix.

Serangan bertubi-tubi ke atas pipi. 

3. Ambil makanan tambahan.

Sejauh mana kita dapat memastikan vitamin dan nutrisi diserap dengan baik dari pemakanan kita? Walaupun kita telah mengaamalkan pemakanan seimbang, kita tidak dapat memastikan serapan itu cukup atau tidak. Mujurlah, banyak makanan tambahan yang boleh membantu dalam mengawal ekzema.
  • Asid lemak ~ Asid lemak dapat membantu mengurangkan keradangan dan melegakan kekeringan pada kulit. Ia sangat-sangat membantu dalam mengawal ekzema menjadi lebih teruk. Pilih la makanan tambahan yang mengandungi omega 3, 6 dan 9.
  • Vitamin A, D dan E~ Gabungan 3 vitamin ini mampu membantu kulit kekal lembap, memperbaiki tekstur kulit, menggalakkan penghasilan kolagen dan melindunginya daripada radikal bebas.
  • Makanan tambahan yang mengandungi gamma-linolenic acid ~ Gamma Lonilenic Asid (GLA) ialah asid lemak yang berada di dalam evening primrose (EPO), minyak borage dan minyak blackcurrant. Dipercayai dapat melegakan keradangan kulit dan memperbetulkan keseimbangan lipid pada kulit.

4. Kawal tekanan atau stress

Percaya atau tidak, ekzema dan emosi sangat berkait rapat - secara psikologi dan fizikal. Jika kita terlalu tertekan dan stress, ekzema anak kita bertambah teruk, flare dan flare. Maka, cari masa untuk menenangkan fikiran anda.

  • Tidur yang cukup ~ dapatkan tidur antara 7-8jam pada waktu malam untuk mengurangkan stress. Sepertinya mustahil je ye! 
  • Meditasi ~ Pergi tempat yang tenang dan fokus kepada penafasan boleh memberi kesan positif kepada mental dan fizikal. Sebagai umat Islam pula, kita boleh amalkan solut sunat serta perbanyakkan zikir untuk mendapatkan ketenangan dan ianya mudah untuk dilakukan dirumah.
  • B Compleks ~ Di dalam B compleks terdapat beberapa pecahan seperti:
    • Vitamin B5, dapat menbantukan menggurangakan stress mental dan fizikal
    • Vitamin B6, Vitamin uatama dalam pembentukan asid amino. Kekurangan keimbangan serotonin akan menyebabkan tekanan.
    • Vitamin B9, B9 dan B12 bengabung untuk membantu fungsi neurotransmitter bagi mengurangkan tekanan di dalam badan.
    • Vitamin B12, Mengawal kesihatan sistem sarag dan membantu pembentukan sel darah.

Perubahan positif ke atas ekzema Adni selepas akakmanis beri omega3 direct kepadanya. Tidur malam lebih lena, kurang menggaru, maka tragdi berdarah tidak lagi berulang.. Syukur alhamdulillah sebab lebih baik dari sebelumnya walaupun ia perubahan yg sedikit, tapi ia positif. :) Cukup menggembirakan hati ummi.

Sebelum itu tak makan omega3 ke? ada yang bertanya begitu. Makan, tapi akakmanis yang ambil, salur melalui susu ibu sahaja. Sebelum Adni berusia setahun, semua vitamin & makanan tambahan untuk kuatkan imun badan akk manis yang consume.  Start setahun, baru Adni diberikan omega3 dan vitamin C secara langsung. Radang dapat dikawal dan juga jarang demam mahupun selsema. Alhamdulillah. Doakan Adni Naeim sihat sejahtera sepanjang masa. Akakmanis belanja gambar terbaru sekeping ye..


Tara...Di Zoo Negara minggu lepas.

Omega3 dan vitamin C pilihan kami tentulah Omega Guard dan Chewable Vitamin C dari Shaklee yang diyakini semulajadi, selamat dan berkesan.

Kelebihan Omega Guard Shaklee


  • Omega 3 adalah asid lemak penting yang mengandungi EPA dan DHA yang sangat penting untuk perkembangan memori dan menajamkan minda. .
  • Namun tubuh manusia tidak boleh menghasilkan EPA dan DHA ini dan kita perlu mendapatkan sumber EPA dan DHA dari sumber makanan dan juga supplement. .
  • Sumber EPA dan DHA yang terbaik adalah dari haiwan seperti ikan berbanding tumbuh-tumbuhan yang sukar ditukarkan oleh enzim tubuh. .
  • Tahap enzim tubuh yang bagus dapat memproses kesemua EPA, DHA, ALA dan lain-lain yang lagi yang terkandung dalam Omega 3 dengan maksima. Tak guna juga kita ambil makanan yang tinggi kandunga DHA, EPA dan lain-lain kalau enzim tubuh tidak berfungsi dengan baik.
  • Jadi amat penting pastikan tubuh dalam keadaan sihat supaya kesemua zat dan nutrien dari makanan dapat diserap dengan baik.

Kelebihan Chewable Vitamin C Shaklee


  • Memelihara kandungan antioksidan semulajadi dalam tubuh
  • Antioksidan sangat penting dalam melindungi sel kulit daripada rosak dan sangat membantu melambatkan penuaan
  • Chewable vitamin c shaklee membantu menguatakan tulang, gigi dan juga gusi yang sihat.
  • Meningkatkan system imun tubuh badan.
  • Tidak mempunyai sebarang pewarna, perasa, pemanis ataupun pengawet tambahan
  • Rasa oren yang sangat semulajadi masam masam manis, membuatkan kanak kanak sangat sukannya.
  • 1biji chewable vitamin c bersamaan dengan 1 1/2 biji oren, iaitu 100mg dalam 1tablet.
  • Tablet chew vitamin c, lebih kecil berbanding sustained citamin c, sangat mudah dihisap, kunyah..mahupun ditelan.
  • Kurang berisiko dari serangan selsema, batuk, demam dan sangat bagus untuk penghidap ekzema, resdung dan juga sebarang alahan.

Aziana
012-3687395
Business Leader dan Shaklee Independent Distributor

#omegaguard #omega3 #shakleesungaibuloh #shakleebandarsericoalfields #shakleeijok #shakleepromo 


Saturday, August 15, 2015

Bila en suami tiada di rumah

Bila en suami tiada dirumah...
Pn isteri la yg terpaksa bermain dengan mende2 alah ni... 

Nampak x betapa pentingnya air fryer ni pada diriku?
Sanggup dismantle semua... Heheh...
Mujur jumpe manual kat internet.. Simpan esok lusa boleh guna utk rujukan...

Klu x, x tahu nak mula dari mana... X nampak pun screw dia kat mana...huhu.. lawo sangat dia nyorok...

Wlpn setelah siap pasang semua part ada balance 1 screw... ☺️
Serius x perasan miss..
Janji kembali ke sedia kala...
Timer boleh putaq...
Vangga jap... 󾌪󾌪

Nak tunggu en suami balik.. x dapat la ummi buat makanan2 hari ini...

Shaklee independent distributor,
Aziana


Tuesday, January 20, 2015

Info Sihat : Avocado Buah Ajaib.


Buah Ajaib yang kaya dengan zat penting


Avocado atau bahasa Indonesianya Alpukat... Buah yang harganya tidak murah dan banyak khasiat.

Rasanya? 

Lemak-lemak... tidak manis dan tidak masam. ini la rupanya...

Tahap ranum buah Avocado

Kelebihan Avocado antaranya adalah

1. Menurunkan kolesterol
- Pengambilan buah Avocado boleh menurunkan kolesterol LDL (kolesterol jahat) dan membantu menaikkan jumlah kolesterol HDL (Kolesterol baik).

2. Tekanan darah
- Zat potasium yang ada pada buah Avocado mampu membantu menurunkan dan mengawal tekanan darah.

3. Mengawal gula dalam darah
- Pengambilan secara sederhana buah Avocado ini, mampu meningkatkan sensitiviti insulin anda.

4. Mencegah keradangan (Anti-Inflammation)
- Buah ini memiliki nutrisi yang mampu membantu mencegah keradangan. Untuk Ekzema, Avocado membantu melembapkan dan menyembuhkan kulit.

yang ni masih hijau... kelat2 rasanya... 

5. Menyehatkan kulit dan rambut
- Minyak Avocado digunakan dalam kosmetik untuk melembapkan kulit dan ia mengandungi Vitamin E yang akan melindungi kulit dari sinar matahari.

Buah yang lemak enak ini boleh dinikmati dalam pelbagai bentuk, di makan begitu sahaja atau di jadikan jus atau dijadikan pudding. Resepi pudding yang enak. Click Sini


Wajib buat kerana ia sangat Yummy... 


Hubungi saya:
Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran







Thursday, September 11, 2014

Pipi merah bak delima merekah-ekzema part 2

Assalamualaikum semua...
Pejam celik pejam celik rupanya dah seminggu bawa Naeim g klinik... cerita minggu lepas (di sini)

Progress???
.
.
.
.
.
.
.

Before tu... last week sabtu g weeding ex-Unimate Curtin en husband di UPM... perjumpaan yg x disangka2... ce teka!!! ......kami jumpe pulak ex-schoolmate SS... Ninie nama die (ignore spelling tu ye)... borak2 kosong je.. almaklum ana baru first time ni jumpe... sesi perkenalan..org kata kita perlu ada persamaan baru syok nak borak2.. so mula dengan senyum melebar je banyak...start dari kerja dimana, kerja apa dll smpi 1 point "pipi baby kene ruam susu ke??"  Jeng jeng jeng!!!.. tiap kali org tye mesti hati jd mcm ni(undescribe) "bukan ruam susu tp ekzema"... " dulu anak saya pun ada ekzema"... bila dgr tu terus cam besar je gegendang telinga.. semangat nak tye mcm2..

Apa lagi... korek segala rahsia.. sbb klu tgk muka Jannah(anak Ninie) yg sooo cute tu nmpk elok je kulit.. sihat..dibab lagi pp die... heee...(Dah jumpe point berborak mak2)...Ninie guna VCO utk Jannah... dari sabun hingga ke minyak sapu... tiada product lain.. maknanya bukanla sabun mandi biasa berjenama seperti pureen, johnson & johnson or apa2 pun... dari baby sampai la ni Jannah berusia 9 bulan... VCO ni bukan ikhtiar kedua baginya.. sblm tu dah pelbagai krim die cuba kat Jannah tp x berhasil.. VCO.. opismate en somi pun ada forward link ttg ekzema dan VCO ni... apa yg sama ana ngn Ninie? apa yg sama Naeim dan Jannah? Selain nama2 syurga mereka berdua baby breastfeed..so VCO menjadi option 1.

Hari Ahad pula kami g amik car seat di Seksyen 19 Shah Alam... nak di jadikan cerita lg... nama die Ina.. sekali cakap... tu die.. en somi dah jumpe org kg!!! Ina ni org Kuala... Kuala Tengganu lah!! X berapa jauh pun ha... sek men pon dekat je ngn rumah mertua...(ku sesat di situ dulu time bawa rombongan pengantin pompuan g majlis btandang-x senonoh perangai ni...) ... peramah.. mcm ana jugak( peramah ke ada xtra mulut?) Borak lama la jugak mcm lama kenal plk.. snap2 gambar bagai.. smpi Naeim pun marah2... tenyeh2 muka kat bahu Umi.. so bila Ina tgk nmpk sgt merah... merah bak delima merekah la katakan... :)... so ina pun tunjuk bekas ekzema di badan anaknya yg sedang dikelek... Ya Allah... penuh bekas2 ekzema satu badan... hati umi... betapa gatalnya time ekzema itu meradang... Ya Allah banyaknya... jangan Naeim smpi mcm ni... selain dimuka tangan dan lutut... td nmpk naik di pusat dan dada... Ya Allah cukup apa yg ada sekarang ni je...bila ditanya Ina pun share... die berubat homeopathy di Kepong... tu je yang serasi..sblm ni mcm2 dah bagi tp xd yg sesuai tp bukan la pergi sekali terus baik.. beberapa kali juga katanya... sambil ina cerita sempat jeling daddy... angguk2 nmpknya...Ina seakan merendah diri bila die tye... Ekzema ni sebab x BF baby ke?? Lalu kami berdua geleng kepala... ekzema bukan kerana tidak BF anak.. kan ana fully BF.. so itu hanyalah auta... so homeopathy bakal menjadi option 2.
Hati mak bapa mana yg nk senang bila tgk anak tgaru2... Naeim suka sgt garu lutut die.. calar balar tau!! Pki seluar pjg pun ditarik2.. rasa nk pkikan penutup lutut tu je.. tp takut kepam xd ruang udara pulak.. lagi teruk... daddy kata klu x ok kita try k... umi ok je.. tp please bagi masa few days... 1 or 2 weeks... may b naik makin merah ni sbb healing... ada healing ke? Nanti kita selongkar...

Alhamdulillah... ni progress Naeim pd 9 sept... syukur alhamdulillah.. nampak perubahannya..kak ipar yg jaga pun kata... nampak beza banyak... dengan krim doktor bagi tu dan umi menelan nutriferon, vit c dan minum mealshake yg lazat itu... moga terus sembuh... moga terus clean dr ekzema ye Naeim... x yah la smpi umo setahun.. apatah lg umo 12 tahun.. atau seumur hidup menanggung ekzema... kita cuba yg terbaik.. umi up immune thru nutriferon dan mealshake ni.. salur vit c lebih sikit supaya bekas tu cpt hilang dan krim doktor tu supaya control kuman2 mengganas... say bye ekzema!!
Doakan Naeim ye semua... moga Naeim cepat baik dari ekzema.. free from semua jenis alahan..
Naeim pada 9 Sept 2014


Naeim pada 10 Sept 2014

Bekas di lengan masih ketara... opssssss... bukan yg hijau2 tu... yang tu tanda lahir...besar dan clear... xleh curi Naeim umi.

PROMO SEP'14
Mealshakes BUY 3 FREE 1                       
Collagen Powder BUY 6 FREE 1



***************************
Hubungi saya: 

Noor Aziana Mohd Salleh


Shaklee Independent Distributor

Shaklee ID - 908133

Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com

SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran





Thursday, September 4, 2014

Pipi merah bak delima merekah... "Ekzema"

Salam semua...


Lama benar blog ni x diupdate... hehe... kebizian menyesuaikan diri dengan suasana baru... ok... arini nk cerita pasal ruam Naeim dah berminggu2 ni... On Off... kejap ada kejap xd.. bukan chipmore tapinya...Alergy uminya mkn ikut suke ati ke ntah apa...bila On Off kejap kering kejap menyala2... Umi ngn Daddy decide tuk bawa dia ke pakar kulit..so semalam kami bw Muhammad Adni Naeim ke Dr Ranjit Skin Clinic SS15. Mengikut review dari rakan2, bagus klinik ni..


Masuk2 tu doktor belek2... usap2 tangan  dan kaki Naeim... Simple question..

"kamu berdua ada latar belakang Asma, Resdung atau Ekzema?"

bla... bla...bla... akhirnya...doktor pun bagitau merah2 itu adalah ekzema... apa itu ekzema? apa punca? macam mana nak bagi baik sepenuhnya? macam2 umi mikir ni ha... ok... serba ringkas ttg ekzema...meh baca...

Apa itu ekzema?

Ekzema ialah kondisi kulit yang kering dan gatal yang di sesuatu masa mengakibatkan lebih kurang 15 dan 20 peratus kanak-kanak. Ekzema selalu ternampak buat pertama kali sebelum anak berusia dua tahun. 

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. 

Ekzema juga dikenali sebagai ekzema atopik atau dermatitis. Atopi bermakna kecenderungan mendapat penyakit seperti ekzema, asma dan demam alergi. Kesannya sama: kulit kering, gatal, merah dan rekah, yang kadangkala meleleh cecair dan berdarah. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. 

Wajah Naeim 3 September 2014...

Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

credit 


sambil2 tepek krim Doktor bagi, umi pun try initiative yg ini... Pemes sebelum ni org lain kata... dan selama ini hanya melihat ibu2 lain menggunakannya...tapi kali ni Allah bagi peluang umi merasa pulak... :)


Pertama : Sapu Krim multi purpose shaklee (Herbal blend) utk kulit mengekalkan kelembapan kulit... kata doktor, biarkan kulit sentiasa lembap...sebab bila kulit terlalu kering penghidap akan rasa gatal...mula die mengarukan... yup.. calor dah lutut gebu die... Saya percaya Herbal Blend... saya dah guna...tidak melekit dan mudah meresap... xd la kulit kering wlpn dok bawah aircond seharian.. dan saya suka baunya... 

(stok dtgnku sudah LICIN)


Kedua : Dek kerana Naeim baru 4 bulan 5 hari, opkos la x sesuai nak bagi ubat makan2 or minum2... jadi x sesuai nak bagi MEALSHAKE ni ha ke dia... so umi la yg tolong telan...BF kan.. umi boleh transfer indirect 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu malalui susu ye... moganya beroleh kebaikan... 

(PROMO SEPT 2014 - BUY 3 FREE 1 - Jimat super duper)

tidak dilupa... B com, Vitalea dan Vit C... dan Alfalfa...


Hubungi saya: 

Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran