Keindahan Susu Anugerah Allah

Menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label berdarah. Show all posts
Showing posts with label berdarah. Show all posts

Monday, February 10, 2014

Hidung Saya Berdarah... Normal ke utk ibu mengandung??

Mengapakah hidung saya berdarah?


Ianya memang menjengkelkan, tetapi hidung berdarah sebenarnya adalah normal semasa mengandung, terutamanya mulai trimester kedua. Hormon kehamilan progesteron dan estrogen menyebabkan pembuluh darah anda terbuka semakin luas atau membesar. Pada masa yang sama, bekalan darah dalam badan yang bertambah memberi tekanan kepada urat halus pada hidung. 


Lapisan lembab atau membran mukus di dalam hidung anda juga akan membengkak dan menjadi kering. Ia biasanya berlaku terutamanya apabila cuaca sejuk dan kering. Ini menyebabkan pembuluh darah di dalam hidung anda lebih senang untuk terbuka dan pecah, menyebabkan pendarahan kecil.


                                     

Bagaimana cara untuk menghentikan pendarahan hidung?


Kebanyakan pendarahan hidung bermula daripada pembuluh-pembuluh darah halus yang terletak di bahagian hadapan hidung anda. Ia agak mudah untuk berhenti. Pendarahan hidung yang bermula daripada bahagian belakang hidung pula datangnya daripada saluran-saluran yang lebih besar dan cenderung untuk lebih banyak dan lebih susah untuk berhenti. 


Apabila hidung anda berdarah: 

  • Duduk dan picit hidung anda pada bahagian atas lubang hidung, iaitu di bahagian yang lembut.
  • Teruskan memicit selama lebih kurang 10 minit.
  • Bongkok ke hadapan agar darah menitik keluar daripada hidung anda bukannya masuk semula ke dalam kerongkong. Jika darah mengalir masuk ke perut, anda akan rasa mual.
  • Duduk tegak, bukannya berbaring agar tekanan darah di dalam hidung anda berkurangan.
  • Teruskan menekan bahagian atas hidung anda sehingga 20 minit supaya darah membeku dengan baik.
  • Anda juga boleh menggunakan pek ais untuk melegakan bahagian itu.



Bagi menghalang pendarahan berlaku semula dalam masa 12 jam berikutnya, elakkan daripada: 

  • menggerakkan kepala lebih rendah daripada paras jantung anda
  • melakukan kerja-kerja berat
  • menghembus hidung.

Apakah yang boleh saya lakukan untuk mengelak hidung berdarah?

Berikut adalah beberapa perkara yang boleh anda cuba: 
  • Jangan biarkan hidung anda kering. Semasa cuaca sejuk dan kering, sapukan gel petroleum pada bahagian hujung hidung anda.
  • Berlembutlah dengan hidung anda! Jangan korek hidung, hembus dengan perlahan dan hanya apabila anda betul-betul perlu menghembus. Hembusan yang kuat boleh menyebabkan hidung berdarah.
  • Minum lebih air untuk mengelakkan kesemua tisu badan anda termasuk membran mukus daripada menjadi ternyahhidrat.


Bilakah saya perlu berjumpa doktor?

Jumpalah doktor anda jika: 
  • Hidung anda kerap berdarah
  • Hidung anda berdarah dengan banyak
  • Hidung anda berdarah dan tidak berhenti selepas anda memberi tekanan hidung selama 20 minit.



Mungkin agak tidak selesa jika terpaksa ke hospital atau klinik dengan hidung yang sedang berdarah. Namun sebaik sahaja anda tiba, doktor mungkin akan menggunakan kain kasa atau span khas untuk membungkus hidung anda. Ini akan memberi tekanan ke atas pembuluh darah dan menghentikan pendarahan. Bungkusan itu akan berada di dalam lubang hidung anda buat seketika dan anda perlu berjumpa doktor semula untuk mengeluarkannya. 



Walaupun ia adalah sesuatu yang menjengkelkan, pendarahan hidung hanyalah masalah sementara yang akan hilang selepas anda melahirkan. 



Hubungi saya: 

Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran


Wednesday, January 22, 2014

ARGHHHHHHH...Gusi Berdarah lagiiii...


Bila hamil gusi pun mula berdarah... Mengapa? Normal ke? Jom kita selongkar...

Kebanyakan daripada kita pasti akan mengalami gusi berdarah dan gigi sensitif (gingivitis) pada satu ketika dalam hidup, tetapi perkara ini lebih kerap berlaku jika anda hamil. Hormon-hormon kehamilan boleh membuatkan gusi anda bengkak. Ini bermakna ia lebih mudah dan lebih kerap berdarah, terutamanya apabila anda memberus gigi atau memflos. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghentikan pendarahan?

Kalau mengikut kata hati, anda mungkin akan cuba mengelak dari melakukan apa-apa yang akan membuatkan gusi anda berdarah, tetapi penting bagi anda memberus gigi dengan kerap. Gunakanlah berus yang lembut jika gusi anda bengkak. Ketika memflos pula, buatlah dengan perlahan-lahan.

Plak (lapisan air liur, bakteria dan sisa makanan yang menyaluti gigi di antara waktu memberus gigi) boleh membuat gusi anda lebih mudah berdarah. Anda boleh mengurangkan jumlah plak yang terbentuk pada gigi anda dengan mengikuti tip-tip berikut:


Berus gigi anda selama dua minit, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur pada waktu malam, dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.
Gunakan berus gigi elektrik. Berus elektrik lebih berkesan menghilangkan plak dan mengurangkan bengkak gusi berbanding berus gigi biasa.
Bersihkan celah-celah gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan. Anda boleh gunakan flos atau berus mini (interdental brushes).
Jumpa doktor gigi dengan kerap.

Jika anda merokok, HENTIKANLAH. Merokok boleh membuatkan penyakit gusi semakin teruk. Ketahui bagaimana cara untuk berhenti merokok semasa hamil.
Tanyalah doktor atau doktor gigi mengenai pengkumur mulut yang selamat digunakan semasa hamil. Pengkumur yang mengandungi antiseptic chlorhexidine boleh digunakan, tetapi boleh meninggalkan kesan kotor pada gigi dan lidah. Anda mungkin perlukan bantuan doktor gigi untuk menghilangkan kesan ini.
Bolehkah gusi berdarah menyebabkan masalah-masalah lain?

Gingivitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit yang dipanggil periodontitis. Periodontitis melemahkan tisu-tisu dan tulang yang mencengkam gigi pada rahang anda. Tidak kira samada anda hamil ataupun tidak, jika tidak dirawat, periodontitis boleh menyebabkan gigi tercabut, atau mungkin lebih teruk lagi.

Anda boleh menghentikan kerosakan dengan mengikuti tip-tip bagaimana membersihkan gigi dan gusi seperti yang disenaraikan di atas. Dengan mempraktikkan kaedah tersebut serta rawatan daripada doktor gigi, anda dapat menghentikan periodontitis daripada menjadi semakin buruk. Rawatan yang diberikan mungkin termasuk mencuci gigi (scaling) di mana tartar akan dibuang dan dasar gigi akan dibersihkan.

Jika anda tidak menghentikan kerosakan yang disebabkan oleh periodontitis, gigi dan gusi anda akan rosak teruk. Jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:


Gusi anda terkena jangkitan dan bernanah. Ini dipanggil abses gigi.
Ruang kosong terbentuk pada bahagian di mana gusi dan dasar gigi bertemu.
Ruang kosong di sekeliling gigi menjadi semakin besar. Gusi mula meregang daripada dasar gigi.
Gigi anda menjadi longgar.
Gigi mula tercabut.
Ini mungkin kedengaran sungguh menakutkan, dan penyakit ini perlu sampai ke peringkat yang teruk sebelum gigi anda mula rosak seperti ini. Tetapi apa yang cuba kami tekankan ialah walaupun anda mempunyai seribu satu perkara untuk difikirkan semasa anda hamil, penjagaan gigi harus juga diambil kira!


Jika saya mengalami penyakit gusi, adakah ini akan menjejaskan kesihatan bayi saya?

Jika anda mengalami penyakit gusi, ia tidak akan menjejaskan kesihatan bayi secara langsung. Tetapi ini bermakna, kesihatan anda secara umumnya tidak sebaik seperti sepatutnya. Jika anda rasa sukar untuk mengekalkan kesihatan yang baik, ini boleh menjejaskan perkembangan bayi anda.

Atas sebab inilah sesetengah pakar percaya bahawa terdapat kaitan di antara periodontitis dengan kelahiran pramatang, bayi yang kecil semasa dilahirkan dan komplikasi kehamilan yang lain. Kita tidak begitu pasti mengenai perkara ini kerana beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan keputusan yang berbeza.

Apa yang kita tahu ialah jika seorang bakal ibu itu tidak memperolehi makanan yang sihat dan dalam keadaan tertekan, beliau berisiko lebih tinggi melahirkan bayi pramatang. Kesihatan gigi yang tidak baik mungkin merupakan sebahagian daripada masalah kekurangan wang untuk mendapatkan makanan yang sihat dan menjalani kehidupan yang berkualiti. Jika ini berlaku kepada anda, bincanglah dengan doktor anda. Beliau boleh memberi nasihat mengenai bagaimana untuk kekal sihat dan merujuk anda kepada klinik gigi di hospital kerajaan. Bayaran perkhidmatan pergigian di klinik kerajaan lebih murah berbanding di klinik swasta.
Bilakah saya harus berjumpa doktor gigi?

Jika gusi anda berdarah dan bengkak, jumpalah doktor gigi dengan segera. Gigi anda boleh dibersihkan dan digilap sebagai salah satu rawatan bagi gusi bengkak. Ambillah peluang ini dan luangkan sedikit masa untuk berbincang dengan doktor gigi mengenai cara terbaik untuk menjaga gigi anda.

Jangan lupa memaklumkan doktor gigi bahawa anda sedang hamil supaya anda tidak perlu di X-ray, kecuali jika anda terdesak dan sangat memerlukannya. Tiada masalah jika anda perlu dibius di bahagian mulut untuk rawatan gigi semasa anda hamil.

Jika doktor gigi anda tidak pasti mengenai jenis ubat yang selamat untuk diberi kepada anda, mintalah beliau periksa dahulu dengan doktor anda.


Credit to : www.babycenter.com.my

Antara 2 makanan tambahan yang boleh membantu anda:


Vitamin C Sustained Release 500mg - Membantu dan menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan tubuh badan

Ostematrix - Bukan sekadar kalsium keran mengandungi magnesium, Vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.




_____________________________________________________________________________________________________    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya: 

Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran