Keindahan Susu Anugerah Allah

Menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label ostematrix. Show all posts
Showing posts with label ostematrix. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

Masalah Susu Kurang Setelah Melahirkan


Jawapan klise dalam kalangan sesetengah wanita yang baru bergelar mommy.




“Kenapa tak bagi susu badan kat anak?”


“Oh sebab susu saya dah kurang. Baby menangis je macam tak puas minum. Tu yang saya bagi susu botol,” jawab si mommy.


Mungkin mommy langsung tidak mempunyai info tentang penyusuan susu ibu atau mungkinmalas hendak bersusah payah menyusukan anaknya dengan susu ibu. Persoalannya, susah ke menyusukan anak?




Bagi saya, sepatutnya sebaik disahkan mengandung, bakal mommy perlu mempersiapkan diri untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Ada sesetengah mommy beranggapan hanya mommy bertuah sahaja mempunyai kuantiti susu yang cukup untuk menyusukan Si Manjanya. Benarkah?


Tanggapan berikut adalah kerana tiada susu yang mengalir keluar dari puting payudara sedangkan Si Manja menangis tanpa henti kerana kelaparan. Dek kerana tidak tahan mendengar rengekan dan tangisan Si Manja, mommy terus menyumbat susu formula ke dalam mulut bayi. Lebih mudah katanya.


Mommy perlu tahu bahawa penyusuan susu ibu bukan suatu proses semula jadi sebaliknya ia memerlukan mommy terus belajar, belajar dan belajar. Mommy perlu mempraktikkan rutin yang boleh merangsang penghasilan susu ibu bagi memenuhi keperluan Si Manja yang baru dilahirkan.


Penyusuan susu ibu pada jam pertama selepas melahirkan adalah sangat penting. Kolostrum adalah sangat penting untuk membina antibodi Si Manja. Sudah tentu pada saat ini susu tidak keluar memancut-mancut. Jangan risau bila orang lain cakap tiada susu kerana yang penting anda terus memberi bayi susu dengan kerap kerana ia membantu merangsang tubuh menghasilkan susu. Banyak atau tidak susu ibu banyak dipengaruhi oleh keperluan bayi.


Semakin kerap mengosongkan payu dara sama ada dengan menyusukan atau mengepam, anda telah membantu untuk menghasilkan lebih banyak susu. Lebih baik terus menggalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap. Sebaiknya susukan Si Manja setiap 2 jam sekali bagi merangsang penghasilan susu. Ingatlah bahawa bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan. Bayi baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Tetapi ada juga bayi yang menyusu lebih daripada jumlah tersebut.


Formulanya mudah sahaja, semakin kerap bayi menyusu. Oleh itu semakin mudah payudara kosong, maka semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan hanya dengan mengaplikasikan pengosongan payudara dengan kerap.



Baca juga : Tips Jayakan Penyusuan

Juga : Rahsia menyusu pada bulan pertama

Masih perlukan milk booster?

Ini set cadangan yang terbaik untuk Mommy yang mengalami masalah penyusuan. Set ini merupakan set pertama yang saya ambil ketika mengalami masalah "SUSU TAK ADA". Apa taknya, hasil pam tak sampai pun 0.5oz setelah pelbagai tips diusahakan. Saya menyerah kalah dengan mencuba Set Penyusuan Shaklee. Setelah 5 tahun berlalu, saya masih terus mengamalkan set ini sehingga hari ini.

1. Vita-Lea Shaklee

Vitalea dilengkapi dengan kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan badan bagi kegunaan tubuh untuk Mommy sihat, ceria dan susu yang berkhasiat.

Sebotol ni mempunyai 120 biji dan tahan 4bulan. Sehari makan sebiji sudah memadai. Suami pun boleh consume sekali.
Antara khasiatnya ialah menjadikan badan lebih cergas bertenaga dengan penghasilan sel darah merah.

Kenapa pentingnya vitalea ni? B complex, Zat besi dan kuprum dalam vitalea membekalkan badan bahan mentah untuk sel darah merah yang berkualiti.

2. B-Complex Shaklee

Ingat lagi rahsia penyusuan susu ibu yang berjaya? Kawal stress kan?
Dengan adanya B complex ini Mommy secara tidak langsung akan boleh kawal stress. 

Bcomplex sangat bagus untuk mengawal tekanan, menambahkan selera makan (perlukan makanan yang sihat untuk kualiti susu yang terbaik) dan membantu penghasilan sel darah merah. Vitamin ni juga membantu pembebasan tenaga dari makanan.

Kebaikan vitamin B Complex ini penting diambil oleh ibu bapa dari saat merancang kehamilan lagi untuk merendahkan risiko kecacatan sistem saraf. Amat bagus sekali.

Dalam sebotol ni ada 120 biji juga. Tahan 4bulan. Harga sangat berpatutan.

3. Sustain Release Vitamin C

Vitamin C membantu menguatkan daya tahan badan melawan penyakit.

Bukan setakat badan Mommy je, tetapi badan anak juga kerana Vitamin C disalurkan melalui susu ibu. Vitamin C juga bagus untuk kesihatan gusi dan gigi. Kurang vitamin c akan menyebabkan gusi berdarah.

Dengan pengambilan vitaminC secara konsisten, Mommy boleh challenge juga pada mereka yang consume kollagen untuk kecantikan. Sebabnya vitamin C membantu mengikat kolagen bawah kulit kita.

Vitalea(multivitamin) adalah terbaik jika di ambil bersama Vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan masalah Anemia.

4. Energizing Soy Protein ESP

Terlalu banyak kebaikan dan manfaat ESP dalam set penyusuan Shaklee ini. 
Protein diperlukan untuk membina sel, muscle, hormon dan kulit yang sihat untuk Mommy dan Si Manja. Ia juga mampu merangsang pengeluaran susu ibu kerana komposisi tertinggi dalam susu ibu adalah protein. 

Dek kerana Mommy menyusu kerap berasa lapar, dengan pengambilan 3 scoop mommy akan berasa kenyang yang lebih lama dan BONUS untuk penurunan berat badan. Jika mommy berasa lapar, saya nasihatkan minum secawan air kosong suam. Mommy perlu ingat, ketika menyusui Si Manja, Mommy tidak digalakkan untuk skip waktu meal ya.

5. Alfalfa Complex

Shaklee Alfalfa adalah produk signature dari Shaklee, ia telah dibangunkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1950.
Digelar sebagai bapa segala tumbuhan kerana kaya dengan sumber nutient dan mineral.

Zaman beribu tahun dahulu memang alfalfa merupakan herba yang sangat dikenali untuk meningkatkan susu ibu. Alfalfa mengandungi kalsium yang tinggi untuk stimulate penghasilan susu dan kaya dengan nutrient dan mineral lain untuk penghasilan susu.

Selain itu juga, alfalfa membantu badan kita mencuci darah, buah pinggang dan usus kecil untuk menghindarkan diri dari toksin penyebab penyakit.

Untuk wanita, ia juga dikatakan sebagai kacip fatimah setanding dengan jamu traditional juga, mambu membantu pada wanita yang memilik masalah keputihan dan kegatalan.

6. Ostematrix Shaklee

Menyusu adalah satu dari empat faktor kemerosotan kalsium pada tulang. Seperti yang semua tahu, kemerosotan kalsium pada tulang boleh menyebabkan osteoporosis dan maut. Ia merupakan pembunuh dalam senyap atau silent killer.

Ostematrix menepati ciri-ciri kalsium terbaik untuk diambil kerana ia mengandungi Magnesium yang membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang. Kandungan Magnesium dalam Ostematrix Shaklee adalah berkadaran 2 nisbah 1 (French scientist Jean Durlach)

Kandungan Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk kekuatan kerangkan tulang.
Boron membantu dalam proses metabolisma tulang.
Mangan, kuprum dan zink mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Ostematrix shaklee adalah kalsium citrate yang mana ia melarut di dalam air dan tidak membebankan buah pinggang anda.


*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
*****************************************************************************************
#CoachSusuBerkualiti








Tuesday, November 15, 2016

Tips meredakan sembelit selapas bersalin

Biasa ke jika tidak dapat membuang selepas bersalin?
Kira-kira 20% ibu mengalami sembelit selepas melahirkan. Tidaklah uatu perkara yang biasakan.

Di hospital, mungkin tidak rasa ingin membuang air jika anda diberikan enema ketika di peringkat awal kelahiran. Ada juga sebab lain seperti jumlah hormon progesteron yan tinggi, ubat untuk melegakan kesakitan sewaktu proses kelahiran yang boleh memyebabkan usus berfungsi lebih lemah.

Mungkin juga anda bersalin dengan bantuan forseps atan ventouse; mungkin juga disebabkan pengambilan zat besi yang berlebihan dan mengalami koyakan yang teruk semasa melahirkan.

Untuk saya, reason untuk rasa macam sembelit ketika anak sulong adalah kerana sebab yang terakhir. Ia, sebab koyakan yang teruk semasa melahirkan. Anak sulong, mabuk teruk sampai nak bersalin pun masih muntah-muntah. Seriously memang tak ada tenaga. Meneran pun tak keluar-keluar. Maka terangkatlah punggong, dan dek kerana teran tak keluar-keluar, maka doktor pun sedut anak bagi keluar. Koyak teruk.

Cuba Jangan Bimbang


Kemungkinan besar ia tidak menyakitkan anda kerana kawasan di antara faraj dan dubur mungkin terasa kebas kerana melahirkan. Melahirkan secara normal akan meregangkan saraf-saraf di dalam dan yang mengelilingi faraj. Jadi, anda mungkin tidak merasakan kesakitan itu apabila membuang air besar untuk kali pertama.

Bimbang dan perasaan takut untuk membuang akan membuatkan masalah lebih teruk. Ada yang berkongsi sehingga sebulan tidak membuang air besar. Kasihanilah perut dan usus anda. Dan yang lebih penting, sembelit akan mergangkan lantai pelvis anda. Hakikatnya, sembelit lebih mudarat berbanding jahitan terkoyak apabila membuang air besar. So mummy, jangan bimbang berlebihan ya.

Walaupun sejarah anak sulong yang teruk tu, saya mampu membuang setiap hari tanpa gagal. Alhamdulillah. Beruntung doktor tak bagitahu awal-awal yang koyakan saya sangat teruk berbanding orang lain. Doktor bagitau saya, luka tidak sembuh sepenuhnya lagi waktu 40hari berpantang. Time ni baru doktor bagitau, "orang lain 1 jarum tak habis, awak hampir 4 jarum, Aziana". No wonder la doktor suruh saya duduk di atas pelampung. So dapat tak bayangkan bertapa teruknya koyakan saya.

" Orang lain 1 jarum tak habis, tapi awak hampir 4 jarum habis, Aziana"

Tips meredakan sembelit selepas bersalin

1. Makan dan minum dengan kerap selepas melahirkan si comel anda. Bermula dengan minuman dan buah-buahan serta makanan tinggi serat. Nikmat tak terhingga jika anda dapat membuang air besar pada hari pertama melahirkan.

2. Pastikan cecair cukup di dalam badan bagi mencukupi keperluan susu untuk anda dan memudahkan proses perkumuhan.


3. Berjalan selepas bersalin, setelah berehat apa kata anda terus berjalan sedikit-sedikit tetapi kerap seperti ke toilet. Apabila anda berasa ingin membuang, teruksn niat tanpa berasa bimbang. Duduk sepenuhnya di atas tandas.

4. Duduk pada keadaan lutut sedikit tinggi berbanding peha. Posisi seakan mencangkung adalah kedudukan yang terbaik untuk membuang air besar.

5. Ambil sekeping tuala wanita yang bersih lipat dua, dan tutup kawasan perineum dari arah depan. Ini akan membuatkan anda merasa yakin bahawa jahitan anda tidak akan terbuka. Tekanan yang lembut pada perineum akan merangsang refleks yang meningkatkan ton otot di dalam dubur dan boleh membuang air besar dengan lebih mudah.

Masih tidak berjaya!


Alternatif terakhir untuk anda adalah dengan mengamalkan Ostematrix Shaklee. Ia adalah Kalsium, Magnesium dan vitamin D dalam kuantiti yang mengikuti keperluan harian anda. Boleh membantu masalah sembelit dan kesihatan usus serta tulang.

Apa yang berlaku di dalam kolon anda?. Kalsium bergabung dengan hempedu yang berlebihan dan lemak yang terurai untuk membentuk sabun tidak larut yang tidak berbahaya, yang dikeluarkan bersama-sama dengan najis anda. Ini membantu memastikan usus anda bersih.


Julap lembut iaitu magnesium, dapat anda membantu mencegah sembelit dengan cara merehatkan dinding usus. Ia menormalkan ketegangan pada dinding kolon dan membolehkan tindakan peristalsis biasa. Magnesium juga bertugas untuk menarik air yang mana, lebih banyak air di bawa ke dalam usus. Air di dalam kolon mampu membuatkan najis anda lebih lembut dan memudahkan proses membuang air besar.
Berminat nak cuba Ostematrix? Boleh hubungi saya atau order terus di sini.

Baca juga: Ostematrix


*****
Health is Wealth

Aziana
Business Leader dan Shaklee Independent Distributor
Shaklee Sungai Buloh, Shaklee Puncak Alam, Shaklee Bandar Seri Coalfields, Shaklee Ijok dan kawasan berdekatan
*****






Wednesday, October 19, 2016

Rawat Osteopenia dengan Ostematrix Shaklee

AkakManis in love sangat ngn promo bulan lepas... Ostematrix shaklee...

Kawan Akakmanis ni merupakan anak shaklee Akakmanis jugak ye.. nak ditakdirkan, jatuh tangga patah jari kaki dan ankle.. Makanya berMC la dia..

Macam biasa la kan bila dah nak habis MC mesti doktor panggil dtg follow up. Tengok2 masih tak ok lagi.. Try drive pun masih sakit dan bengkak.. Doktor confirm ada lubang sebesar 50sen. Apakah itu? Tanda tulang rapuh. Density sangat teruk. OSTEOPENIA klu x silap katanya Jan dulu. Tak cukup kalsium dan Vit D. Sikit lagi tahap OSTEOPOROSIS tu.. Cik lagi ya kawan Akakmanis ni.. Blm jadi Puan, yang mana bila kita dah bersalin ni kalsium kita lagi banyak kene sedut utk kejadian tulang anak2 dan susu ibu. So ni kes CIK. Kalsium utk dia sorang je.. Pun tak cukup! Anda punya kalsium cukup tak??

Benarlah wanita Malaysia kurang kalsium ya?


Tambah lagi.. Doktor kata biasanya tulang mengecut start 40years old. Tu pun biasanya sebab menopause. Tapi Cik baru early 30s u.. Makanya cik ni try ostematrix seperti yang Akakmanis sarankan.. Sebabnya memang OSTEMATRIX sahaja yang THE BEST utk cik ni.. 

Sebesar duit 50sen tu lubangnya.. Bukan kecil tau.


Hari ni, selepas 8 bulan Cik ni msg bgtau yang lubang tu dah tak ada...




Consume tanpa was-was, kerana ostematrix diserap sepenuhnya selepas 12 jam diambil.


Gembira ke gembira? Alhamdulillah..
Bulan pertama Cik consume ostematrix, dia bgtau, "ni tau2 period".. Nak kata selalunya klu nak period sakit pinggang sampai tak leh bangun...

Dengan OSTEMATRIX ni dapat 2 kebaikan nampaknya kan..
1.Ketumpatan tulang back to normal
2. Dapat mengawal kesakitan pinggang tetika period

Alhamdulillah..

Pada yang rasa diri makin MEREPUT tu, meh la Akakmanis kongsikan kehebatan OSTEMATRIX 
ni.


*****
Health is Welth

Aziana
012-3687395
Business Leader dan Shaklee Independent Distributor
Shaklee Sungai Buloh, Shaklee Puncak Alam, Shaklee Bandar Seri Coalfields, Shaklee Ijok dan kawasan berdekatan.

*****


Sunday, January 31, 2016

OsteMatrix™

Formula Komprehensif, Mudah Ditelan
1 botol terdapat 120 caplets.

Lindungi tulang anda dengan OsteMatrixTM, padat dengan nutrien termasuk kalsium, vitamin D, magnesium dan pelbagai khasiat lain

untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat.
  • Membentuk tulang dan gigi yang kuat
4 kaplet OsteMatrixTM membekalkan:
  • 1,000mg elemental kalsium
  • 400mg magnesium
  • 400IU vitamin D untuk menggalakkan penyerapan kalsium

Kaplet Bersalut yang Mudah Ditelan

Syor pengambilan harian ialah empat kaplet sahaja. Untuk kesan terbaik, ambil dua kaplet dua kali sehari bersama makanan.

KKLIU: 2600/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Friday, October 3, 2014

PENGEDAR SHAKLEE IJOK : OSTEMATRIX SHAKLEE

Semalam beborak dengan Kak Siti kesah "gatal2 pada seluruh badan" yang di tanggung selama ni..

Ingatkan salah makan apa... 
Ingatkan sensitip dengan hama ke apa...
Habis memacam krim di try...injection biasa2 tahan gatal pun sudah..sbb ini bukan kes sehari dua... tapi bertahun dah lamanya...

Sudahnya.. bulan lepas kene bt blood test... Result?? 

Tiada allergy/alahan..
Tiada Kencing Manis 
Tiada Darah Tinggi
bla..
bla..
pendek cerita...
Overall is NORMAL

Kecuali Vitamin D...Kurang Vitamin D.. ku dengar... er... mcm x logik ni...tp xpe lah... soalan pertama time die cerita tu adalah buah pinggang..Buah Pinggang  ok??katanya ok.. lega hati pn adik ni. So, Doc beri injection bernilai RM3000 plus plus... x kisahla apa namanya yg penting mahal gile.. (-___-) mujur la insuran Gleaneagle ade kan? dan kulit die now dah nmpk elok berbanding dulu.. dulu bintik2 merah2..cam kene denggi tu ha..pastu bekas garu2 lagi..nampak errr gittew..nurse plk tuh!! glurp.. Bila ditanya macam ane blh kurang Vit D katanya kurang terdedah dengan matahari... erm.. cam x berapa nak kena.. die kaki jalan gak rasanya.. tapi fakta SINARAN MATAHARI sumber Vitamin D itu tepat.. Selain itu mana lagi nak dpt Vit D ni?? teruskan membaca post ini ya.. :)

walau apa pun aku masih musykil kaitan gatal2 itu dengan kurangnya vitamin D dalam badan.. hrmmm.. .. btw, anyone nak share ilmu apa kaitan gatal2 dengan Vitamin D ni?? komen eh plsss...

********

Apalah aku merepek cerita Vit D ni... xd dalam tajuk pun...hehe... 

OK, OK...berbalik pd tajuk.. Ostematrix Shaklee ni adalah kalsium premium. 

"OsteMatrix™ membekalkan nutrien harian, termasuk kalsium yang penting dalam pembentukan dan pertumbuhan tulang dan gigi. Ia juga mengandungi magnesium, vitamin D dan mineral iaitu zink, kuprum dan mangan untuk mengekalkan kelancaran fungsi tubuh. Ditampilkan dalam bentuk kaplet kecil bersalut yang mudah ditelan." sumber 

saya gelarnya premium bukan sebab harganya mahal..Mahal ke?? Dalam RM60 utk 120 biji penggunaan utk 1 ke 2 bulan...Mahal ke tu?? MURAH je kan... semua mampu milik..

Kalsium PREMIUM pilihan ramai..

Dengan adanya Vit D dan mineral lain ni la penyerapahan kalsium dapat dijalankan secara maksimum. Terkesan seawal 5 hari pengambilan...Disarankan jugak, makan 2-4 biji setiap hari pada waktu mlm sebelum tido..kenapa malam bukan siang?? sebab waktu tido adalah masa kita rehat, tidak menggunakan tulangg belulang kita.. so mereka buat kerja dengan aman sentosa.. So, klu rasa diri kurang Vitamin D, boleh la try zasssss saya k... :)


shhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh... nak resepi x??





Resepi Kalsium pilihan saya:

Kalsium 1000mg
Magnesium 4000mg
Vitamin D 100IU
Boron
Mangan
Zink
Tembaga

PROMO OCT'14

ESP BUY 6 FREE 1


***************************
Hubungi saya: 
Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor 
 Shaklee ID - 908133
 Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran





Wednesday, January 22, 2014

ARGHHHHHHH...Gusi Berdarah lagiiii...


Bila hamil gusi pun mula berdarah... Mengapa? Normal ke? Jom kita selongkar...

Kebanyakan daripada kita pasti akan mengalami gusi berdarah dan gigi sensitif (gingivitis) pada satu ketika dalam hidup, tetapi perkara ini lebih kerap berlaku jika anda hamil. Hormon-hormon kehamilan boleh membuatkan gusi anda bengkak. Ini bermakna ia lebih mudah dan lebih kerap berdarah, terutamanya apabila anda memberus gigi atau memflos. 

Apakah yang boleh saya lakukan untuk menghentikan pendarahan?

Kalau mengikut kata hati, anda mungkin akan cuba mengelak dari melakukan apa-apa yang akan membuatkan gusi anda berdarah, tetapi penting bagi anda memberus gigi dengan kerap. Gunakanlah berus yang lembut jika gusi anda bengkak. Ketika memflos pula, buatlah dengan perlahan-lahan.

Plak (lapisan air liur, bakteria dan sisa makanan yang menyaluti gigi di antara waktu memberus gigi) boleh membuat gusi anda lebih mudah berdarah. Anda boleh mengurangkan jumlah plak yang terbentuk pada gigi anda dengan mengikuti tip-tip berikut:


✔Berus gigi anda selama dua minit, sekali pada waktu pagi dan sekali lagi sebelum tidur pada waktu malam, dengan menggunakan ubat gigi berfluorida.
✔Gunakan berus gigi elektrik. Berus elektrik lebih berkesan menghilangkan plak dan mengurangkan bengkak gusi berbanding berus gigi biasa.
✔Bersihkan celah-celah gigi anda sekurang-kurangnya tiga kali seminggu untuk mengeluarkan plak dan sisa makanan. Anda boleh gunakan flos atau berus mini (interdental brushes).
✔Jumpa doktor gigi dengan kerap.

✔Jika anda merokok, HENTIKANLAH. Merokok boleh membuatkan penyakit gusi semakin teruk. Ketahui bagaimana cara untuk berhenti merokok semasa hamil.
✔Tanyalah doktor atau doktor gigi mengenai pengkumur mulut yang selamat digunakan semasa hamil. Pengkumur yang mengandungi antiseptic chlorhexidine boleh digunakan, tetapi boleh meninggalkan kesan kotor pada gigi dan lidah. Anda mungkin perlukan bantuan doktor gigi untuk menghilangkan kesan ini.
Bolehkah gusi berdarah menyebabkan masalah-masalah lain?

Gingivitis yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit yang dipanggil periodontitis. Periodontitis melemahkan tisu-tisu dan tulang yang mencengkam gigi pada rahang anda. Tidak kira samada anda hamil ataupun tidak, jika tidak dirawat, periodontitis boleh menyebabkan gigi tercabut, atau mungkin lebih teruk lagi.

Anda boleh menghentikan kerosakan dengan mengikuti tip-tip bagaimana membersihkan gigi dan gusi seperti yang disenaraikan di atas. Dengan mempraktikkan kaedah tersebut serta rawatan daripada doktor gigi, anda dapat menghentikan periodontitis daripada menjadi semakin buruk. Rawatan yang diberikan mungkin termasuk mencuci gigi (scaling) di mana tartar akan dibuang dan dasar gigi akan dibersihkan.

Jika anda tidak menghentikan kerosakan yang disebabkan oleh periodontitis, gigi dan gusi anda akan rosak teruk. Jika keadaan ini berterusan, ia boleh menyebabkan perkara-perkara berikut:


✘Gusi anda terkena jangkitan dan bernanah. Ini dipanggil abses gigi.
✘Ruang kosong terbentuk pada bahagian di mana gusi dan dasar gigi bertemu.
✘Ruang kosong di sekeliling gigi menjadi semakin besar. Gusi mula meregang daripada dasar gigi.
✘Gigi anda menjadi longgar.
✘Gigi mula tercabut.
Ini mungkin kedengaran sungguh menakutkan, dan penyakit ini perlu sampai ke peringkat yang teruk sebelum gigi anda mula rosak seperti ini. Tetapi apa yang cuba kami tekankan ialah walaupun anda mempunyai seribu satu perkara untuk difikirkan semasa anda hamil, penjagaan gigi harus juga diambil kira!


Jika saya mengalami penyakit gusi, adakah ini akan menjejaskan kesihatan bayi saya?

Jika anda mengalami penyakit gusi, ia tidak akan menjejaskan kesihatan bayi secara langsung. Tetapi ini bermakna, kesihatan anda secara umumnya tidak sebaik seperti sepatutnya. Jika anda rasa sukar untuk mengekalkan kesihatan yang baik, ini boleh menjejaskan perkembangan bayi anda.

Atas sebab inilah sesetengah pakar percaya bahawa terdapat kaitan di antara periodontitis dengan kelahiran pramatang, bayi yang kecil semasa dilahirkan dan komplikasi kehamilan yang lain. Kita tidak begitu pasti mengenai perkara ini kerana beberapa kajian yang dilakukan menunjukkan keputusan yang berbeza.

Apa yang kita tahu ialah jika seorang bakal ibu itu tidak memperolehi makanan yang sihat dan dalam keadaan tertekan, beliau berisiko lebih tinggi melahirkan bayi pramatang. Kesihatan gigi yang tidak baik mungkin merupakan sebahagian daripada masalah kekurangan wang untuk mendapatkan makanan yang sihat dan menjalani kehidupan yang berkualiti. Jika ini berlaku kepada anda, bincanglah dengan doktor anda. Beliau boleh memberi nasihat mengenai bagaimana untuk kekal sihat dan merujuk anda kepada klinik gigi di hospital kerajaan. Bayaran perkhidmatan pergigian di klinik kerajaan lebih murah berbanding di klinik swasta.
Bilakah saya harus berjumpa doktor gigi?

Jika gusi anda berdarah dan bengkak, jumpalah doktor gigi dengan segera. Gigi anda boleh dibersihkan dan digilap sebagai salah satu rawatan bagi gusi bengkak. Ambillah peluang ini dan luangkan sedikit masa untuk berbincang dengan doktor gigi mengenai cara terbaik untuk menjaga gigi anda.

Jangan lupa memaklumkan doktor gigi bahawa anda sedang hamil supaya anda tidak perlu di X-ray, kecuali jika anda terdesak dan sangat memerlukannya. Tiada masalah jika anda perlu dibius di bahagian mulut untuk rawatan gigi semasa anda hamil.

Jika doktor gigi anda tidak pasti mengenai jenis ubat yang selamat untuk diberi kepada anda, mintalah beliau periksa dahulu dengan doktor anda.


Credit to : www.babycenter.com.my

Antara 2 makanan tambahan yang boleh membantu anda:


Vitamin C Sustained Release 500mg - Membantu dan menyokong tulang, gigi dan gusi yang sihat serta keseluruhan tubuh badan

Ostematrix - Bukan sekadar kalsium keran mengandungi magnesium, Vitamin D dan mineral zink, tembaga dan manganese untuk membantu dalam memelihara kesihatan yang baik.




_____________________________________________________________________________________________________    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Hubungi saya: 

Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran