Keindahan Susu Anugerah Allah

Menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label vita-lea. Show all posts
Showing posts with label vita-lea. Show all posts

Tuesday, February 21, 2017

Anemia : Fungsi Jantung Menjadi Lemah


Apa itu Anemia?


Anemia merupakan situasi di mana lelaki atau wanita yang mengalami kekurangan sel darah merah yang matang atau hemoglobin yang membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Paras hemoglobin yang normal adalah di antara 12.5 hingga 18.5 gram per deciliter bagi lelaki dan 11.5 hingga 16.5 grams per deciliter untuk wanita.

Untuk pengetahuan, proses pembentukan dan pengeluaran sel darah merah adalah berlaku di dalam tulang sumsum kita. Ia di bantu oleh buah pinggang dan nutrisi yang mencukupi terutamanya zat besi. Jika sumsum tulang dan buah pinggang tidak berfungsi atau kekurangan nutrisi ia akan menjadi punca jumlah sel darah merah berkurangan.

Punca-punca Anemia

1. Kehilangan darah

  • Kehilangan darah yang mendadak(akut) terjadi sewaktu kemalangan yang mengakibatkan kecederaan parah, pendarahan dalaman atau selepas pembedahan. Kehilangan darah yang melebihi 500ml kebiasaannya memerlukan darah ganti.
  • Kehilangan darah kronik contohnya kedatangan haid yang berlebihan, infestasi cacing dll.

2. Kekurangan pembentukan sel darah merah dari sumsum tulang disebabkan oleh

  • Kekurangan nutrisi: zat besi, vitamin B12 dan folate.
  • Kekurangan hormon: sebagai contoh paras hormon tiriod rendah
  • Serangan tulang sumsum: seperti kanser darah, penyakit tulang sumsum
  • Gangguan pembentukan sel darah merah: Contohnya keadaan talasemia.
  • Pendarahan haid yang berlebihan:Faktor toksik, penyakit inflamasi, kegagalan hati dan buah pinggang, juga pengambilan ubat.

3. Pemusnahan sel darah merah yang berlebihan, mungkin berlaku di dalam beberapa jangkitan atau kesan daripada pengambilan setengah jenis ubatan dan antibiotik.

Tanda-tanda Anemia

1. Keletihan setiap masa
2. Lemah tenaga
3. Pening
4. Pitam
5. Sesak nafas apabila melakukan aktiviti fizikal
6. Kulit pucat atau kekuningan
7. Kadar denyutan jantung yang cepat
8. Penafasan yang cepat
9. Tekanan darah rendah




Komplikasi

Jika tidak dirawat ia boleh menyebabkan


  1. Fungsi jantung menjadi lemah dan mengakibatkan serangan jantung
  2. Pertumbuhan janin akan terencat dan melahirkan anak pramatang jika masalah ni berlaku semasa mengandung

Rawatan

Pemeriksaan hemoglobin boleh dilakukan di klinik berhampiran sekiranya anda memiliki tanda-tanda Anemia.

Rawatan khusus perlu dilakukan jika ia disebabkan oleh masalah perubatan seperti talasemia, leukemia atau pendarahan.

Jika ia disebabkan oleh kekurangan zat besi, anda perlu mengambil makanan seimbang yang mengandungi zat besi yang tinggi dan makanan tambahan zat besi.

Pengambilan makanan tambahan zat besi perlu di ambil bersama dengan Vitamin C untuk membantu penyerapan.

Vitamin C promotes the absorption of iron from foods and is recognized as a protective antioxidant nutrient that helps neutralize free radicals that can cause cellular damage.3,4
Sumber

Makanan tambahan untuk membantu masalah anemia adalah zat besi. Vitamin B12 dan Vitamin C untuk penyerapan zat besi. Shaklee menawarkan set Anemia seperti berikut:


Vita-Lea Iron Formula mengandungi zat besi untuk menghasilkan hemoglobin yang merupakan protein dalam sel darah merah yang berfungsi membawa oksigen daripada paru-paru ke seluruh badan ibu dan bayi.

Sustained Release Vita-C Plus megandungi vitamin C yang membantu tubuh badan menyerap lebih banyak zat besi dengan lebih baik.

B-Complex mengandungi asid folik dan vitamin B12 untuk menghasilkan sel-sel baru, termasuklah sel darah merah.


Klik Gambar untuk Order Set Anemia


Jimat 20% daripada harga runcit dengan mendaftar sebagai ahli/pengedar sah Shaklee.


*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
COD: Sungai Buloh, Bandar Seri Coalfields, Puncak Alam, Ijok
*****************************************************************************************


Ref:

1. Food and Nutrition Board, Institute of Medicine. Vitamin C. Dietary Reference Intakes for Vitamin C, Vitamin E, Selenium, and Carotenoids. Washington D.C.: National Academy Press; 2000: 95-186. (pp. 103)

2. Higdon, J. Vitamin C. Linus Pauling Institute, Oregon State University. 2000. (Reviewed by Michels, AJ in 2013) (Function)



Tuesday, February 14, 2017

Masalah Susu Kurang Setelah Melahirkan


Jawapan klise dalam kalangan sesetengah wanita yang baru bergelar mommy.




“Kenapa tak bagi susu badan kat anak?”


“Oh sebab susu saya dah kurang. Baby menangis je macam tak puas minum. Tu yang saya bagi susu botol,” jawab si mommy.


Mungkin mommy langsung tidak mempunyai info tentang penyusuan susu ibu atau mungkinmalas hendak bersusah payah menyusukan anaknya dengan susu ibu. Persoalannya, susah ke menyusukan anak?




Bagi saya, sepatutnya sebaik disahkan mengandung, bakal mommy perlu mempersiapkan diri untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Ada sesetengah mommy beranggapan hanya mommy bertuah sahaja mempunyai kuantiti susu yang cukup untuk menyusukan Si Manjanya. Benarkah?


Tanggapan berikut adalah kerana tiada susu yang mengalir keluar dari puting payudara sedangkan Si Manja menangis tanpa henti kerana kelaparan. Dek kerana tidak tahan mendengar rengekan dan tangisan Si Manja, mommy terus menyumbat susu formula ke dalam mulut bayi. Lebih mudah katanya.


Mommy perlu tahu bahawa penyusuan susu ibu bukan suatu proses semula jadi sebaliknya ia memerlukan mommy terus belajar, belajar dan belajar. Mommy perlu mempraktikkan rutin yang boleh merangsang penghasilan susu ibu bagi memenuhi keperluan Si Manja yang baru dilahirkan.


Penyusuan susu ibu pada jam pertama selepas melahirkan adalah sangat penting. Kolostrum adalah sangat penting untuk membina antibodi Si Manja. Sudah tentu pada saat ini susu tidak keluar memancut-mancut. Jangan risau bila orang lain cakap tiada susu kerana yang penting anda terus memberi bayi susu dengan kerap kerana ia membantu merangsang tubuh menghasilkan susu. Banyak atau tidak susu ibu banyak dipengaruhi oleh keperluan bayi.


Semakin kerap mengosongkan payu dara sama ada dengan menyusukan atau mengepam, anda telah membantu untuk menghasilkan lebih banyak susu. Lebih baik terus menggalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap. Sebaiknya susukan Si Manja setiap 2 jam sekali bagi merangsang penghasilan susu. Ingatlah bahawa bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan. Bayi baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Tetapi ada juga bayi yang menyusu lebih daripada jumlah tersebut.


Formulanya mudah sahaja, semakin kerap bayi menyusu. Oleh itu semakin mudah payudara kosong, maka semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan hanya dengan mengaplikasikan pengosongan payudara dengan kerap.



Baca juga : Tips Jayakan Penyusuan

Juga : Rahsia menyusu pada bulan pertama

Masih perlukan milk booster?

Ini set cadangan yang terbaik untuk Mommy yang mengalami masalah penyusuan. Set ini merupakan set pertama yang saya ambil ketika mengalami masalah "SUSU TAK ADA". Apa taknya, hasil pam tak sampai pun 0.5oz setelah pelbagai tips diusahakan. Saya menyerah kalah dengan mencuba Set Penyusuan Shaklee. Setelah 5 tahun berlalu, saya masih terus mengamalkan set ini sehingga hari ini.

1. Vita-Lea Shaklee

Vitalea dilengkapi dengan kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan badan bagi kegunaan tubuh untuk Mommy sihat, ceria dan susu yang berkhasiat.

Sebotol ni mempunyai 120 biji dan tahan 4bulan. Sehari makan sebiji sudah memadai. Suami pun boleh consume sekali.
Antara khasiatnya ialah menjadikan badan lebih cergas bertenaga dengan penghasilan sel darah merah.

Kenapa pentingnya vitalea ni? B complex, Zat besi dan kuprum dalam vitalea membekalkan badan bahan mentah untuk sel darah merah yang berkualiti.

2. B-Complex Shaklee

Ingat lagi rahsia penyusuan susu ibu yang berjaya? Kawal stress kan?
Dengan adanya B complex ini Mommy secara tidak langsung akan boleh kawal stress. 

Bcomplex sangat bagus untuk mengawal tekanan, menambahkan selera makan (perlukan makanan yang sihat untuk kualiti susu yang terbaik) dan membantu penghasilan sel darah merah. Vitamin ni juga membantu pembebasan tenaga dari makanan.

Kebaikan vitamin B Complex ini penting diambil oleh ibu bapa dari saat merancang kehamilan lagi untuk merendahkan risiko kecacatan sistem saraf. Amat bagus sekali.

Dalam sebotol ni ada 120 biji juga. Tahan 4bulan. Harga sangat berpatutan.

3. Sustain Release Vitamin C

Vitamin C membantu menguatkan daya tahan badan melawan penyakit.

Bukan setakat badan Mommy je, tetapi badan anak juga kerana Vitamin C disalurkan melalui susu ibu. Vitamin C juga bagus untuk kesihatan gusi dan gigi. Kurang vitamin c akan menyebabkan gusi berdarah.

Dengan pengambilan vitaminC secara konsisten, Mommy boleh challenge juga pada mereka yang consume kollagen untuk kecantikan. Sebabnya vitamin C membantu mengikat kolagen bawah kulit kita.

Vitalea(multivitamin) adalah terbaik jika di ambil bersama Vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan masalah Anemia.

4. Energizing Soy Protein ESP

Terlalu banyak kebaikan dan manfaat ESP dalam set penyusuan Shaklee ini. 
Protein diperlukan untuk membina sel, muscle, hormon dan kulit yang sihat untuk Mommy dan Si Manja. Ia juga mampu merangsang pengeluaran susu ibu kerana komposisi tertinggi dalam susu ibu adalah protein. 

Dek kerana Mommy menyusu kerap berasa lapar, dengan pengambilan 3 scoop mommy akan berasa kenyang yang lebih lama dan BONUS untuk penurunan berat badan. Jika mommy berasa lapar, saya nasihatkan minum secawan air kosong suam. Mommy perlu ingat, ketika menyusui Si Manja, Mommy tidak digalakkan untuk skip waktu meal ya.

5. Alfalfa Complex

Shaklee Alfalfa adalah produk signature dari Shaklee, ia telah dibangunkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1950.
Digelar sebagai bapa segala tumbuhan kerana kaya dengan sumber nutient dan mineral.

Zaman beribu tahun dahulu memang alfalfa merupakan herba yang sangat dikenali untuk meningkatkan susu ibu. Alfalfa mengandungi kalsium yang tinggi untuk stimulate penghasilan susu dan kaya dengan nutrient dan mineral lain untuk penghasilan susu.

Selain itu juga, alfalfa membantu badan kita mencuci darah, buah pinggang dan usus kecil untuk menghindarkan diri dari toksin penyebab penyakit.

Untuk wanita, ia juga dikatakan sebagai kacip fatimah setanding dengan jamu traditional juga, mambu membantu pada wanita yang memilik masalah keputihan dan kegatalan.

6. Ostematrix Shaklee

Menyusu adalah satu dari empat faktor kemerosotan kalsium pada tulang. Seperti yang semua tahu, kemerosotan kalsium pada tulang boleh menyebabkan osteoporosis dan maut. Ia merupakan pembunuh dalam senyap atau silent killer.

Ostematrix menepati ciri-ciri kalsium terbaik untuk diambil kerana ia mengandungi Magnesium yang membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang. Kandungan Magnesium dalam Ostematrix Shaklee adalah berkadaran 2 nisbah 1 (French scientist Jean Durlach)

Kandungan Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk kekuatan kerangkan tulang.
Boron membantu dalam proses metabolisma tulang.
Mangan, kuprum dan zink mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Ostematrix shaklee adalah kalsium citrate yang mana ia melarut di dalam air dan tidak membebankan buah pinggang anda.


*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
*****************************************************************************************
#CoachSusuBerkualiti








Sunday, January 31, 2016

Vita-Lea® Iron Formula

Multivitamin dan Multimineral
1 kotak terdapat 120 tablet.

Kepelbagaian Khasiat

Vita-Lea®, salah satu suplemen paling seimbang dengan khasiat yang lengkap, dirumus khas untuk membekalkan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Pengambilan harian Vita-Lea®

  • Menggalakkan kecergasan dan kesihatan keseluruhan tubuh
  • Menguatkan tulang dan sistem imun
  • Melindungi tubuh daripada radikal bebas

KKLIU: 2599/2014
* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.