Keindahan Susu Anugerah Allah

Menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label alfalfa. Show all posts
Showing posts with label alfalfa. Show all posts

Tuesday, February 14, 2017

Masalah Susu Kurang Setelah Melahirkan


Jawapan klise dalam kalangan sesetengah wanita yang baru bergelar mommy.




“Kenapa tak bagi susu badan kat anak?”


“Oh sebab susu saya dah kurang. Baby menangis je macam tak puas minum. Tu yang saya bagi susu botol,” jawab si mommy.


Mungkin mommy langsung tidak mempunyai info tentang penyusuan susu ibu atau mungkinmalas hendak bersusah payah menyusukan anaknya dengan susu ibu. Persoalannya, susah ke menyusukan anak?




Bagi saya, sepatutnya sebaik disahkan mengandung, bakal mommy perlu mempersiapkan diri untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan. Ada sesetengah mommy beranggapan hanya mommy bertuah sahaja mempunyai kuantiti susu yang cukup untuk menyusukan Si Manjanya. Benarkah?


Tanggapan berikut adalah kerana tiada susu yang mengalir keluar dari puting payudara sedangkan Si Manja menangis tanpa henti kerana kelaparan. Dek kerana tidak tahan mendengar rengekan dan tangisan Si Manja, mommy terus menyumbat susu formula ke dalam mulut bayi. Lebih mudah katanya.


Mommy perlu tahu bahawa penyusuan susu ibu bukan suatu proses semula jadi sebaliknya ia memerlukan mommy terus belajar, belajar dan belajar. Mommy perlu mempraktikkan rutin yang boleh merangsang penghasilan susu ibu bagi memenuhi keperluan Si Manja yang baru dilahirkan.


Penyusuan susu ibu pada jam pertama selepas melahirkan adalah sangat penting. Kolostrum adalah sangat penting untuk membina antibodi Si Manja. Sudah tentu pada saat ini susu tidak keluar memancut-mancut. Jangan risau bila orang lain cakap tiada susu kerana yang penting anda terus memberi bayi susu dengan kerap kerana ia membantu merangsang tubuh menghasilkan susu. Banyak atau tidak susu ibu banyak dipengaruhi oleh keperluan bayi.


Semakin kerap mengosongkan payu dara sama ada dengan menyusukan atau mengepam, anda telah membantu untuk menghasilkan lebih banyak susu. Lebih baik terus menggalakkan bayi menyusu dengan lebih kerap. Sebaiknya susukan Si Manja setiap 2 jam sekali bagi merangsang penghasilan susu. Ingatlah bahawa bekalan susu ibu akan berkurangan apabila bayi kurang disusukan. Bayi baru lahir perlu menyusu sekurang-kurangnya 10 hingga 12 kali dalam tempoh 24 jam. Tetapi ada juga bayi yang menyusu lebih daripada jumlah tersebut.


Formulanya mudah sahaja, semakin kerap bayi menyusu. Oleh itu semakin mudah payudara kosong, maka semakin banyak susu ibu dapat dihasilkan hanya dengan mengaplikasikan pengosongan payudara dengan kerap.



Baca juga : Tips Jayakan Penyusuan

Juga : Rahsia menyusu pada bulan pertama

Masih perlukan milk booster?

Ini set cadangan yang terbaik untuk Mommy yang mengalami masalah penyusuan. Set ini merupakan set pertama yang saya ambil ketika mengalami masalah "SUSU TAK ADA". Apa taknya, hasil pam tak sampai pun 0.5oz setelah pelbagai tips diusahakan. Saya menyerah kalah dengan mencuba Set Penyusuan Shaklee. Setelah 5 tahun berlalu, saya masih terus mengamalkan set ini sehingga hari ini.

1. Vita-Lea Shaklee

Vitalea dilengkapi dengan kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan badan bagi kegunaan tubuh untuk Mommy sihat, ceria dan susu yang berkhasiat.

Sebotol ni mempunyai 120 biji dan tahan 4bulan. Sehari makan sebiji sudah memadai. Suami pun boleh consume sekali.
Antara khasiatnya ialah menjadikan badan lebih cergas bertenaga dengan penghasilan sel darah merah.

Kenapa pentingnya vitalea ni? B complex, Zat besi dan kuprum dalam vitalea membekalkan badan bahan mentah untuk sel darah merah yang berkualiti.

2. B-Complex Shaklee

Ingat lagi rahsia penyusuan susu ibu yang berjaya? Kawal stress kan?
Dengan adanya B complex ini Mommy secara tidak langsung akan boleh kawal stress. 

Bcomplex sangat bagus untuk mengawal tekanan, menambahkan selera makan (perlukan makanan yang sihat untuk kualiti susu yang terbaik) dan membantu penghasilan sel darah merah. Vitamin ni juga membantu pembebasan tenaga dari makanan.

Kebaikan vitamin B Complex ini penting diambil oleh ibu bapa dari saat merancang kehamilan lagi untuk merendahkan risiko kecacatan sistem saraf. Amat bagus sekali.

Dalam sebotol ni ada 120 biji juga. Tahan 4bulan. Harga sangat berpatutan.

3. Sustain Release Vitamin C

Vitamin C membantu menguatkan daya tahan badan melawan penyakit.

Bukan setakat badan Mommy je, tetapi badan anak juga kerana Vitamin C disalurkan melalui susu ibu. Vitamin C juga bagus untuk kesihatan gusi dan gigi. Kurang vitamin c akan menyebabkan gusi berdarah.

Dengan pengambilan vitaminC secara konsisten, Mommy boleh challenge juga pada mereka yang consume kollagen untuk kecantikan. Sebabnya vitamin C membantu mengikat kolagen bawah kulit kita.

Vitalea(multivitamin) adalah terbaik jika di ambil bersama Vitamin C kerana ia membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan masalah Anemia.

4. Energizing Soy Protein ESP

Terlalu banyak kebaikan dan manfaat ESP dalam set penyusuan Shaklee ini. 
Protein diperlukan untuk membina sel, muscle, hormon dan kulit yang sihat untuk Mommy dan Si Manja. Ia juga mampu merangsang pengeluaran susu ibu kerana komposisi tertinggi dalam susu ibu adalah protein. 

Dek kerana Mommy menyusu kerap berasa lapar, dengan pengambilan 3 scoop mommy akan berasa kenyang yang lebih lama dan BONUS untuk penurunan berat badan. Jika mommy berasa lapar, saya nasihatkan minum secawan air kosong suam. Mommy perlu ingat, ketika menyusui Si Manja, Mommy tidak digalakkan untuk skip waktu meal ya.

5. Alfalfa Complex

Shaklee Alfalfa adalah produk signature dari Shaklee, ia telah dibangunkan oleh Dr. Forrest C. Shaklee pada tahun 1950.
Digelar sebagai bapa segala tumbuhan kerana kaya dengan sumber nutient dan mineral.

Zaman beribu tahun dahulu memang alfalfa merupakan herba yang sangat dikenali untuk meningkatkan susu ibu. Alfalfa mengandungi kalsium yang tinggi untuk stimulate penghasilan susu dan kaya dengan nutrient dan mineral lain untuk penghasilan susu.

Selain itu juga, alfalfa membantu badan kita mencuci darah, buah pinggang dan usus kecil untuk menghindarkan diri dari toksin penyebab penyakit.

Untuk wanita, ia juga dikatakan sebagai kacip fatimah setanding dengan jamu traditional juga, mambu membantu pada wanita yang memilik masalah keputihan dan kegatalan.

6. Ostematrix Shaklee

Menyusu adalah satu dari empat faktor kemerosotan kalsium pada tulang. Seperti yang semua tahu, kemerosotan kalsium pada tulang boleh menyebabkan osteoporosis dan maut. Ia merupakan pembunuh dalam senyap atau silent killer.

Ostematrix menepati ciri-ciri kalsium terbaik untuk diambil kerana ia mengandungi Magnesium yang membantu mengasimilasikan kalsium ke dalam tulang. Kandungan Magnesium dalam Ostematrix Shaklee adalah berkadaran 2 nisbah 1 (French scientist Jean Durlach)

Kandungan Vitamin D membantu penyerapan kalsium dan fosforus untuk kekuatan kerangkan tulang.
Boron membantu dalam proses metabolisma tulang.
Mangan, kuprum dan zink mengaktifkan enzim yang membantu dalam pembinaan kepadatan tulang.

Ostematrix shaklee adalah kalsium citrate yang mana ia melarut di dalam air dan tidak membebankan buah pinggang anda.


*****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
*****************************************************************************************
#CoachSusuBerkualiti








Thursday, August 25, 2016

Batu Buah Pinggang Kerana Asid Urik Tinggi Dalam Badan

Assalamualaikum...
Selamat petang...
Asid urik?
Siapa faham tentang asid urik? boleh share diruang komen ya.

Sekadar berkongsi secara ringkas tentangnya...

Asid urik tinggi atau dikenali sebagai Hyperuricemia boleh berlaku disebabkan oleh tubuh badan tidak dapat membuang lebihan asid urik atau penghasilan asid urik ni melebihi keperluan yang sepatutnya. Asid urik adalah hasil terakhir oksidasi dan disingkirkan melalui urin.
"Manusia, kira-kira 70% dari buangan asid urik berlaku memalui buah pinggang, dan hanya 5-25% sahaja yang mengalami kegagalan buah pinggang untuk menjalankan proses perkumuhan hyperuricemia"

Bacaam normal asid urik adalah di antara 2mg/dl ke 4mg/dl. Andai bacaan lebih dari ini anda perlu ambil perhatian manakala jika bacaan melebihi 7mg/dl untuk lelaki dan 6mg/dl untuk wanita anda perlu menerima rawatan selanjutnya.

Bagaimana asid urik terbentuk dan apakah sumber asid urik?


Asid urik adalah sejenis kimia yang dihasilkan oleh tubuh badan kita ketika memproses dan memetabolismakan makanan yang megandungi purine.

Purin boleh didapati pada ikan bilis, hati, daging lembu,ayam dan makanan laut. Purin juga terkandung di dalam sayuran seperti asparagus, kobis bunga, bayam, cendawan, kekacang hijau, oatmeal, dan bijian gandum.

Tinggi asid urik dalam darah boleh menjadi punca beberapa gejala seperti berikut; pembengkakan sendi-sendi dan juga kegagalan fungsi buah pinggang.

Kegagalan Buah Pinggang: Antara tanda buah pinggang tidak berfungsi dengan baik adalah seperti kurang kencing, sesak nafas, bengkak bahagian kaki, pening dan sakit kepala.

Batu Buah Pinggang: Kejadian batu dalam buah pinggang atau digelar sebagai "kidney stones" ini tidak diketahui sehingga timbul gejala kencing terlalu sakit, kencing berdarah, rasa loya yang teruk dan muntah-muntah. Kandungan batu dalam buah pinggang merupakan komposisi yang sama dengan asid urik.
Batu Buah Pinggang
                                         

Cadangan Makanan Tambahan untuk Asid Urik Tinggi

Omega Guard

Penghidap asid urik tinggi boleh mengambil minyak ikan yang kaya dengan EPA dan DHA, paling sedikit 2,000mg sehari. Pilih la minyak ikan yang tulen dan rendah kandungan purin. Minyak ikan ini biasanya melalui beberapa peringkat penyulingan. Saya sarankan Omega Guard Shaklee untuk anda kerana Omega Guard melalui penyulingan bertekanan tinggi proprietari 3 molekul untuk mengekstrak fatty asid omega-3 paling tulen dan asli.

Untuk pengetahuan, sebiji Omega Guard mengandungi 905mg EPA dan DHA.

Penyulingan berperingkat ini mampu menyingkirkan bahan-bahan seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin dan polychlorinated biphenyl(PCB-sejenis kimia industri yang sangat toksik).

Omega Guard diekstrak daripada ikan air laut sejuk (ikan sardin, ikan bilis, ikan kembung dan ikan herring) diperairan negara jepun. Ia tidak diambil dari minyak hati ikan kerana kandungan purinnya yang tinggi.

                                                 
Alfalfa Complex

Alfalfa dikatakan sebagai "The Father of Food" kerana kaya dengan minerals, asid amino penting dan pelbagai nutrient seperti phosphorous, calcium, magnesium, potassium dan carotene yang sangat bagus untuk buah pinggang. Kesemua mineral dari alfalfa ini adalah bahan yang menggalakkan penghasilan air kencing(urin) yang dikenali sebagai diuretic. Maka, mineral-mineral ini boleh membantu membuang dan mengeluarkan pengumpulan cecair di dalam otot sendi dan tisu.

Alfalfa juga dikatakan sumber terbaik vitamin A, B1, B6, B8, B12, C, D dan E. Alfalfa kaya dengan protein berbanding tumbuhan lain dan juga merupakan antioksidan, anti radang menjadikan ia vitamin terbaik untuk gout.

                                              

                        


Omega Guard dan Alfalfa adalah 2 makanan tambahan terbaik yang disarankan untuk pesakit tinggi asid urik seperti batu buah pinggang dan gout.

.
.

Jika anda atau saudara mara pernah mengalami masalah ini, meh la share di ruang komen.
TQ in advance sudi membaca dan menonton video ini.
.
.

Untuk konsultasi percuma dan cadangan makanan tambahan terbaik boleh hubungi saya 

Trusted Shaklee Independent Distributor

Noor Aziana Mohd Salleh(908133)

012-3687395








Sunday, January 31, 2016

Alfalfa Complex

Nutrisi Anugerah Alam
Alfalfa Complex boleh didapati antara botol bersaiz kecil (330 tablet), dan bersaiz besar (700 tablet).

Alfalfa merupakan pusat pegumpulan segala nutrien. Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam 6 meter ke bawah mampu menyerap nutrien

dan mineral daripada tanah, manakala daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis.

Alfalfa Complex merupakan Shaklee Signature Formula yang pada asalnya dibangunkankan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950-an. Kami hanya menggunakan alfalfa berkualiti tinggi yang ditanam di California bagi produk ini bagi memastikan sumber bahan mentah yang kaya dengan pelbagai nutrien termasuk kalsium, fosforus, zat besi dan magnesium di samping klorofil, bioflavonoid, mineral surih dan vitamin.
  • Alfalfa daripada sumber semula jadi
  • Setiap sajian membekalkan 300mg kalsium, iaitu bersamaan dengan satu gelas susu

Alfalfa. Sumber semula jadi pigmen klorofil, vitamin dan mineral surih. Segalanya tersedia di dalam Alfalfa Complex.

KKLIU: 2601/2014

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnosis, merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.


Tuesday, December 2, 2014

Urutan membantu "Let Down Reflexs"

Assalamualaikum...

Anak semakin hari semakin membesar, tetapi hasil perahan susu semakin hari semakin sedikit. Bingung. Orang kata kerana anak sudah mula makan. Benarkah? Bagi membantu menyelesaikan masalah ibu, sedikit tips saya kongsikan. 

**********************


Semasa anda menyusukan bayi, rangsangan di aerola menyebabkan saraf di sekitar puting menghantar isyarat ke otak. Kelenjar pitutari merembeskan hormon oksitosin melalui pembuluh darah menyebabkan otot di sekeliling kelenjar susu mengecut dan mengalirkan susu ke saluran susu.
Inilah yang dinamakan Let Down Reflex.

Ibu akan merasa seperti nyeri/ jejarum (painful) di payudara semasa menyusukan ataupun mengepam dan susu memancut keluar dengan banyak (dapat dilihat semasa mengepam).

Bagi ibu yang baru melahirkan, mereka perlu melatih menyusukan bayi secara terus (Direct Feeding -DF) diminggu minggu awal sehingga mendapatkan Let Down Reflex yang baik.
Susu akan mengalir dari payudara yang tidak ‘diminum’ oleh bayi semasa Let Down Reflex berlaku.
Let Down Refleks juga berlaku semasa anda mendengar bayi mula menangis.


Fungsi Let Down Refleks:
- Memastikan breast dikosongkan sepenuhnya
- Baca mengenai kepentingan mengosongkan breast
- Memastikan pengaliran susu yang lancar kepada bayi anda


Poor Let Down Refleks menyebabkan:
- Payudara tidak dikosongkan sepenuhnya dan ia boleh membawa kepada masalah lain seperti kebengkakkan dan mastitis.
- Bayi tidak ‘seronok’ menyusu.
- Ibu tension menyusukan kerana merasakan bayi menolak payudara ibu.
- Pemberian Susu Formula.


Terdapat beberapa keadaan yang menyebabkan Poor Let Down Refleks, antaranya:

- Nipple Cracked dan ibu dalam kesakitan dan takut utk menyusukan
- Stress, gelisah dan tertekan contohnya jika terpaksa terkejar2 mencuri masa utk mengepam
- Jauh dari bayi contohnya jika bayi di warded di hospital dan ibu terpaksa menggunakan pam utk mengepam susu
- Pembedahan mengecilkan/membesarkan payudara yang pernah dilakukan telah merubah sebarang saraf yang normal untuk puting


Cara Melancarkan Pengaliran Susu dan mendapatkan Let Down:
- Bertenang, pasangkan muzik yang anda gemari.
- Mengepam/Menyusukan bayi anda di dalam keadaan yang selesa, sunyi dan tempat yang anda biasa.
- Banyakkan sentuhan kulit ke kulit dengan bayi anda ketika tidak menyusukan.
- Urut payudara anda dalam bentuk bulatan secara lembut selama seminit (Jangan tekan dengan terlalu kuat)
- Letakkan tuala lembab yang direndam dengan air suam pada breast atau mandi air suam sebelum menyusukan/mengepam.
- Urutan belakang untuk menggalakkan pengeluaran susu (Suami anda boleh melakukannya!)


Jika anda mengepam semasa bekerja, bawa gambar bayi anda didalam beg mengepam. Minum air dengan banyak dan teruskan pengambilan vitamin semasa mengandung. Makan makanan berkhasiat, anda tidak akan gemuk semasa breastfeeding. Anda membakar 600 kalori sehari (iaitu lebih daripada apa yang anda perlu utk mengekalkan berat sebelum mengandung.
sumber

alfalfa- penggalak susu terbaik, terhebat, paling selamat

***************************
Hubungi saya: 
Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor 
 Shaklee ID - 908133
 Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran