Keindahan Susu Anugerah Allah

Menyusu anak bukan satu beban tapi satu kenikmatan. Indahnya perasaan ibu tatkala dapat menatap si permata hati dalam pelukan. Bertasbih dan mensyukuri kehadirannya. Bercakap-cakap dan mengajar anak tersebut tentang Pencipta mata, hidung dan telinganya.

This is default featured slide 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured slide 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Showing posts with label pemakanan. Show all posts
Showing posts with label pemakanan. Show all posts

Monday, January 19, 2015

Perubahan hormon ketika mengandung


"Minum air gula? Apa rasanya. Manis tak? Berapa gelas perlu diminum?"


Ini antara reaksi ibu hamil kali pertama apabila diminta menjalani prosedur minum air gula atau saintifiknya toleransi glukosa oral (OGTT) bagi mengesan kehadiran diabetes gestasi. Ada yang menerimanya dengan tenang, ada pula berdebar-debar, bimbang sekiranya mereka tergolong dalam kumpulan ibu hamil diabetes.


Disebabkan peningkatan ibu hamil diabetes yang tinggi, ujian ini wajib dijalankan seawal minggu ke-24 sehingga ke-28 terutama mereka yang mempunyai sejarah diabetes dalam keluarga serta pernah mempunyai diabetes.


Wanita disarankan berpuasa sebelum ujian dijalankan dan selepas dua jam minum air gula, ujian gula darah akan diambil. Bacaan gula semasa puasa perlu kurang daripada 5.6 mmol/liter dan 7.8 mmol/liter. Jika bacaan ujian OGTT lebih tinggi daripada yang disarankan, pesakit perlu dirujuk kepada pakar pemakanan bagi mendapatkan nasihat pemakanan.
Menurut Pakar Dietetik Hospital Pusrawi Kuala Lumpur, Norhaslinda Jefrezen, kebiasaannya setiap wanita mengandung akan menjalani ujian diagnosis OGTT untuk mengenal pasti keadaan mereka.

Diabetes gestasi berlaku kerana perubahan hormon di dalam badan akibat kehamilan. Hormon insulin yang berfungsi untuk mengawal paras gula tidak dapat dihasilkan secukupnya oleh pankreas semasa mengandung. Ini mengakibatkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan akan meningkat.
"Pada masa sama, hormon yang dihasilkan uri bayi bagi tujuan tumbesaran turut menghalang badan si ibu menggunakan hormon insulin dengan cekap. Namun begitu, anda seharusnya tidak perlu terlalu risau sekiranya disahkan menghidap diabetes gestasi kerana ia bukanlah sesuatu yang luar biasa. Dua hingga 14 peratus ibu hamil diserang penyakit ini. Diabetes gestasi berbeza dengan diabetes jenis 1 dan 2 kerana kebiasaannya paras gula dalam darah akan kembali normal selepas bersalin," katanya.

Biasanya diabetes gestasi dihidapi mereka yang memiliki indeks jisim badan (BMI) melebihi 30, pernah melahirkan bayi yang besar dengan berat empat kilogram atau lebih, pernah menghidap diabetes gestasi atau mempunyai sejarah keluarga diabetes (ibu atau bapa, datuk atau adik-beradik).
Walaupun ia tidak bahaya, penting bagi ibu hamil mengamalkan langkah penjagaan kesihatan yang optimum. Ini kerana sekiranya ibu tidak mengambil langkah pengawalan iaitu pengambilan makanan sihat dan seimbang, ia mampu memberikan kesan negatif kepada bayi dalam kandungan terutama apabila paras gula dalam darah terlalu tinggi.

"Gula yang banyak di dalam darah akan merentasi plasenta ke bayi dalam kandungan. Akibatnya, saiz bayi akan menjadi terlalu besar kerana menerima bekalan gula yang banyak. Bayi yang besar menyukarkan proses kelahiran, dikhuatiri pembedahan Caesarean terpaksa dilakukan. Bayi ini juga cenderung mendapat obesiti dan diabetes jenis 2 apabila mereka dewasa nanti manakala ibu dikhuatiri mendapat diabetes mellitus jenis 2 yang kronik sekiranya tiada langkah pencegahan awal ketika hamil," jelasnya.

-Jaga pemakanan ketika hamil
Kebanyakan ibu hamil berpendapat, mereka perlu makan dua kali ganda untuk ibu dan anak. Oleh itu mereka makan apa saja tanpa memikirkan ia boleh mendatangkan kesan negatif pada kedua-duanya. Langkah terbaik untuk merawat dan mencegah diabetes sudah tentu dengan mengubah cara pemakanan dengan lebih sihat. Antaranya:


-Makan ikut piramid makanan
Setiap orang memerlukan nutrisi berbeza mengikut keperluan badan seseorang. Oleh itu, pengambilan karbohidrat, protein dan vitamin harus mengikut kadar sajian yang ditetapkan. Sebenarnya sajian yang disarankan tidak jauh berbeza antara sebelum dan selepas mengandung.
Misalnya, ibu mengandung disarankan mengambil 1,800 sehingga 2,000 kalori meliputi sajian sarapan, tengah hari dan malam termasuk tiga kali snek ai antara waktu makan utama.
Menu sarapan: 3 keping roti, 1 biji telur rebus, 1 cawan salad, 1 gelas susu rendah lemak.
Tengah hari: 1 cawan nasi putih, 1 ketul ayam masak merah, ÃŽ cawan sayur, 1 potong tembikai dan air masak.
Malam: 1 cawan nasi putih, 1 ekor ikan bawal kukus, ÃŽ cawan sayur goreng, 1 biji oren dan air masak.


-Makan mengikut waktunya
Ketika mengandung, ibu sentiasa berada dalam keadaan lapar. Oleh itu, agihkan jumlah makanan sehari kepada tiga kali waktu makan utama (sarapan, makan tengah hari, makan malam) dan dua atau tiga kali makanan ringan. Perlu diketahui makan terlalu banyak dalam satu masa boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan mendadak. Sebaiknya, amalkan snek seperti roti gandum penuh, buah atau salad di antara waktu makan utama (contoh: minum pagi dan minum petang) bagi memastikan anda tidak terlalu lapar, kemudian makan dengan banyak semasa waktu makan utama.


-Kurangkan makanan berkanji atau karbohidrat
Ibu hamil perlu mengurangkan pengambilan karbohidrat yang diperoleh daripada nasi dan roti. Cuba amalkan dua hingga tiga sudu sehari atau dua keping roti. Sebaliknya, banyakkan sayur-sayuran kerana serat boleh menjadikan anda kenyang lebih cepat dan lama.
Makanan berkanji seperti nasi, mi, roti atau kuih-muih berasaskan tepung gandum akan bertukar menjadi gula apabila diproses dalam badan. Sekiranya anda terlalu banyak memakan makanan berasaskan kanji, ia mampu meningkatkan gula dalam darah dengan mendadak.
Sebaliknya, pilih nasi perang dan roti gandum penuh yang termasuk dalam kumpulan makanan kanji kompleks. Makanan ini mengambil masa untuk diproses menjadi gula. Justeru, ia mampu menstabilkan kadar gula dalam darah daripada naik mendadak.


-Pilih snek yang betul
Oleh kerana ibu berada dalam keadaan lapar, pemilihan snek haruslah tepat. Elakkan makanan seperti keropok, coklat, kek dan semua jenis asam dan jeruk di antara waktu makan, sebaliknya ganti dengan salad, buah-buahan, kekacang atau badam kerana ia lebih menyihatkan.


-Minum susu hanya satu gelas pada satu masa
Pengambilan susu untuk ibu hamil sangat diperlukan kerana ia penting untuk perkembangan bayi dan kalsium ibu. Ada ibu yang tidak mengehadkan jumlah susu. Perlu diingat susu juga mengandungi karbohidrat. Oleh itu, minum terlalu banyak pada satu masa boleh meningkatkan kadar gula dalam darah dengan cepat.


-Hadkan pengambilan buah
Ramai ibu beranggapan buah-buahan boleh diambil pada bila-bila masa. Walaupun tergolong dalam makanan berkhasiat, buah juga mempunyai gula yang tinggi. Anda dinasihatkan mengambil satu hingga tiga sajian setiap hari.
Satu sajian bermaksud sebiji buah kecil seperti epal, pisang atau oren dan sepotong buah besar seperti tembikai, tembikai susu dan betik, lapan biji anggur, lima biji rambutan dan lapan biji duku.


-Kurangkan makanan manis
Naluri ibu hamil sememangnya berbeza. Mereka boleh makan makanan manis atau masam setiap hari tanpa jemu. Namun perlu diingatkan, manisan seperti kek, kuih, coklat dan pastri kebiasaannya mempunyai kandungan kanji halus yang amat tinggi.
Makanan ini juga tinggi lemak dan rendah khasiat. Sebaliknya, cuba tukar pengambilan kuih-muih misalnya daripada donut kepada apam kukus atau mengurangkan kuantitinya.


-Kurangkan pengambilan air manis dan minuman berkarbonat
Elakkan minuman manis kerana ia menyumbang kepada kenaikan gula dalam darah. Banyakkan minum air kosong. Jika teringin, buat sendiri jus buah-buahan seperti jus epal, oren atau mangga.

-Bersenam

Siapa kata ibu hamil tidak boleh bersenam? Bersenam seperti berjalan kaki, menaiki tangga, berenang atau membuat kerja rumah sekurang-kurangnya 30 minit setiap hari sudah mencukupi bagi melancarkan perjalanan darah.

-Masak sendiri di rumah
Ini salah satu cara mendapatkan makanan sihat setiap hari kerana si ibu mampu mengawal pengambilan garam, gula, minyak dan perisa dalam makanan. Berbeza sekiranya makan di luar kerana anda mungkin terdedah kepada makanan mengandungi garam dan lemak yang tinggi.


-Nasihat doktor
Paling penting, dapatkan nasihat doktor dan pakar pemakanan untuk cadangan pemakanan dan pengambilan ubat yang betul serta bersesuaian dengan kesihatan anda.
sumber




Berat naik 6KG punya pasal la ni..

6 KG dalam SEBULAN


kerana 6KG ummi kene minum air gula..

buat tatapan... jangan terliur... hik hik hik

Ada kekawan cerita dulu... 

Bila minum air gula mesti muntah balik... Bila muntah kene minum balik..

Alamak... ye ke? sampai bila nak ulang minum klu mmg tekak x lalu nak terima...
:
Chop!!
Banyak sangat dengar orang cakap... pastu psiko diri sendiri... hik hik hik... ntah pape kan..
:
Ok..Flash back...6 Januari 2014... kira-kira 3 bulan sebelum melahirkan anak syurga ke2, ummi kene minum air gula ni..Anak sulung dulu mmg x pernah kene minum sebab x pernah berat naik sampai 6KG banyaknya..... (^-^)
:
Memula sampai tu bgtau kat nurse ada appointment.. terus je masuk bilik Dr Zaini.. (cam x sabar plk).. Masuk terus Dr amik darah.. Malam sebelum tu kene puasa tau...tapi dari kul 12 malam je... xd la lapar sgt kot... 


Ini la breakfast ummi pada 6 Januari 2014... rasa SODA ok..."Aziana, ur breakfast" sambil hulur botol ni...

Heboh kot orang kata.. kalau minum air gula ni tak boleh minum/ makan selama 2 jam... betul ke?? test Dr.
Sempat la ummi tanya Dr sebelum keluar bilik... Saya boleh pergi sarapan roti canai kat hujung tu tak Dr? (kat hujung deret klinik ni ada kedai mamak yang kari kambeng die yummeh <----- review dari en Suami)
Apa kata Dr? Awak nak makan or minum after 2 jam ni k.. Kalauu saya minum jugak? up to you.. i x rugi apa2... sambik gelak... Dr ni mmg suka gelak... so pepaham la sendiri ye...heeeeeee
:
Lepas 2 jam kembali ke klinik... harapan?? ummi mmg sure xd kencing manis...(konfiden sangat!) 
ambik darah semua... nanti doktor akan bagi tau thru SMS resultnya... (^-^) canggih!!
:
Dr pesan.. Kurangkan makan nasi dan minum air manis... Memang di akui... tahap nak makan time ni mmg membuak2... over sgtkan.. klu dah mkn nasi 2 pinggan nak mee soto pulak semangkuk..licin.. tak ingat org belakang...

ampun la kalau ada yang ngidam... 

Alhamdulillah.. resultnya bagus2 je... umi boleh sambung melenjan makan sehinggan bersalin... :)
Tip melenjan makan dengan selamat...Click sini