Thursday, June 18, 2015
Salam Ramadhan 1436H
Assalamualaikum semua... :)
Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran
Wednesday, June 17, 2015
Tips Penyusuan di bulan Ramadhan
Assalamualaikum semua…
Ramadhan datang lagi…
InsyaAllah tahun ini kali kedua menemui Ramadhan bergelar
ibu menyusukan. Seorang ibu menyusukan ni semestinya SUPERMOM. Berusaha gigih
dan berjiwa kental. Memang bukan senang tapi tidak mustahil. I’m Possible.
Esok 1 Ramadhan, pastinya ibu2 menyusu sedang gigih membaca,
menambah ilmu di dada untuk memastikan penyusuan berjalan dengan lancar. Ummi
nak kongsikan pengalaman lalu bergelar ibu menyusu dan ibu hamil sarat 9 bulan
berpuasa penuh di bulan Ramadhan. Pengalaman Ummi ni pun dulunya hasil dari
tips di google.
Ibu-ibu perlu bersemangat dan kuat. Harapnya suami-suami
hebat juga membantu isteri dalam berpuasa dan menyusukan ini.
# 1 : NIAT
Paling penting, kena niat dan memohon dari Allah agar di
permudahkan urusan serta niat murni menyusukan bayi. Letakkan segala
pergantungan 100% kepadaNya.
Doa-doa di bawah ini antara contoh doa yang ibu boleh gunakan.
Doa yang spesifik untuk penyusuan di bulan Ramadhan.
“Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku,
Banyakkanlah susuku untuk bayiku di bulan Ramadhan ini , Permudahkanlah
perjalanan untuk menyusukan anakku di bulan Ramadhan ini agar menuruti segala
yang telah Engkau syariatkan”
“Ya Allah Ya Matin, seberapa banyak susu yang akan aku
perolehi puasa hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan disisiMu.
Semoga dengan keberkatan bulan Ramadhan ini, susu yang sedikit menjadi banyak
dan kenyang buat anakku. Amin”
# 2 : MINUM BANYAK
AIR
Walaupun berpuasa, pastikan ibu-ibu tetap minum air sehari
2-3liter seperti biasa. Semua sedia maklumkan pentingnya air buat ibu
menyusukan bayi. So, macam mana nak habiskan 2-3liter dari waktu berbuka hingga
ke waktu sahur biasanya menjadi persoalan.
Boleh cuba cara Ummi ni:
Berbuka minum 500ml, setiap sejam minum lagi 250ml. Pukul 9,
10, 11 mlm dan 12 pagi sebelum tidur. Dah 1750ml air. Waktu sahur top up lagi 1000ml
ke 1250ml. Mudahkan..
# 3 : SAHUR JUGA PENTING
Kuatkan “alarm clock” supaya bangun sahur. Pernah terlewat
bangun, tak sempat makan nasi. Sempat minum air je. Ya Allah belum apa2 dan
mengeletar badan. Makanan waktu sahur ni la yang bekal tenaga untuk kita
sepanjang hari.
Rasulullah berpesan: “Bersahurlah kamu, kerana sesungguhnya
dalan sahur itu terdapat keberkatan.” (Hadis dicatatkan Bukhari dan Muslim)
Dapat sunat, dapat pahala.
# 4 : NASI DAN MAKANAN SEIMBANG
Rata2 ibu-ibu menyusukan ni perlukan NASI. Ummi pun, perlu makan nasi setiap kali berbuka dan bersahur.
Nasi bersama sayur2an sudah cukup buat perut Ummi bahagia. J.So, jangan skip makan
nasi puasa kali ini. Pembekal karbohidrat dan serat ni. Selain tu, kurangkan garam
dan gula dalam masakan ya. Untuk memastikan badan cukup nutrisinya. Kita makan
ikut pyramid makanan Malaysia ye.
KURMA juga terbukti
memberi tenaga dengan cepat dan berpanjangan sepanjang hari. Amalkan makan
kurma 3 atau 5 biji semasa berbuka dan bersahur sangat membantu ibu-ibu
menyusukan bayi.
# 5 : DIRECT FEEDING DAN PAM
Bagi yang tidak bekerja, susukan bayi anda sekerapnya untuk
memastikan kelancaran penghasilan susu baru.
Bagi yng berkerja seperti Ummi, perlu pam ikut jadual
seperti biasa di tempat kerja. Sebaiknya “power pumping(PP)” sebelum tido
malam. Ummi biasanya PP selepas menyusukan anak. Dan, bangun awal sebelum sahur
untuk pam susu.
# 6 : MAKANAN TAMBAHAN
Jika badan terasa letih tahap maksima, itu tanda badan ibu
kurang nutrisi. Untuk memastikan badan kekal bertenaga, mood sentiasa baik dan
hasil tuaian memberangsangkan ambillah makanan tambahan. Tak kisah jenama apa
pun yang penting HALAL & SEMULAJADI!! Pilihan Ummi pastinya Shaklee. :)
# 7 : ZIKIR DAN SENTIASA POSITIF
Amalan zikir Ya Allah Ya Matin, Ya Allah Ya Wahab perlu di
giatkan dan diteruskan. Sentiasa positif dan gembira boleh membantu penghasilan
susu. Kalau stress juga kita makan B-complex lebih, sebab tekanan akan menganggu
produksi susu dan enzim yang berkaitan.
Hubungi saya:
Noor Aziana Mohd Salleh
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 908133
Email: nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
SMS/Whatsapp: 012 3687395
COD: Ijok-Damansara-Shah Alam dan kawasan-kawasan berhampiran