Saturday, February 4, 2017

Tips Berjaya Menyusu : Tingkatkan Hormon Prolaktin Selepas Melahirkan

Assalammualaikum wbt Mommy semua,

Selamat berhujung minggu, cuti-cuti ke mana hari ini?


Hari ini nak share tentang salah satu faktor berkaitan dengan hormon wanita yang boleh membantu memudahkan perjalanan penyusuan Mommy.



Sedia maklum telah mengetahui bahawa hormon prolaktin antara hormon yang berperanan penting dalam penyusuan ibu di samping hormon-hormon utama wanita iaitu estrogen dan progesteron.


Paras prolaktin akan menurun setelah kelahiran kerana pencetusnya telah keluar( plasenta). Bagaimana untuk meningkatkan semula paras prolaktin dalam badan Mommy dan berjaya menyusu seperti yang dirancang?


Hisapan Si Manja merangsang reseptor pada puting dan areola ibu untuk mencetuskan impuls yang akan dibawa oleh sistem saraf ke otak (hipotalamus). Seterusnya merangsang kelenjar pituitari (anterior) merembeskan hormon prolaktin. Hormon prolaktin akan dibawa oleh aliran darah ke payudara. Di payudara, reseptor yang terdapat di sekeliling alveolus akan mengesan kehadiran prolaktin dan seterusnya merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu ibu untuk persediaan penyusuan seterusnya.


Apabila alveolus penuh terisi dengan susu ibu, dinding sel mioepitelia akan mengembang dan menghalang prolaktin sampai ke reseptor di alveolus. Oleh itu apabila reseptor pada dinding alveolus mengesan kekurangan prolaktin, penghasilan susu oleh kelenjar mamari juga akan berkurangan. Sebaliknya apabila alveolus telah dikosongkan (susu telah dikeluarkan/dihisap oleh bayi), sel mioepitelia akan kembali ke bentuk asal dan seterusnya membenarkan prolaktin melaluinya untuk merangsang kelenjar mamari menghasilkan susu semula. Perembesan prolaktin ini dikenali sebagai refleks prolaktin.

Macam tak faham prosesnya?
Nanti ulang lagi baca banyak kali sambil tengok gambar ye..

Menyusu dengan ilmu, Lebih mudah untuk berjaya.

Moga post ini menambah ILMU penyusuan susu ibu Mommy seterusnya berjaya menyusu seperti yg di harapkan.

#BreastfeedingEnjoy
#SyoknyaMenyusuProject
#HMHK


Anda mungkin juga meminati:

  • Lightweight Conditioner1 botol mengandungi isipadu minima 296ml.Melicinkan dan melembapkan rambut tanpa menyebabkannya terlalu melekitMengembalikan elemen struktur agar rambut tampak lebat, berkilat dan sihatMenghilangkan kesan statik agar rambut l… Read More
  • Replenishing Conditioner1 botol mengandungi isipadu minima 237ml.Pelembap yang pekat untuk memastikan agar rambut sentiasa berkilat dan halus selembut suteraMemperbaiki kerosakan pada permukaan rambut dan memperbaiki hujung rambut yang bercabangMeng… Read More
  • Nourishing Scalp Treatment1 botol mengandungi isipadu minima 59ml.Produk teras dalam Sistem Penjagaan Rambut Pro Santé adalah Nourishing Scalp Treatment yang padat dengan formula eksklusif Scalp Health Complex kami.Nourishing Scalp Treatment menangani… Read More
  • Long Lasting Finishing Spray1 botol mengandungi isipadu minima 237ml."Medium hold" atau “ketahanan sederhana” mengekalkan pilihan gaya rambutMemberikan perlindungan UVMerapikan rambut yang kusut, kering dan sukar diurus.… Read More
  • Purifying Shampoo1 botol mengandungi isipadu minima 237ml.Membersih dengan menyeluruh, menyingkirkan sisa-sisa produk penggayaan rambut, pengumpulan mineral dan bahan-bahan cemar persekitaran yang lainMengekalkan keseimbangan lipid dan lembap… Read More

0 comments:

Post a Comment