Friday, December 25, 2015

Yang Moden Tidak semestinya Ekonomi


Ramai orang membelanjakan wang tanpa menimbang perkara lain atau apa yang boleh diperoleh dengan wang itu. Ramai pengguna begitu cepat memutuskan ini sesuatu barangan dan terus membeli barang tersebut, meskipun terpaksa berhutang. Ekonomi mengelarnya sebagai "OPPORTUNITY COST" atau kos lepas.

Benarkah ada harga, ada mutu?

Misalnya, kita ada tiket wayang tapi pada masa yang sama, kita boleh sahaja menonton pertandingan bola sepak di televisyen. Jika memilih menonton wayang, kita akan kehilangan kesempatan menonton bola sepak dan terpaksa mengeluarkan wang untuk minyak petrol kereta dan bayaran tempat letak kereta. Pilihan lain, apabila menonton televisyen di rumah, maka anda akan berjimat selain dapat merehatkan tubuh badan.

Konsep mempertimbangkan "opportunity cost" biasanya juga diterapkan dalam pengurusan kewangan peribadi. Dengan menyusun anggaran perbelanjaan, faktor "opportunity cost" ini mahu tidak mahu perlu dipertimbangkan.

Kalau mahu menyekolahkan anak ke peringkat yang lebih tinggi, menyelesaikan kredit rumah, atau membeli kereta baru, hitunglah berapa banyak wang yang harus disisihkan, berapa lama tabungan terkumpul dan perbelanjaan apakah bakal dikurangkan.

Cara paling sederhana adalah membuat dua lajur, lajur pertama: pendapatan dan simpanan dan jalur kedua adalah pengeluaran. Kurangkan lajur kedua dengan lajur pertama. Bandingkan hasilnya dengan aset mula-mula. Apakah tetap, bertambah, atau berkurang? 

Bila aset tetap, bahkan cenderung menyusut, cuba perhatikan setiap pengeluaran yang dibuat. Anda mungkin perlu melakukan pemotongan yang tidak perlu.

Kunci keberkesanan anggaran belanja, adalah tidak berbelanja barang yang kurang perlu atau kurang bermanfaat. Ketika menyusun anggaran belanja, susun pula senarai barang yang diperlukan. Tentukan juga jenis barang, mutu dan harganya. Jadikan senarai itu acuan ketika berbelanja.

Cari maklumat tentang pelbagai harga barang, baik dalam surat khabar, majalah, teman, dan dunia yang canggih ini apa kata guna sepenuhnya telephon pintar ada. Ada pelbagai aplikasi yang anda boleh gunakan. Tidak hanya pada harga, anda boleh mendapatkan hasil testimoni barang yang digunakan oleh pelanggan lain dalam majalah. 

Maklumat terakhir adalah sangat berguna apabila anda berniat membeli barang yang mahal. Apakah semakin mahal sesuatu barang itu akan semakin bermutu? Biasanya perbezaannya sangat kecil, malah mungkin tidak ada beza pun. Bayangkan ada yang menjual yang menjual dua barang yang sama, seperti yang diiklankan dengan harga yang berbeza. Sebaliknya harga lebih mahal boleh menjadi indikasi produksi yang tidak berkesan, kos iklan dan promosi tinggi, serta "mark up" yangbesar kepada penjual. Padahal, meningkatnya kualiti jarang mengakibatkan kenaikan harga. 

Maka jadilah pengguna yang bijak. Untuk barang mahal, cara paling tepat mencari maklumat adalah dengan melihat pada label keselamatan dan cop oleh SIRIM, tidak salah apabila mencuba produk pesaing yang lebih murah dan bandingkan dengan produk yang dipakai selama ini. Barang murah yang baik mutunya juga ada.

Merokok adalah "hobi" yang mahal apabila pengeluarannya dikira secara terkumpul (accumulate) dalam satu hingga lima tahun. 



Next entry InsyaAllah saya share membeli-belah secara atas talian (on-line)


****************************************************************************************


Untuk maklumat lanjut dan pembelian:


Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395 
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com 
Facebook : Noor Aziana Mohd Salleh


0 comments:

Post a Comment