Kita semua maklum air merupakan nadi kehidupan. Sebenarnya
dengan air yang “banyak” dan “bersih” sahaja belum mencukupi tetapi air harusah
“suci” dan “menyihatkan”. Air yang sihat bermaksud air yang bersih dan kaya
dengan kandungan mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia manakala air suci
adalah air yang tidak memudaratkan dan bebas dari segala kekotoran.
Secara perbandingan, satu daripada tiga orang penduduk
daripada tiga orang penduduk dunia sebenarnya ketandusan untuk mendapatkan
bekalan air bersih. Penigkatan populasi dunia membuatkan air bersih menjadi
rebutan sehingga membuatkan harga air menjadi lebih mahal dari harga petrol.
Lihat sahaja air mineral dengan kapasiti 1.5L harganya mencapai RM2.49 manakala
petrol dalam kapasiti yang sama berharga RM1.95.
Di Malaysia kita masih beruntung kerana sebeanrnya kita
tidaklah termasuk dalam Negara yang mengalami krisis air. Walaupun begitu,
masing-masing mahu memastikan diri dan keluarga mendapat bekalan air sempurna.
Disebabkan fenomena ini maka wujudlah permintaan tinggi
terhadap air yang dianggap “istimewa” hingga mampu memulihkan pelbagai masalah
kesihatan dan memberi seribu macam kebaikan seperti yang di dakwa oleh
pengeluar dan pembekal air tersebut. Beberapa tahun kebelakangan ini juga,
kontroversi air mula menjadi perdebatan terutamanya penggunaan air bersifat
asidik, alkali dan sebagainya. Para peniaga masing-masing tampil dengan
testimoni positif bagi menyakinkan pengguna bahawa produk mereka adalah yang
terbaik.
Begitu juga dengan kebanjiran pelbagai jenis penapis air
yang membuatkan para pengguna keliru untuk memilih. Di Negara ini, operator
loji rawatanair masih menggunakan kaedah konvensional dalam system rawata air,
tidak secanggih Negara maju. Untuk membina system yang pastinya menelan belanja
yang mencapai berbilion ringgit akan memberi impak pada bil air pengguna. JAdi
memiliki penais air mungkin lebih baik berbanding langsung tiada.
Menerusi tinjauan yang dilakukan ramai di kalangan kita
sebenarnya kurang berkemampuan namun sangup berhabis-habisan melakukan pinjaman
peribadai demi mendapatkan mesin air yang kononnya mampu membantu diri mencapai
kesihatan yang lebih baik. Malah ada di antaranya mencapai puluhan ribu
ringgit.
Namun sejauh manakah anda megetahui hak anda dalam memilih
penapis air yang terbaik? Sejauh mana penjual jujur mengenai apa yang boleh
ditapis? Adakah berbaloi dengan wang yang anda laburkan?
~NAMS~
0 comments:
Post a Comment