Tubuh manusia tidak mampu untuk menghasilkan Omega-3 secara
semula jadi. Namun Omega-3 boleh diperoleh menerusi pengamalan diet yang betul
serta pengambilan suplemen.
Bagaimanapun pengambilan Omega-3 dalam jumlah yang
sepatutnya bukan mudah kerana anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 85g (3oz)
ikan Salmon setiap hari untuk mendapatkan jumlah dos Omega-3 yang disarankan.
Selain ikan Salmon, ikan-ikan lain seperti tenggiri,
kembung, hering, ikan bilis dan telur ikan juga adalah sumber semulajadi
Omega-3. Namun dengan peningkatan pencemaran seperti kandungan merkuri, toksin,
dioksin dan pelbagai jenis pencemaran yang berlaku di laut menyebabkan
pengggambilan ikan dalam jumlah yang agak besar sangat berisiko tinggi.
Jesteru supplemen
minyak ikan memberikan alternative yang sangat efektif untuk memenuhi
keperluan Omega-3 tanpa perlu bimbang tentang kontamminasi laut. Selain itu
pengambilan flaxseed, minyak flaxseed, chiaseed, walnut, kacang soya dan kacang
edamame juga sangat baik untuk mendapatkan sumber Omega-3 secara semula jadi.
Menurut pakar dietetic dan pengamal Nutrigenomics dari The
Beacon Laurete, Beacon Hsopital, Eng Seow Wei, Omega-3 sangat penting kerana ia
bukan sekadar mengurangkan kesakitan dan keradangan malah mampu meningkatkan
kesihatan otak di mana kajian telah menunjukkan Omega-3 membantu melegakan symptom
depresi, demensia, kecelaruan bipolar dan psikosis dengan meningkatkan
komunikasi antara sel otak.
Pengambilan Omega-3 yang mencukupi juga dapat mengurangkan
risiko aterosklerosis (pengerasan arteri) dan tahap trigliserida. Ia juga
merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. “omega
juga mengawal kitaran keradangan, melegakan kesakitan akibat penyakit artritis,
prostatitis dan ulcerative colitis. Dengan mengurangkan keradangan ia membantu
merendahkan risiko pembentukan kanser, serangan jantung dan strok.
“Bagi wanita pula pengambilan Omega-3 sangat bermanfaat
kerana ia bersifat anti-keradangan yang mana membantu melegakan kesakitan
ketika datang haid atau premenstrual syndrome(PMS)”
“Omega-3 bukan sekadar minyak ikan biasa. Jadi penting untuk kita mengetahui kandungan sebenar EPA dan DHA dalam setiap minyak ikan yang kita beli daripada pasaran.” Eng Seow Wei
Berapa banyak Omega-3 yang kita perlukan?
Dua unsur yang sangat berkuasa dalam omega-3 yang dikenali
sebagai DHA(docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid) adalah nutrient
terpenting yang ‘berjalan’ ke setiap membrane sel tubuh manusia. Ia berfungsi
sebagai agen pelincir untuk meningkatkan fleksibiliti dan komunikasi antasa sel
dalam membantu fungsi gen dan metabolisme.
Kerana ini pengambilannya sangat penting. Begitu juga dengan
dos yang tepat mampu meningkatkan keupayaan tubuh melawan pelbagai serangan
penyakit.
American Heart Association mencadangkan individu yang
mempunyai risiko terhadap penyakit kardiovaskular mengambil 1g EPA dan DHA
sehari. Manakala bagi individu yang mempunyai trigliserida yang tinggi
disarankan mengambil 2g-4g EPA dan DHA sehari sementara bagi mengekalkan tahap
kesihatan umu disarankan mengambil 0.5g-1g EPA dan DHA sehari.
Sendawa bau hanyir ikan?
Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, di sarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong.
Siapa yang patut mengambil minyak ikan?
Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan yang hamil sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.
Sangat sesuai untuk Naeim yang sering mengadu gatal sana-sini.
Alhamdulillah, tidur lebih lena.. tiada lagi tergaru-garu.
****************************************************************************************
~NAMS~
Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
Facebook : Noor Aziana Mohd Salleh
mmg terbaik fish oil
ReplyDeleteNak kena telan jugak ni tiap hari. Sape amik omega 3 pon boleh jadi makin cantik.
ReplyDelete