Ramai orang membelanjakan wang tanpa menimbang perkara lain atau apa yang boleh diperoleh dengan wang itu. Ramai pengguna begitu cepat memutuskan ini sesuatu barangan dan terus membeli barang tersebut, meskipun terpaksa berhutang. Ekonomi mengelarnya sebagai "OPPORTUNITY COST" atau kos lepas.
Friday, December 25, 2015
Yang Moden Tidak semestinya Ekonomi
Ramai orang membelanjakan wang tanpa menimbang perkara lain atau apa yang boleh diperoleh dengan wang itu. Ramai pengguna begitu cepat memutuskan ini sesuatu barangan dan terus membeli barang tersebut, meskipun terpaksa berhutang. Ekonomi mengelarnya sebagai "OPPORTUNITY COST" atau kos lepas.
Misalnya, kita ada tiket wayang tapi pada masa yang sama, kita boleh sahaja menonton pertandingan bola sepak di televisyen. Jika memilih menonton wayang, kita akan kehilangan kesempatan menonton bola sepak dan terpaksa mengeluarkan wang untuk minyak petrol kereta dan bayaran tempat letak kereta. Pilihan lain, apabila menonton televisyen di rumah, maka anda akan berjimat selain dapat merehatkan tubuh badan.
Konsep mempertimbangkan "opportunity cost" biasanya juga diterapkan dalam pengurusan kewangan peribadi. Dengan menyusun anggaran perbelanjaan, faktor "opportunity cost" ini mahu tidak mahu perlu dipertimbangkan.
Kalau mahu menyekolahkan anak ke peringkat yang lebih tinggi, menyelesaikan kredit rumah, atau membeli kereta baru, hitunglah berapa banyak wang yang harus disisihkan, berapa lama tabungan terkumpul dan perbelanjaan apakah bakal dikurangkan.
Cara paling sederhana adalah membuat dua lajur, lajur pertama: pendapatan dan simpanan dan jalur kedua adalah pengeluaran. Kurangkan lajur kedua dengan lajur pertama. Bandingkan hasilnya dengan aset mula-mula. Apakah tetap, bertambah, atau berkurang?
Kunci keberkesanan anggaran belanja, adalah tidak berbelanja barang yang kurang perlu atau kurang bermanfaat. Ketika menyusun anggaran belanja, susun pula senarai barang yang diperlukan. Tentukan juga jenis barang, mutu dan harganya. Jadikan senarai itu acuan ketika berbelanja.
Cari maklumat tentang pelbagai harga barang, baik dalam surat khabar, majalah, teman, dan dunia yang canggih ini apa kata guna sepenuhnya telephon pintar ada. Ada pelbagai aplikasi yang anda boleh gunakan. Tidak hanya pada harga, anda boleh mendapatkan hasil testimoni barang yang digunakan oleh pelanggan lain dalam majalah.
Maklumat terakhir adalah sangat berguna apabila anda berniat membeli barang yang mahal. Apakah semakin mahal sesuatu barang itu akan semakin bermutu? Biasanya perbezaannya sangat kecil, malah mungkin tidak ada beza pun. Bayangkan ada yang menjual yang menjual dua barang yang sama, seperti yang diiklankan dengan harga yang berbeza. Sebaliknya harga lebih mahal boleh menjadi indikasi produksi yang tidak berkesan, kos iklan dan promosi tinggi, serta "mark up" yangbesar kepada penjual. Padahal, meningkatnya kualiti jarang mengakibatkan kenaikan harga.
Maka jadilah pengguna yang bijak. Untuk barang mahal, cara paling tepat mencari maklumat adalah dengan melihat pada label keselamatan dan cop oleh SIRIM, tidak salah apabila mencuba produk pesaing yang lebih murah dan bandingkan dengan produk yang dipakai selama ini. Barang murah yang baik mutunya juga ada.
Next entry InsyaAllah saya share membeli-belah secara atas talian (on-line)
****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:
Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
Facebook : Noor Aziana Mohd Salleh
KECANTIKAN ~ 7 TIPS PENTING UNTUK KULIT
Assalamualaikum semua..
5- Nak tahu jenis pelembap terbaik? Walaupun baru sahaja dioleskan pada wajah, ia tidak meninggalkan kesan berminyak. Itulah pelembap nombor satu!
7- Jika mahu keluar rumah, pakailah krim pelindung matahari yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF15. TIPS! Untuk memastikan kulit dilindungi sepanjang masa (jika krim pelindung SPF15) anda perlu memakainya setiap 4 jam sekali.
Terima kasih terus membaca input yang ditulis oleh blogger baru seperti saya..
Hari ini saya nak share 7 tips paling penting untuk kulit yang perlu dititik beratkan. Mungkin anda terlepas pandang atau terlupa... :)
1- Merendam tubuh dalam air terlalu lama adalah tidak digalakkan. Jika anda mahu berendam, gunakan air suam. Elakkan air yang terlalu dingin mahupun panas.
![]() |
| ala-ala syoknya monyet salji ni berendam ... sumber |
2- Dek kerana kulit kering, anda sering membasuh muka setiap masa ye? Menggunakan pembersih wajah berbuih hanya akan mengeringkan lagu kulit wajahmu. Cukup mencucinya jika perlu.
3- Susahlah! Saya tak suka minum air. Andai itulah alasan anda, banyakkan pengambilan buah-buahan bagi menggantikan jumlah air dalam tubuhmu.
4- Mungkin ramai yang tidak suka bersenam, itulah silapnya. Pengeluaran peluh ketika bersenam sebenarnya mejana kelembapan kulit secara semula jadi. Jangan tangguhkan lagi, sarunglah seluar sukanmu sekarang!
5- Nak tahu jenis pelembap terbaik? Walaupun baru sahaja dioleskan pada wajah, ia tidak meninggalkan kesan berminyak. Itulah pelembap nombor satu!
6- Jika anda mempunyai kulit sensitive, ada baiknya anda membeli pelembap tanpa wangian dan lanolin.
7- Jika mahu keluar rumah, pakailah krim pelindung matahari yang mengandungi sekurang-kurangnya SPF15. TIPS! Untuk memastikan kulit dilindungi sepanjang masa (jika krim pelindung SPF15) anda perlu memakainya setiap 4 jam sekali.
#cantiksihat #kecantikan # shaklee #nutriwhite #enfuselle #tips #kulit
****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:
Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
Facebook : Noor Aziana Mohd Salleh
Wednesday, December 23, 2015
KECANTIKAN DAN PENJAGAAN DIRI ~ KULIT WAJAH MENGIKUT USIA
Dengan faktor suhu dan pemakanan yang diamalkan, kulit kita
mudah terdedah dengan pelbagai masalah.
SEMUDAH ITU SAHAJA.. HATI-HATI YA!
Apabila berlakunya masalah kulit, pasti pelbagai usaha
dilaksanakan bagi merawatnya agar kembali sihat seperti sedia kala. Pun begitu,
ia memerlukan komitmen yang berganda kerana usaha merawat bukanlah mudah.
Tambahan pula dengan terhasilnya pelbagai jenis produk rawatan kulit berserta
dengan teknologi terkini, pastinya sukar untuk kita sendiri memilih seterusnya
memutuskan mana satukah yang terbaik.
DILEMA SAJA BIASANYA.. YANG INI BAGUS, YANG ITU JUGA BAGUS!
Usah bimbang kerana ada cara lain yang boleh dijadikan
panduan dalam memilih perawatan sesuai untuk kulit anda berpandukan usia. Jom
kita fahami apakah rawatan yang sesuai mengikut usia kita!
Usiamu 20-an
Tika ini kulit wajah anda masih lagi tegang dan kenyal.
Mungkin juga jerawat yang tumbuh ketika anda masih berusia belasan tahun sudah
tidak kelihatan lagi. Banggakan melihat kulit yang sihat itu?
Pun begitu, itu tidak bermakna anda boleh memandang ringan
soal penjagaanya. Pada usia ini, kemampuan sel kulit untuk menjana semula
pertumbuhan sel akan menurun sehingga 28%. Jesteru itu, bagi merangsang
pertumbuhan sel kulit ini, anda disarankan untuk menggunakan produk pembersih
muka yang ringan kandungannya.
Selain pencuci wajah, jangan lupa menggunakan krim pelindung
sinaran matahari sebelum keluar dari rumah. Menurut kajian oleh American
Academy of Dermatology, sinaran matahari merupakan salah satu factor utama
masalah penuaan kulit.
Sekiranya anda mempunyai kulit wajah yang mdah berminyak dan
berjerawat, cubalah lakukan rawatan “facial” sekurang-kurangnya dua minggu
sekali.
Produk yang diperlukan:
-
Pencuci wajah yang lembut kandungannya
-
Penyegar wajah (toner)
-
Pelembap wajah
-
Krim mata
-
Krim pelindung sinaran matahari
(sekurang-kurangnya SPF15)
Usiamu 30-an
Dalam usia ini, proses pembentukan semula kulit agak lambat.
Kesan buruk ekoran pencemaran, asap rokok dan sinaran matahari yang berlebihan
Berjaya memasuki lapisan dermis kulit. Kulit wajah yang pada awalnya tegang
sudah menunjukkan tanda-tanda penurunan funsi elastiknya. Selain itu, kulit
wajah juga mulai kering dan sudah menunjukkan beberapa kedutan di sekitar
bibir.
Pada usia ini, anda harus mengambil berat soal pemakanan.
Utamakan pengambilan sayur-sayuran, buah-buahan, gandum dan ikan. Kandungan
vitamin A, B, C dan E yang ada dalam makanan ini mampu membantu kulit wajah
melawan kesan radikal bebas, memperbaiki keadaan kulit dari dalam dan
menghasilkan enzim yang mengawal penghasilan kolegen semulajadi
Produk yang diperlukan:
-
Pencuci wajah yang kaya dengan vitamin
-
Penyegar wajah (toner)
-
Pelembap wajah
-
Krim mata
-
Krim pelindung sinaran matahari
(sekurang-kurangnya SPF15)
-
Krim malam
Usiamu 40-an
Semasa usia menjangkau 40-an, penghasilan kolagen kulit mulai
menurun. Kesannya, tahap elastic kulit berkurangan, seterusnya menyebabkan
garis-garis penuaan dan kedutan semakin ketara.
Pada usia ini, lapisan luar epidermis (stratum cornemum)
menjadi lebih tebal keranya adanya penumpukan sel-sel kulit mati. Anda
disarankan menggunakan pencuci wajah yang mengandungi AHA untuk membantu
menanggalkan sel-sel kulit mati ini. Rawatan “scrub” secara konsisten juga
mampu membantu anda menanggalkan sel kulit mati ini.
Rawatan wajah yang lebih agresif juga sudah boleh dilakukan
apabila menginjak usia ini. Sebagai contoh rawatan Vitamin C untuk hasil yang
maksima bagi menghilangkan kedutan.
Produk yang diperlukan:
-
Pencuci wajah yang lembut kandungannya
-
Penyegar wajah (toner)
-
Pelembap wajah yang kaya dengan nutrisi
-
Krim mata – anti penuaan
-
Krim pelindung sinaran matahari – anti penuaan
~ Produk Semulajadi, Selamat dan Berkesan ~
Shaklee mempunyai produk kecantikan luaran yang pasti anda akan jatuh cinta bila mencubanya. Tidak lain tidak bukan, Set Nutriwhite Shaklee Skin Care. Ia adalah campuran 16 nutrient yang membantu mengurangkan penghasilan melanin sekaligus menjadikan kulit wajah lebih putih, kulit lebih gebu dan berseri.
Bearberry - Meringankan firma, melegakan dan mengurangkan keradangan
Strawberi - Mencerah dan pigmentasiMulberi - Mencegah kerosakan kesan matahari dan melembap
Scullcap - Meringankan, mengurangkan keradangan dengan flavonoid
Pokok Bic - Meringankan, meningkatkan proses semulajadi & melegakan kulit
Kacang Soya - Mencerahkan, melembutkan, melembap dan mengurangkan tompok
Aloe Vera - Melegakan, melembapkan & keradangan
Rosemary - Mengetatkan, merangsangkan & mengurangkan keradangan
Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
Peony - mencerahkan, melembapkan & mengurangkan keradangan
Kudzu - menegang & mengurangkan keradangan dengan isoflavone
Rumpai Laut - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
Alga Hijau - menyahtoksin & melembapkan
Cat's Clow - menegangkan & menyegarkan dengan cotechin
Mountain Arnica - mengurangkan keradangan dengan flavones
Peony - mencerahkan, melembapkan & mengurangkan keradangan
Kudzu - menegang & mengurangkan keradangan dengan isoflavone
Linden - menyuburkan & menghidrat di peringkat dalam
Marshmallow - melembapkan dengan taninRumpai Laut - mengeluarkan, memelihara dan menegangkan
Alga Hijau - menyahtoksin & melembapkan
Cat's Clow - menegangkan & menyegarkan dengan cotechin
- Menjadikan kulit semakin lembut, licin dan berseri.
- Tunas Pokok Bic berfungsi menanggalkan sel kulit mati dngan lembut tanpa meninggalkan kesan .
- Kulit menjadi lebih tegang dan segar dengan ekstrak Aleo Vera.
- Kulit kelihatan lebih berseri dengan struktur yang lembut dan tidak berminyak.
2. Nutriwhite Gentle Deep Foaming Clenser (150ml)
- Pencuci muka yang membersihkan dan menyegarkan kulit
- Ekstrak Rumpai laut membantu menanggalkan kotoran dan sel-sel kulit mati sekaligus menegangkan kulit.
- Alga hijau melembapkan kulit dan menyingkirkan toksin
- Strawberi Begonia baik untuk mengimbangi pigmentasi dan mencerahkan kulit
- Menyegarkan dan lembut pada kulit.
3. NutriWhite Soothing Radiance Whitening Softener (150ml)
- Lembut pada wajah serta menjadikan pH kulit kembali seimbang.
- Rosemary menjadikan kulitberasa lebih segar dan tegang.
- Ekstrak Kudze menjadikan kulit lebih cerah dan tegang.
- Kulit dilembapkan dengan Marshmallow.
- Sangat effektif.
4. NutriWhite Daily Defence Whitening Essence (30ml)
- Kulit menjadi tegang dan segar dengan ekstrak Bearberry Strawberry
- Begonia berfungsi mengimbangi pigmen kulit.
- Kacang soya pula bertindak mengurangkan tompok-tompok hitam dan melembutkan kulit.
- Ekstrak Mulberi pula mencegah kulit daripada rosak akibat terdedah kepada cahaya matahari.
- Vitamin C yang aktif ditambah untuk membaiki kulit dan mengembalikan seri wajah
- Strukturnya yang mudah diserap oleh kulit menjadikan kulit semakin lembut.
5. NutriWhite Spot Whitening Treatment (10ml)
- Membaiki kesan-kesan jeragat dengan cepat.
- Kuasa Pencerahan dari ekstrak
- Peony dan Likoris berkesan mencerahkan, melindungi serta menghilangkan radang kulit.
- Vitamin C aktif menjadikan kulit lebih halus dan cerah sekata.
6. NutriWhite Daytime Whitening Lotion (50ml)
- Kaya dengan pati Melburi mencegah kerosakan kulit akibat terdedah kepada cahaya matahari.
- Mountain Arnica berkuasa menghilangkan radang terhadap kulit dan melembapkan kulit dari segenap sudut.
- Membantu membina daya ketahanan kulit dari kerosakan akibat persekitaran
7. NutriWhite Overnight Renewal Whitening Cream (50g)
- Memperbaharui sel dan mengambalikan keremajaan kulit semasa tidur
- Ekstrak Linden melembapkan dan menyihatkan kulit secara mendalam.
- Scullcap bertindak menghilangkan radang dan mencerahkan kulit.
- Vitamin C aktif mengembalikan seri wajah dengan mengurangkan tompok-tompok hitam.
- Bangun pagi, kulit akan terasa gebu, halus, cerah dan berseri.
~ Testimoni Pengguna Produk NutriWhite Skin Care ~
"Duduk tepi pantai dari pagi sampai 12 noon.. Alhamdulillah.. sun burn sikit je"
"Kulit between bawah mata n hidung tu dah tak kasar! Sangat berbeza daripada before this."
"Jerawat mmg segan nak tmbuh"
Bagaimana? teruja bukan dengan perkongsian mereka yang telah menggunakan NutriWhite Skin Care ini. Dibawah ini pula saya sertakan video. Selamat menonton!
****************************************************************************************
Untuk maklumat lanjut dan pembelian:
Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
Facebook : Noor Aziana Mohd Salleh
Tuesday, December 22, 2015
KESIHATAN ~ OMEGA-3 bukan sekadar minyak ikan
Tubuh manusia tidak mampu untuk menghasilkan Omega-3 secara
semula jadi. Namun Omega-3 boleh diperoleh menerusi pengamalan diet yang betul
serta pengambilan suplemen.
Bagaimanapun pengambilan Omega-3 dalam jumlah yang
sepatutnya bukan mudah kerana anda perlu mengambil sekurang-kurangnya 85g (3oz)
ikan Salmon setiap hari untuk mendapatkan jumlah dos Omega-3 yang disarankan.
Selain ikan Salmon, ikan-ikan lain seperti tenggiri,
kembung, hering, ikan bilis dan telur ikan juga adalah sumber semulajadi
Omega-3. Namun dengan peningkatan pencemaran seperti kandungan merkuri, toksin,
dioksin dan pelbagai jenis pencemaran yang berlaku di laut menyebabkan
pengggambilan ikan dalam jumlah yang agak besar sangat berisiko tinggi.
Jesteru supplemen
minyak ikan memberikan alternative yang sangat efektif untuk memenuhi
keperluan Omega-3 tanpa perlu bimbang tentang kontamminasi laut. Selain itu
pengambilan flaxseed, minyak flaxseed, chiaseed, walnut, kacang soya dan kacang
edamame juga sangat baik untuk mendapatkan sumber Omega-3 secara semula jadi.
Menurut pakar dietetic dan pengamal Nutrigenomics dari The
Beacon Laurete, Beacon Hsopital, Eng Seow Wei, Omega-3 sangat penting kerana ia
bukan sekadar mengurangkan kesakitan dan keradangan malah mampu meningkatkan
kesihatan otak di mana kajian telah menunjukkan Omega-3 membantu melegakan symptom
depresi, demensia, kecelaruan bipolar dan psikosis dengan meningkatkan
komunikasi antara sel otak.
Pengambilan Omega-3 yang mencukupi juga dapat mengurangkan
risiko aterosklerosis (pengerasan arteri) dan tahap trigliserida. Ia juga
merendahkan tekanan darah dan mengurangkan risiko serangan jantung dan strok. “omega
juga mengawal kitaran keradangan, melegakan kesakitan akibat penyakit artritis,
prostatitis dan ulcerative colitis. Dengan mengurangkan keradangan ia membantu
merendahkan risiko pembentukan kanser, serangan jantung dan strok.
“Bagi wanita pula pengambilan Omega-3 sangat bermanfaat
kerana ia bersifat anti-keradangan yang mana membantu melegakan kesakitan
ketika datang haid atau premenstrual syndrome(PMS)”
“Omega-3 bukan sekadar minyak ikan biasa. Jadi penting untuk kita mengetahui kandungan sebenar EPA dan DHA dalam setiap minyak ikan yang kita beli daripada pasaran.” Eng Seow Wei
Berapa banyak Omega-3 yang kita perlukan?
Dua unsur yang sangat berkuasa dalam omega-3 yang dikenali
sebagai DHA(docosahexaenoic acid) dan EPA (eicosapentaenoic acid) adalah nutrient
terpenting yang ‘berjalan’ ke setiap membrane sel tubuh manusia. Ia berfungsi
sebagai agen pelincir untuk meningkatkan fleksibiliti dan komunikasi antasa sel
dalam membantu fungsi gen dan metabolisme.
Kerana ini pengambilannya sangat penting. Begitu juga dengan
dos yang tepat mampu meningkatkan keupayaan tubuh melawan pelbagai serangan
penyakit.
American Heart Association mencadangkan individu yang
mempunyai risiko terhadap penyakit kardiovaskular mengambil 1g EPA dan DHA
sehari. Manakala bagi individu yang mempunyai trigliserida yang tinggi
disarankan mengambil 2g-4g EPA dan DHA sehari sementara bagi mengekalkan tahap
kesihatan umu disarankan mengambil 0.5g-1g EPA dan DHA sehari.
Sendawa bau hanyir ikan?
Hanya sebahagian kecil yang sendawa bau hanyir ikan selepas mengambil minyak ikan, di sarankan untuk mengambil minyak ikan sebelum makan atau bila perut kosong.
Siapa yang patut mengambil minyak ikan?
Minyak ikan melincirkan saluran darah dan berkemampuan untuk mencairkan darah untuk pengaliran darah yang lancar dan melambatkan kepekatan darah. Oleh sebab itu, pesakit yang akan melakukan pembedahan dan perempuan yang hamil sudah hampir bersalin tidak digalakkan untuk mengambil minyak ikan.
Sangat sesuai untuk Naeim yang sering mengadu gatal sana-sini.
Alhamdulillah, tidur lebih lena.. tiada lagi tergaru-garu.
****************************************************************************************
~NAMS~
Call/ SMS / Whatsapp : 012-3687395
Email : nooraziana.mohdsalleh@gmail.com
Fanpage : BreastfeedingEnjoy
Facebook : Noor Aziana Mohd Salleh
Monday, December 21, 2015
Air Sihat
Kita semua maklum air merupakan nadi kehidupan. Sebenarnya
dengan air yang “banyak” dan “bersih” sahaja belum mencukupi tetapi air harusah
“suci” dan “menyihatkan”. Air yang sihat bermaksud air yang bersih dan kaya
dengan kandungan mineral yang diperlukan oleh tubuh manusia manakala air suci
adalah air yang tidak memudaratkan dan bebas dari segala kekotoran.
Secara perbandingan, satu daripada tiga orang penduduk
daripada tiga orang penduduk dunia sebenarnya ketandusan untuk mendapatkan
bekalan air bersih. Penigkatan populasi dunia membuatkan air bersih menjadi
rebutan sehingga membuatkan harga air menjadi lebih mahal dari harga petrol.
Lihat sahaja air mineral dengan kapasiti 1.5L harganya mencapai RM2.49 manakala
petrol dalam kapasiti yang sama berharga RM1.95.
Di Malaysia kita masih beruntung kerana sebeanrnya kita
tidaklah termasuk dalam Negara yang mengalami krisis air. Walaupun begitu,
masing-masing mahu memastikan diri dan keluarga mendapat bekalan air sempurna.
Disebabkan fenomena ini maka wujudlah permintaan tinggi
terhadap air yang dianggap “istimewa” hingga mampu memulihkan pelbagai masalah
kesihatan dan memberi seribu macam kebaikan seperti yang di dakwa oleh
pengeluar dan pembekal air tersebut. Beberapa tahun kebelakangan ini juga,
kontroversi air mula menjadi perdebatan terutamanya penggunaan air bersifat
asidik, alkali dan sebagainya. Para peniaga masing-masing tampil dengan
testimoni positif bagi menyakinkan pengguna bahawa produk mereka adalah yang
terbaik.
Begitu juga dengan kebanjiran pelbagai jenis penapis air
yang membuatkan para pengguna keliru untuk memilih. Di Negara ini, operator
loji rawatanair masih menggunakan kaedah konvensional dalam system rawata air,
tidak secanggih Negara maju. Untuk membina system yang pastinya menelan belanja
yang mencapai berbilion ringgit akan memberi impak pada bil air pengguna. JAdi
memiliki penais air mungkin lebih baik berbanding langsung tiada.
Menerusi tinjauan yang dilakukan ramai di kalangan kita
sebenarnya kurang berkemampuan namun sangup berhabis-habisan melakukan pinjaman
peribadai demi mendapatkan mesin air yang kononnya mampu membantu diri mencapai
kesihatan yang lebih baik. Malah ada di antaranya mencapai puluhan ribu
ringgit.
Namun sejauh manakah anda megetahui hak anda dalam memilih
penapis air yang terbaik? Sejauh mana penjual jujur mengenai apa yang boleh
ditapis? Adakah berbaloi dengan wang yang anda laburkan?
~NAMS~
Blueberry Vanila Cake-Eggless, Butterless
Assalamualaikum semua..
Blog bersawang,,,Anna kini bergelar Work At Home Mom... (WAHM)
-----------------------------------------------------------------------
Alhamdulillah... bulan kedua bergelar WAHM... Feel GREAT.. Syukur..
Maka lepas ini banyak la resepi2 bakal di upload...:)
InsyaAllah saya akan kongsikan juga perkara2 lain yang bermanfaat untuk anda...
Doakan saya rajin nak menulis... :D
Sepanjang bergelar WAHM ni banyak waktu nak adjust jadual.. baru lagi la katanya..
Asyik kene adapt perkara baru aje.. naik pining kepala jugak..
Ok.. banyak pulak mukadimahnya..
Arini nak share kek blueberry Vanila..
Tanpa telur tanpa butter.. taram2 jadi jugak...
Opssssssss... ini dek kerana Naeim yang ekzema itu...
Resepi mudah step by step
Sebelum itu saya nak payung gambar sekeping... gambar dalam FB saya...
| lazaaaaaaaat dimakan bersama aiskrim vanilla dan fresh blueberry.. Yummeh!! |
Bahan-bahan yang diperlukan
Bahan A
2 cawan tepung gandum2 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat
1/2 cawan organic cane sugar (gula putih biasa pun boleh) - if suka manis boleh letak 1 cawan
Bahan B
2 sudu teh esen vanilla20 biji blueberry segar (boleh kurangkan atau lebihkan-ikut suka hati sendiri :)
1 biji pisang masak ranum dilenyek
2/3 cawan minyak sayur/minyak masak
1 cawan air suam
Cara-caranya
1- Campurkan semua bahan A dan bahan B
2- Sapukan loyang dengan minyak dan panaskan oven atau air fryer
3- Masukan adunan yang dicampur tadi ke dalam loyang atau cup dan bakar selama 35minit 175celcius atau bergantung kesesuaian jenis oven
4- Siap dan boleh dinikmati begitu sahaja atau bersama aiskrim atau bersama krim..
***if guna airfryer, masukkan dalam cup dan bakar pada 180celcius selama 15-18minit
| Cup cake ni Alif makan sorang je siap minta extra aiskrim :D |
![]() |
| berkedut2 muka minta tambah aiskrim... :D umi x layan.. |
| PISANG ni bagi mengantikan fungsi TELUR |
oK Sekian RESEPI kali ini.. Try tau kekawan... Dah try nanti jangan lupa share kat ruang komen ya...
Next nanti InsyaAllah saya akan sharekan resepi sourdough pula..
Kene belek2 gambar dulu.. :)
~NAMS~























ESP - Soy Protein Isolate Powder
Vita-Lea® for Children
OmegaGuard™
Vivix®
Cinch® Shake Mix
Cinch® Tea Mix
Revitalizing Shampoo
Eye Treatment
Replenishing Conditioner
Long Lasting Finishing Spray
Basic H2™ Organic Super Cleaning Concentrate
Get Clean® Water Pitcher
Fresh Laundry Concentrate
Dish Wash Concentrate





